Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ga.duh] | برݢادوه

Definisi : 1. berkelahi, bertengkar: baiklah berhati-hati jangan sampai ~ dgn orang itu; 2. membuat gempar (bising): orang sangat hairan melihat gadis-gadis ~ dgn sengitnya; 3. campur aduk, kusut, tidak keruan, sangat kacau: kalau bangsa-bangsa dlm negeri mulai ~, sukarlah hendak menenteramkan mereka kembali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ga.duh] | برݢادوه

Definisi : 1 berbuat gempar atau huru-hara; berbuat gaduh: Orang sedang mengaji, kamu semua jangan ~ di sini. 2 berkelahi, sama ada dgn bertumbuk, bertengkar saja atau sampai berbunuh-bunuhan: Mereka yg menjadi ahli kongsi gelap selalu saja ~ antara satu dgn yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergaduh

Puisi
 

Anak Cina masak itik,
     Masak mari sampai luluh;
Memang tak guna berbini cantik,
     Hari-hari sahaja bergaduh.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
verbal altercationperbalahan lisanKriminologiKeadilan JenayahTindakan berbalah atau bergaduh secara percakapan atau lisan. Contohnya, dua kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam perbalahan lisan sehingga menyebabkan pergaduhan.
physical contactkontak fizikalSukanTiadaPerlakuan pemain yang melakukan kontak fizikal, seperti bergaduh dan mencerca pengadil, yang mengakibatkan pemain digantung terus daripada bermain.
broken homerumah tangga pecah-belahSosiologiTiadaRumah tangga yang suami atau isterinya telah bercerai , bergaduh atau meniggalkan keluarga.
temporary suspensiongantung sementaraSukanTiadaPerbuatan menghentikan pemain buat sementara oleh pengadil atas kesalahan seperti bergaduh, bermain kasar, mempertikaikan keputusan pengadil berulang kali, dan sebagainya.
permanent suspensionpenggantungan kekalSukanTiadaPerihal pemain digantung terus daripada bermain kerana melakukan kesalahan berat seperti bergaduh dan mencerca pengadil.
hostilitypermusuhanPsikologiPsikologi UmumCiri atau tingkah laku individu yang boleh mencabar kesabaran orang lain atau merangsang perbalahan. Individu yang mempunyai sifat ini biasanya kurang mempercayai orang lain dan suka bertengkar atau bergaduh. Individu ini juga mempunyai personaliti jenis A yang biasanya berisiko tinggi untuk menghidap penyakit kronik seperti kecelaruan jantung atau hipertensi. Risiko serangan penyakit kronik tersebut lebih tinggi daripada individu yang kuat merokok. Di samping itu, individu ini lebih mudah mengalami masalah kurang daya tahan terhadap penyakit.

Kembali ke atas