Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gan.tung] | برݢنتوڠ

Definisi : 1. bersangkut, bergayut, berpaut; dagu bagai lebah ~ dagu yg cantik; 2. bersandar (pd orang dll), berharap pd pertolongan (orang dll), di bawah pengaruh orang dll: kehidupannya ~ pd belas kasihan Dato’ Ujang; pertumbuhan padi di kawasan Kerian ~ semata-mata pd hujan; ~ di ekor anjing prb orang yg sangat memerlukan pertolongan akan menerima sebarang pertolongan; ~ di hujung rambut prb nasib yg tidak tetap; ~ kpd rambut sehelai prb dlm keadaan yg amat berbahaya; ~ pd tali rapuh prb mengharapkan pertolongan drpd orang dll yg lemah; ~ tidak bertali, bersalai tidak berapi prb a) isteri yg ditinggalkan tetapi tidak diceraikan; b) peri seorang gundik yg tidak sah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gan.tung] | برݢنتوڠ

Definisi : 1 berpegang atau bersangkut pd sesuatu dgn tidak berjejak pd bumi, lantai dsb: Jangan ~ pd dahan yg rapuh itu. 2 berharap pd bantuan orang utk melakukan sesuatu; sentiasa dibantu dll oleh seseorang atau sesuatu; mesti berpandukan sesuatu yg lain: Walaupun sudah berkahwin, dia masih ~ pd orang tuanya. Kesuburan pokok-pokok itu ~ pd baja yg diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergantung

Puisi
 

Bermasak nasi santan bergantung,
     Ambil puntung dari seberang;
Tarik rebab mengenangkan untung,
     Untungku tidak seperti orang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Bergantung pada tali rapuh.

Bermaksud :

Menyandarkan hidupnya pada orang (jabatan, pekerjaan dan sebagainya) yang kurang kuat atau tidak tetap.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
srayuk[sÄA.ju/]kata kerjabergantung-gantung (banyak dan berserabut).Luwa rumoh diyo gak srayuk denge kaeng.[l:u.wA Äu.mh di.j gA/ sÄA.ju/ d«.NE kAeN]Ruang tamu rumahnya bergantungan dengan kain.
gondeng[g:n.dEN]kata adjektifberkenaan sarang lebah dalam keadaan bergantung, bergayut pada dahan.Sare tebuwe tu dok gondeng pokok paoh.[sA.ÄE t«.bu.wE tu do/ g:n.dEN p.k/ pAoh]Sarang tebuan tu tergantung pada pokok mempelam.

Kembali ke atas