Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ga.dai] | برݢاداي

Definisi : mendapatkan pinjaman dgn memberi (menyerahkan) sesuatu cagaran: dia sanggup ~ utk membiayai persekolahan anaknya; ~ golok (bergolok) berikhtiar mendapatkan sesuatu dgn bergadai; ~ nyawa mempertaruhkan nyawa, meletakkan diri sendiri dlm keadaan yg boleh menyebabkan maut utk atau kerana seseorang atau sesuatu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ga.dai] | برݢاداي

Definisi : meminjam wang dgn memberikan cagaran: Dia terpaksa ~ utk membelanjai persekolahan anaknya. ~ bergolok berusaha mendapatkan wang dgn bergadai. ~ nyawa berusaha utk mencapai sesuatu dgn tidak menghiraukan keselamatan diri; menyabung nyawa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergadai

Puisi
 

Satu suit tidak berlantai,
     Satu padi disuruhlah tumbuh;
Tidak berduit biar bergadai,
     Turutlah hati sungguh-sungguh.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Naik bukit terkedok-kedok, Hendak cari damar batu; Habis kering bergadai golok, Hendak sambut anak menantu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Satu suit tidak berlantai, Satu padi disuruhlah tumbuh; Tidak berduit biar bergadai, Turutlah hati sungguh-sungguh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bersembang-sembang sampai senja, Pujuk isteri tidak dipeduli; Ada wang habis dibelanja, Esok hari bergadai berkuli.Pantun Melayu SarawakNasib
Empat puluh kapal Peringgi, Kapal nak masuk benua China; Teguh-teguh berpegang janji, Saya nak masuk bergadai nyawa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas