Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gan.da] | برݢندا

Definisi : bertambah atau meningkat sekali lipat lebih banyak drpd jumlah asal, berlipat (banyaknya): hasil padi ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gan.da] | برݢندا

Definisi : bertambah sekali drpd jumlah yg mula-mula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berganda


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya berasa musykil tentang diftong, vokal berganda, digraf dan konsonan berganda yang diajar dlm buku teks tahun 2 KSSR. Dan saya bukan orang pertama yang keliru dengan pendekatan dalam buku teks itu. Adakah wajar perkara yang mengelirukan itu diajar dengan sekadar touch n go kepada kanak-kanak yang baru hendak mengenal bahasa?Bukan itu sahaja, ayat majmuk dan ayat tunggal juga di ajar dengan hanya mewarnakan perkataan itu dengan harapan murid tahun dua dapat membezakannya. Sesuatu perlu dilakukan oleh DBP sebagai penasihat bahasa kebangsaan untuk mengubah isu/cara touch n go ini bagi terbitan buku teks seterusnya.

Untuk makluman puan, penyediaan bahan dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 2 SK tidaklah dibuat secara touch n go sahaja. KSSR pada Tahap 1 (Tahun 1-3)  menitikberatkan  kemahiran literasi dan aplikasi bahasa pada peringkat asas. Murid perlu menguasai asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis terlebih dahulu, manakala aspek seni bahasa dan tatabahasa menyokong bahan yang dipersembahkan.

 

Pendekatan untuk mengenali konsep diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan berganda dalam buku teks Tahun adalah merupakan pendekatan pembelajaran bahasa yang lebih santai dan secara didik hibur sesuai dengan tahap murid Tahun 2. Hal ini sebagaimana yang telah dinyatakan dalam halaman pendahuluan (iv-v). Murid hanya diminta mengenali perkataan yang berkaitan yang ada dlm buku teks dan buku aktiviti dengan kemahiran dengar dan sebut/tutur, misalnya hlm 2, Kemahiran Membaca hlm 3 dan kemahiran Menulis hlm 4.

 

Murid tidak diberatkan dengan penghafalan set definisi konsep tetapi lebih kepada upaya menyebut, membaca dan menulis perkataan yang berkaitan. Aktiviti  ini seupaya mungkin diaplikasikan dalam pengajaran dalam bilik darjah oleh guru.  Perincian tentang definisi/konsep  diftong, vokal berganding digraf dan konsonan berganda kerana hanya didedahkan atau  diperincikan dalam buku Bahasa Malaysia Tahun 3.

 

Begitu juga halnya dengan kaedah mengenal pasti ayat majmuk dan ayat tunggal. Murid Tahun 2 hanya menggunakan kemahiran membaca ayat misalnya hlm 7, tidak perlu menghafal definisi ayat tunggal atau ayat majmuk secara terperinci tetapi sekadar boleh menyebut, membaca dan menulis jenis ayat tersebut. Pemeringkatan kefahaman tentang ayat tunggal dan ayat majmuk dilaksanakan lebih mendalam dalam buku Bahasa Malaysia Tahun 3.

 

Perhatian puan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Tatabahasa15.05.2013
1) Perkataan berganda contoh ( Buah-buahan Tempatan Malaysia ) atau ( Buah-Buahan Tempatan Malaysia ) - sama ada huruf b yang kedua itu ( b - huruf kecil atau B huruf besar) - sama juga seperti Penasihat Undang-Undang. huruf u yang kedua itu huruf besar atau huruf kecil. 2) Perkataan negeri. di tulis dengan huruf kecil atau besar. - Kalau Negeri Melaka. perkataan negeri itu di tulis dengan huruf besar. - kalau negeri sahaja tanpa diikuti dengan nama khas. Adakah ia juga ditulis dengan huruf kecil atau huruf besar. terima kasih. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. 04-2611955

1) Perkataan kedua dalam kata ganda ditulis dengan huruf kecil seperti contoh Buah-buahan Tempatan Malaysia, begitu juga dengan Penasihat Undang-undang.

2) Perkataan negeri ditulis dengan huruf kecil seperti negeri-negeri di Malaysia dan negeri Melaka kecuali nama yang telah diwartakan seperti Negeri-Negeri selat (kata gandanya hururf besar dan negeripun huruf besar).

