Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gam.bar] | برݢمبر

Definisi : 1. mempunyai gambar, dihiasi dgn gambar: buku bacaan ~; kad ~; 2. mengambil gambar dgn kamera: para pelancong ~ di depan bangunan Parlimen; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gam.bar] | برݢمبر

Definisi : 1 ada gambarnya; dihias dgn gambar; buku ~; majalah ~. 2 dibuat gambarnya dgn menggunakan kamera; mengambil gambar: Sebelum bermain, kedua-dua pasukan itu telah ~ dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergambar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah padanan “pictorial representation” dalam peruntukan di bawah ini dipadankan sebagai "representasi bergambar" selain "bahan bergambar".Cadangan padanan yang sesuai bagi perkataan "pictorial representation" ialah representasi bergambar atau perwakilan bergambar.Makna28.05.2021
Bolehkah "standee board" diterjemah menjadi "papan bergambar"? Ini dalam konteks papan bergambar susuk tubuh sesuatu watak animasi yang diletakkan dekat sebelah reruai syarikat.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah standee board ialah papan berdiri. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah07.11.2023
Padanan perkataan “pictorial representation” ialah “representasi bergambar”? Bolehkah perkataan imbuhan ditambahkan bagi perkataan “representasi” menjadikan “merepresentasi” dan “direpresentasi” bagi perkataan “represented” dalam ayat di bawah ini. “338(3) Every package containing vinegar, distilled vinegar or blended vinegar shall not include a pictorial representation or design in the label depicting the substance from which the vinegar may be prepared unless at least 60 per cent of the vinegar contained therein has been prepared from the substance represented. (3) Tiap-tiap bungkusan yang mengandungi cuka, cuka suling atau cuka sebatian tidak boleh memasukkan pada labelnya suatu representasi bergambar atau reka bentuk yang menggambarkan bahan dari mana cuka itu diperoleh melainkan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada cuka yang terkandung di dalamnya telah disediakan daripada bahan yang dinyatakan itu.”.

Kekalkan ayat tanpa imbuhan dan betulkan kepada Tiap-tiap bungkusan yang mengandungi cuka, cuka suling atau cuka sebatian tidak boleh memasukkan representasi bergambar atau reka bentuk pada labelnya yang menggambarkan bahan dari mana cuka itu diperoleh melainkan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada cuka yang terkandung di dalamnya telah disediakan daripada bahan yang dinyatakan itu.

Tatabahasa07.07.2021
Salam sejahtera, Adakah "pictorial diagrams" boleh diterjemahkan kepada "gambarajah bergambar"? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Mohon bantuan pihak DBP untuk mengesahkannya. Terima kasih.

 Padanan bahasa Melayu bagi “pictorial diagram” ialah  “gambar rajah bergambar” (Gambar rajah yang menunjukkan bentuk sebenar objek).

  

Istilah29.05.2019
Ingin memohon visual iklan bergambar seperti :- PUSAT JAGAAN DYSLEXIA GOMBAK

Untuk makluman tuan/puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan / iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Saiz visual pada kebiasannya mengikut apa yang dikehendaki Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

2. Kaunter dibuka pada hari bekerja dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

3. Perlu ada teks dalam bahasa Melayu untuk kami semak dan sahkan. Oleh itu, tuan/puan perlu meletakkan keterangan aktiviti di sebelah kiri paling atas iklan, contohnya RESTORAN.

Lain-lain27.02.2018
ADAKAH INI AYAT MAJMUK 1. KIM SENG BERGAMBAR BERSAMA-SAMA DENGAN KELUARGANYA DI LADANG ANGGUR.Ini ayat tunggal, bukan ayat majmuk.Tatabahasa19.10.2015
akum, saya ingin menerbitkan buku kanak-kanak bergambar untuk dijual kepada awam. apakah prosedur yang harus saya ikuti?Buku itu perlulah ditulis dan dilengkapkan dengan gambar atau ilustrasinya. Selepas itu, terbitkan melalui mana-mana penerbit yang dipilih. Selepas terbit, bolehlah dijual.Lain-lain01.12.2007
Salam. Boleh saya tahu... tarikh2 kursus penulisan buku2 (bergambar) kanak2?Salam. Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Puan boleh terus menghubungi Pegawai di Bahagian Penerbitan Buku Kanak-kanak dan Remaja - Puan Marsilawati atau Puan Azihani di talian 03-21479289 atau 03-21479293. Terima kasih.Lain-lain02.02.2014
saya sangat berminat untuk menyertai pertandingan menulis cerita bergambar kanak-kanak. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan borang? terima kasih.Salam Sejahtera sdri,
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana berminat untuk menyertai peraduan ini. Borang peraduan boleh didapati melalui facebook.com/DBPMalaysia. Brosur peraduan juga akan disiarkan melalui semua majalah DBP keluaran bulan Disember 2012. Sekian, Selamat Mencuba.

Rosnah Awang
Ketua Editor
Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja
Lain-lain25.11.2012
Apakah istilah yang sesuai untuk mengatakan seseorang yang pandai bergambar? Fotogenik?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud fotogenik ialah menarik (cantik, manis, sesuai dan sebagainya) dalan gambar foto (berkenaan seseorang).Makna14.04.2021
123

Kembali ke atas