Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gan.di.ngan] | برݢانديڠن

Definisi : berbanding dgn, berlawanan, bersaingan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gan.di.ngan] | برݢانديڠن

Definisi : 1. berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gan.di.ngan] | برݢانديڠن

Definisi : 1 saling berpegangan (tangan); berangkaian: Mereka berjalan ~ tangan. 2 ada hubungannya; ada pertaliannya: Hari ini kita akan membincangkan hal-hal yg ~ dgn penanaman teh di Malaysia. 3 berhubungan atau berkaitan antara satu dgn yg lain; berangkaian: Gerabak kereta api itu ~. 4 bekerja dll bersama-sama; saling membantu: Semua rakyat Malaysia perlu ~ utk menjaga keamanan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergandingan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara 'berdampingan', 'bergandingan' dan 'berdekatan' dari segi penggunaan istilah?

 

 Puan Lee terima kasih kerana menghubungi KNBDBP,

berikut diberikan makan seperti yang ditanya.

berdampingan - berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), berdekatan, berapat-rapat: dia hanya ingin ~ dgn Busu; 2. bergandingan, bersama-sama (menghadapi atau mengusahakan sesuatu): dia harus ~ serapat-rapatnya dgn saudaranya dlm usaha menyelesaikan masalah itu;

 berganding - berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; ~ tenaga menggunakan tenaga bersama utk melakukan sesuatu, berpadu tenaga, bekerjasama (dgn erat);

berada atau terletak dekat (dgn sesuatu tempat), berhampiran: rakit itu kemudiannya dihanyutkan ke dlm sungai yg ~; kejadian rompakan itu telah dilaporkan ke balai polis yg ~; 2. = berdekat-dekatan; 3. dekat (dgn sesuatu), berhampiran (dgn);

Makna06.01.2010
Assalamualaikum wbt. Mohon bantuan berkenaan penggunaaan perkataan bersama atau bersama-sama. Contohnya: Bersama-sama ini dilampirkan atau bersama ini dilampirkan. Terima kasih.Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Ayat yang tepat digunakan dalam penulisan surat rasmi ialah "Bersama-sama ini dilampirkan ....."Tatabahasa12.03.2018
Pengunaan ayat yang manakah lebih baik? *Cuba bilang bersama-sama saya. atau *Cuba bilang bersama-sama dengan saya. atau *Cuba bilang bersama-sama.Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Ayat yang tepat ialah "Cuba bilang bersama-sama saya".Tatabahasa11.01.2017
bersama 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit tuan.. saya kekeliruan dengan bersama dengan anak atau bersama anak ? bersama dengan surat..atau bersama surat...? tq

bersama dengan dan bersama boleh digunakan.

Tatabahasa18.09.2011
apakah perbezaan penggunaan perkataan bersama dan bersama-sama?Menurut data kami, bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan sahaja. Lain-lain19.04.2019
Apakah maksud perkataan "hatta"Lazimnya perkataan hatta bergandingan dengan perkataan 'maka'. hatta maka...

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hatta= ~ maka sl lalu, maka, kemudian dr itu, sampai (hingga): ~ beberapa lamanya ba­ginda pun berangkatlah pulang; berdiri teguh di belakang kerajaan kerana memper­tahankan negara ~ utk memikul senjata; memasuki rumah orang lain, sama ada rumah kawan atau rumah saudara ~ rumah ibu bapa sendiri, hendaklah mendapat ke­izin­an terlebih dahulu.
Tatabahasa07.09.2012
Adakah perkataan "bersama" itu kata kerja transitif/kata kerja tak transitif/kata adjektif? Yang manakah lebih gramatis? (1) Saya bersama Sofia (2) Saya bersama dengan Sofia.Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Ayat yang tepat ialah "Saya pergi ke kedai bersama dengan Sofia" dan "Saya pergi ke kedai bersama-sama Sofia".Tatabahasa26.01.2018
apakah yang dimaksudkan dengan 'bersesama'. Perkataan 'bersesama' ini saya temui di dalam buku perundangan. Apakah beza antara bersama-sama dengan bersesama?Perkataan bersama-sama bermaksud berserta, bergandingan dengan, serentak dengan.
Manakala perkataan bersesama dalam bidang perundangan bermaksud memiliki bersama yang merujuk berkaitan dengan harta pusaka. 
Makna22.12.2021
1. Apakah berbezaan antara perkataan bersama dan bersama-sama? Yang manakah frasa yang tepat "bersama-sama rakan-rakan" atau "bersama rakan-rakan" 2. Penggunaan yang tepat bagi perkataan belakangan ini?

1. Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Frasa yang tepat ialah bersama-sama rakan atau bersama dengan rakan.

2. Belakangan ini sama maknanya dengan kebelakangan ini, contoh ayat: Belakangan/kebelakangan ini, banyak anak-anak Melayu yang berminat untuk berniaga.

Tatabahasa25.01.2011
Hai Tuan/ Puan, frasa "bersama dengan" atau "bersama-sama dengan" lebih betul penggunaanya ? Atau kedua-dua frasa ini mendukung makna yang berbeza dalam konteks yang berbeza ? Minta pencerahan. Terima kasih.Jawapan yang betul ialah bersama dengan. Ini kerana 'bersama' membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini, 'bersama' membawa banyak makna tetapi 'bersama-sama' hanya bermaksud bergandingan dengan. Oleh itu, perkataan 'dengan' tidak perlu jika menggunakan perkataan bersama-sama. Contoh: Saya pergi ke taman permainan bersama-sama kakak.Lain-lain23.11.2020
123

Kembali ke atas