Ejaan24.12.2011
Perkataan berganda bagi Naib Canselor ialah Naib-naib Canselor. Apakah perkataan berganda bagi Pro-Canselor? Terima kasih.
Dalam bahasa Melayu, kebiasaanya hanya perkataan pertama sahaja yang perlu digandakan. Sebagai contoh, "Ketua-Ketua Menteri" tetapi jarang penggunaan kata  "Naib-naib Canselor". Pihak kami mencadangkan penggunaan kata beberapa orang naib canselor atau beberapa orang Pro-Canselor.
Istilah03.10.2015
adakah perkataan berganda untuk faktor-faktor masih digunakan contohnya faktor-faktor yang mempengaruhi gaya hidup tidak sihat.Perkataan berganda "faktor-faktor" adalah betul dan boleh digunakan. Perkataan "faktor-faktor"digunakan untuk menunjukkan banyak atau jamak. Walau bagaimanapun, apabila kata ini disertai kata jamak seperti semua, banyak dan sebagainya, kata "faktor" tidak perlu digandakan atau diulang.Tatabahasa04.01.2014
Adakah kedua-dua perkataan berganda dieja dengan huruf besar dipermulaan ayat. Contohnya: Perkara-Perkara atau Perkara-perkara.Untuk makluman, perkataan berganda, pada perkataan kedua tidak boleh ditulis dengan huruf besar. Contoh yang betul: Perkara-perkara.Tatabahasa22.12.2015
Saya ingin bertanya tentang perbezaan tanda petik tunggal dan berganda .

Tanda petik berganda (" ") digunakan untuk tujuan tertentu seperti berikut:
a) mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis,
b) Mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab buku yang dipakai dalam ayat. Contoh: Rencana yang ditulisnya, "Manusia dan Alam Sekitar", terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis rencana anjuran Persatuan Sains.
c) Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Contoh: Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini.

Tanda petik tunggal (' ') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Contoh: "Amboi! Sejak menjadi 'orang kaya baru', batang hidungnya pun tak nampak," sindir Hasyim.

Sila rujuk Gaya Dewan Edisi 3 halaman 77 untuk maklumat lanjut.

Lain-lain10.08.2022
Salam, Saya mengetahui bahawa menggunakan dua perkataan berganda di dalam satu ayat tidak boleh. Sebaliknya jikalau perkataan itu memang perlu digandakan, adakah boleh? Contoh seperti ayat di bawah: " Ketika pemotong kayu dan isterinya tidur, kedua-dua beradik itu perlahan-lahan keluar dari bilik". Maksud saya ialah penggunaan dua perkataan berganda iaitu "kedua-dua" dan "perlahan-lahan". Sekian.Ketika pemotong kayu dan isterinya tidur, kedua-dua beradik itu perlahan-lahan keluar dari bilik. Kata tersebut perlu digandakan, kedua-dua menunjukkan keseluruhan, manakala perlahan-perlahan menunjukkan penekanan kepada perbuatan yang dilakukan.   Tatabahasa16.07.2008
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/ Puan. Mohon berikan cadangan bagi perkataan 'double eyelid'. Sumber internet yang saya jumpa kebanyakannya menggunakan padanan kelopak mata berganda. Adakah ia benar? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi "double eyelid" ialah kelopak mata berganda. Istilah17.02.2020
Saya mahu bertanyakan tentang ejaan Jawi untuk kata berganda/bertasydid selain b.Arab. Umum saya tahu yg kata arab bersyaddah tidak ditulis bila dieja dalam Jawi (Cthnya Mahabbah محبه). Sebagai contoh nama: Bocchi. Adakah dieja بوچي sahaja dengan tanda tasydid halimunan. Atau dengan dizahirkan hurufnya بوچچي. Contoh lain: betta, zettabait, bella .dsbUntuk konsonan berganda seperti Bocchi, Betta, zettabait, Bella dan lain-lain dieja dengan satu konsonan sahaja. Contoh: Bocchi dieja بوکي. Tidak perlu digandakan konsonannya, sesuai dengan sistem bunyi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Kekecualian pada perkataan massa yang dieja dengan dua sin, bagi mengelakkan sama ejaan dengan masa

Sila rujuk Pedoman Umum Ejaan Jawi (DBP, 2020) di bawah tajuk Penulisan Kata Serapan. 
Ejaan06.09.2023
Bidang matematik: Apakah kata berganda untuk segi empat tepat atau segi tiga? Adakah 'contoh, Luas segi empat tepat - segi empat tepat itu ' atau 'Luas segi-segi empat tepat itu '? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah segi-segi empat dan segi-segi tiga.Lain-lain07.08.2018
1234

Kembali ke atas