Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.fung.si] | برفوڠسي

Definisi : mempunyai fungsi, melaksanakan fungsi, bertugas: JPM mesti selalu meninjau semula bidang ilmunya utk terus maju dan ~ kpd masyarakat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berfungsi


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sel rodrod cellSel saraf mata yang sensitif cahaya, yang berfungsi dalam keadaan yang terbaik dalam cahaya kelam, dan membolehkan penglihatan berfungsi dengan baik pada waktu malam.Menengah Atas
sel koncone cellSel berbentuk kon yang terdapat pada retina mata, dan peka terhadap cahaya. Sel ini berfungsi dalam penglihatan warna dan kesensitifan mata terhadap warna. Sel ini berfungsi dengan baik dalam keadaan yang terang.Menengah Atas
interneuroninterneuroneNeuron yang berfungsi sebagai medium perhubungan di antara neuron aferen dan neuron eferen.Menengah Atas
proteaseproteaseEnzim pencernaan yang berfungsi mencerna protein.Menengah Rendah
jantungheartOrgan berotot yang berfungsi mengepam darah ke seluruh bahagian badan. Jantung terbahagi kepada empat ruang yang dikenali sebagai atrium kiri dan kanan, dan ventrikel kiri dan kanan. Lihat RajahMenengah Rendah
floemphloemTisu vaskular yang berfungsi untuk mengangkut bahan makanan seperti gula dari daun ke bahagian tumbuhan yang lain.Menengah Rendah
kumpulan aminoamino groupKumpulan berfungsi -NH2 yang merupakan ciri siri amina primer.Menengah Atas
vesikel semenseminal vesicleKelenjar yang berfungsi merembeskan cecair yang mengandungi sperma dan bahan bernutrien, yang dihasilkan oleh individu lelaki atau haiwan jantan. Vesikel ini juga bertindak sebagai tempat simpanan sementara sperma.Menengah Rendah
tiub FallopioFallopian tubeSalur yang berfungsi untuk membawa ovum dari ovari ke uterus. Salur ini merupakan tempat persenyawaan sperma dan ovum. Tiub Fallopio dikenali juga sebagai oviduktus.Menengah Rendah
kanta cekungconcave lensKanta yang berfungsi untuk mencapahkan sinaran cahaya yang melaluinya. Kanta ini lebih nipis pada bahagian tengah berbanding bahagian sisinya. Lihat RajahMenengah Rendah
12345678

Kembali ke atas