Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.fung.si] | برفوڠسي

Definisi : mempunyai fungsi, melaksanakan fungsi, bertugas: JPM mesti selalu meninjau semula bidang ilmunya utk terus maju dan ~ kpd masyarakat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berfungsi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah beza penggunaan : dan ; ? sebagai contoh, ....seperti berikut: atau seperti berikut;Tanda titik bertindih (:) berfungsi: i. memperkenalkan atau menambah keterangan, contohnya - Prinsip hidup saya senang sahaja: Tekun dan ikhlas, ii. memisahkan subjudul daripada judul utama, contohnya - Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan, iii. menunjukkan nisbah, contohnya - 12:12:12. Tanda koma bertitik berfungsi (;) berfungsi: i. memisahkan dua atau beberapa klausa utama, contoh - Makin larut malam; kerja makin banyak, ii. memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung, contohnya - Seminar akan diadakan pada minggu hadapan; oleh yang demikian ... .Tatabahasa07.01.2011
"untuk" merupakan kata sendi nama atau kata hubung? Tolong jelaskan dan berikan contoh. Terima kasih tuan.Selain berfungsi sebagai kata sendi nama, perkataan untuk juga berfungsi sebagai kata hubung pancangan komplemen. Kata komplemen ini berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. 

Kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut:

a) menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaanya yang demikian, kata sendi nama untuk dapat bervariasi dengan kata sendi nama bagi. Contoh: Asrama untuk/bagi  penuntut Sabah sedang dibina, derma untuk/bagi anal-anak yatim akan dipungut.

b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi. Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu)   

Perkataan "untuk" sebagai kata hubung pancangan komplemen seperti dalam ayat berikut;
a. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar.
b. Untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil.

Tatabahasa04.11.2013
Perkataan dalam berfungsi sebagai kata sendi nama sekiranya hadir sebelum kata nama. Bagaimana pula sekiranya perkataan dalam hadir sebelum kata kerja. Contoh ayat yang pernah saya baca dalam buku teks BM tingkatan 5 : Kita berasa bangga kerana rakyat Malaysia sentiasa bermuafakat dalam melakukan sesuatu perkara.Adakah salah penggunaan dalam melakukan dalam ayat tersebut.Frasa "dalam" membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Penggunaan perkataan "dalam"menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.

Penggunaan 'dalam'  dalam ayat yang dinyatakan ialah betul.
Tatabahasa12.01.2013
PCA juga berfungsi sebagai pengekstrakan fitur "satu / suatu / sesuatu" objek. Soalan: Yang mana paling tepat dan betul penggunaan diatas " satu/suatu/sesuatu"?Satu dan sesuatu, kedua-dua boleh dugunakan, - satu untuk objek yang sudah pasti dan sesuatu yang tidak pasti.Tatabahasa03.07.2007
Perkataan "untuk" merupakan kategori Kata Hubung atau kategori Kata Sendi Nama? Terima kasih.Selain berfungsi sebagai kata sendi nama, perkataan untuk juga berfungsi sebagai kata hubung pancangan komplemen. Kata komplemen ini berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. 

Kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut:

a) menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaanya yang demikian, kata sendi nama untuk dapat bervariasi dengan kata sendi nama bagi. Contoh: Asrama untuk/bagi  penuntut Sabah sedang dibina, derma untuk/bagi anal-anak yatim akan dipungut.

b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi. Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu)   

Perkataan "untuk" sebagai kata hubung pancangan komplemen seperti dalam ayat berikut;
a. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar.
b. Untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil.

