Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ga.bung] | برݢابوڠ

Definisi : 1. terikat dlm satu berkas, berikat: batang-batang tebu yg ~; 2. bersama-sama menjadi atau bertindak sbg satu kumpulan (golongan): rakyat drpd berbagai-bagai kaum ~ utk menyuarakan ikrar kebangsaan; 3. bercantum atau bersekutu (menjadi satu, segolongan, atau sekelompok), bersatu: kalau parti tuan hendak berkuasa ada baiknya ~ dgn parti kami; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ga.bung] | برݢابوڠ

Definisi : 1 telah diikat menjadi seberkas. 2 berkumpul menjadi satu; bersatu: Beberapa buah syarikat lain ingin ~ dgn syarikat kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergabung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
combining abilitykemampuan bergabungPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKemampuan gen daripada induk jantan dan betina untuk bergabung semasa proses persenyawaan bagi menghasilkan anak yang bermutu. Kemampuan bergabung menghasilkan anak yang bermutu kesan daripada gen dominan.
law of multiple proportionshukum perkadaran bergandaKimiaTiadaHukum yang menyatakan bahawa jika dua unsur, A dan B, boleh bergabung dengan lebih daripada satu cara, jisim A yang bergabung dengan jisim B yang tetap secara berasingan, berda dalam nisbah ringkas. Misalnya, karbon dan oksigen bergabung dengan dua cara, iaitu 12 g karbon bergabung dengan 16 g oksigen membentuk karbon monoksida, Co, dan 12 g karbon bergabung dengan 32 g oksigen membentuk karbon dioksida, CO2. Oleh itu, jisim oksigen bergabung dengan jisim tetap karbon dalam nisbah 16:32, iaitu 1:2.
law of reciprocal propoetionshukum perkadaran salinganKimiaTiadaHukum yang menyatakan bahawa apabila dua unsur A dan B dapat bergabung dengan unsur yang ketiga secara berasingan, iaitu C, maka jisim A dan B yang bergabung secara berasingan dengan jisim tetap C merupakan jisim apabila A dan B akan bergabung antara satu sama lain. Misalnya oksigen dan hidrogen masing-masing membentuk sebatian dengan karbon. Dalam metana, CH4, 12 g karbon bergabung dengan 4g hidrogen, manakala dalam karbon dioksida, CO2, 12 g karbon bergabung dengan 32 g oksigen. Maka 4 g hidrogen akan bergabung dengan 32 g oksigen, iaitu dalam nisbah 4:32 atau 2:16, seperti dalam H2O.
affiliated libraryperpustakaan bergabungPerpustakaanTiadaPerpustakaan yang bergabung menjadi sebahagian daripada sistem perpustakaan lain tetapi tidak ditadbir sebagai sebahagian daripada sistem itu sebaliknya mempunyai Lembaga Pengurusannya sendiri.
corporate authorpengarang bergabungPerpustakaanTiadaDua atau lebih penulis yang bergabung untuk menghasilkan karya bersama.
equivalent proportionperkadaran setaraKimiaTiadaHukum yang menyatakan bahawa apabila dua unsur A dan B bergabung dengan unsur lain, katakan C, secara berasingan, jisim A dan B yang bergabung dengan jisim tetap C merupakan jisim apabila A dan B bergabung antara satu sama lain.
adeninadeninaVeterinarTiadaBes purina yang bergabung dengan timina untuk menjadi sebahagian daripada kod genetik dan gen dalam DNA. Bes ini bergabung dengan urasil dalam RNA dan merupakan sebahagian daripada molekul NADP, FAD dan adenosina.
adenineadeninaBioteknologiTiadaBes purina yang bergabung dengan timina untuk menjadi sebahagian daripada kod genetik dan gen dalam DNA. Bes ini bergabung dengan urasil dalam RNA, dan merupakan sebahagian daripada molekul NADP, FAD, dan adenosina.
ion association precipitantpemendak gabungan ionKimiaKimia AnalisisSebatian kimia yang boleh bergabung dengan ion logam untuk membentuk sebatian kompleks yang kemudiannya bergabung dengan ion lain yang berlawanan cas, bagi membentuk mendakan.
polymerizationpempolimeranKejuruteraanPolimerTindak balas kimia yang melibatkan molekul kecil seperti monomer bergabung membentuk polimer. Dua jenis pempolimeran utama: pempolimeran penambahan yang monomer tak tepu bergabung tanpa menghasilkan produk sampingan, dan pempolimeran pemeluwapan yang bahan tindak balas bertindak balas membentuk polimer dan bahan sampingan molekul kecil seperti air.
12345678910...

Kembali ke atas