Tatabahasa09.02.2018
Assalamualaiku...saya ingin bertanya tentang perkataan ''untuk''. berfungsi sebagai dua golongan kata iaitu Kata sendi nama dan Kata hubung. Ayat 1. Air kelapa boleh diminum untuk menyejukkan badan. Ayat 2. Kamal membeli buku untuk adik. Ayat 3. Buku yang dibeli oleh Kamal untuk adik. Soalan saya: '' untuk'' dalam ayat pertama berfungsi sbg kata hubung. Adakah ''untuk'' dalam ayat kedua dan ketiga juga berfungsi sbg kata hubung? Terima kasih, tuan.Perkataan untuk dalam ayat kedua dan ketiga berfungsi sebagai kata sendi nama.Tatabahasa15.08.2014
apakah faktor-faktor yang menyebabkan bahasa melayu gagal berfungsi sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dewasa ini.Bahasa Melayu atau bahasa apapun untuk berfungsi sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi memerlukan azam politik, perancangan dan penguatkuasaan dalam menangani unsur-unsur yang merosakkan bahasa. Untuk maklumat yang lebih terperinci sila rujuk buku yang berkaitan.Lain-lain15.08.2008
Salam sejahtera, kemusyikilan bahasa yang sering saya temukan dalam penulisan ialah kata 'dalam'. Selain berfungsi sebagai kata adjektif dan kata arah, kata 'dalam' juga berfungsi sebagai kata sendi nama, misalnya terbabit dalam kemalangan jalan raya. Berdasarkan tatabahasa Melayu, kata sendi nama seharusnya disertai kata nama / frasa nama. Soalnya, adakah kata sendi nama 'dalam' disertai kata kerja transitif, misalnya ~ membangunkan (negara), ~ menyempurnakan (tugas) dan sebagainya. Besarlah harapan saya bahawa penjelasan tuan/puan dapat meleraikan kemusyikilan bahasa ini. Sekian. Kay Seven Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Kata sendi nama "dalam" tidak boleh diikuti dengan kata kerja transitif.  Ayat "dalam membangunkan negara" adalah salah, namun ayat tersebut boleh dibaiki lagi dengan menambah kata nama "usaha"  -->  dalam usaha membangunkan negara...Tatabahasa20.12.2016
salam.. saya ingin bertanya.. apakah fungsi 'yang' selain berfungsi sebagai kata hubung.. adakah ayat ini betul dalam penggunaan 'yang'.. Azim mengayuh basikal sambil melihat kanak-kanak yang lain bermain. terima kasih.Selain berfungsi sebagai kata hubung, perkataan "yang" juga berperanan sebagai frasa nama.  Contoh 1.Yang kurik kundi, Yang merah saga. 2. Yang berbaju merah itu adik saya.
Untuk contoh ayat "Azim mengayuh basikal sambil melihat kanak-kanak yang lain bermain", jika ayat ini tiada kaitan dengan ayat sebelumnya, perkataan "yang" tidak perlu.  Cukup sekadar "kanak-kanak lain bermain."
Tatabahasa15.11.2016
fungsi kata sifat sebagai penerang dalam bahasa melayu

1.    1.    Kata sifat berfungsi sebagai penerang kata nama atau penerang kepada kata kerja. Kata sifat yang berfungsi sebagai penerang sama ada sebagai penerang nama atau penerang kerja lazimnya hadir selepas kata nama inti atau selepas kata kerja inti, kecuali kata sifat dalam subgolongan kecepatan atau kuantiti (contohnya, cepat menangis, kuat beribadah) yang hanya boleh hadir sebelum kata kerja inti apabila berfungsi sebagai penerang.

2.   Seterusnya, kata sifat juga berfungsi sebagai penerang kerja dengan kata sifat yang berfungsi sebagai predikat. Contohnya, 

Ayat 1-Beliau/cepat menangis apabila tinggi sahaja suara bapanya.

Ayat 2-Beliau/kuat beribadah dan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam dengan penuh keyakinan.

Berdasarkan kepada ayat (1) dan (2) di atas, kata sifat cepat dan kuat hadir dalam predikat. Walau bagaimanapun dalam ayat ini, kata sifat berfungsi sebagai penerang dan tidak sebagai predikat kerana kata sifat tersebut boleh digugurkan, manakala kata kerja yang bertindak sebagai kata inti tidak boleh digugurkan.

Terdapat beberapa lagi maklumat berkenaan fungsi kata sifat sebagai penerang. Untuk mengetahui lebih lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan atau  rujukan kajian linguistik lain yang lebih terperinci berkenaan persoalan ini.

 

Tatabahasa12.12.2020
12345678910...

Kembali ke atas