Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gan.tung] | برݢنتوڠ

Definisi : 1. bersangkut, bergayut, berpaut; dagu bagai lebah ~ dagu yg cantik; 2. bersandar (pd orang dll), berharap pd pertolongan (orang dll), di bawah pengaruh orang dll: kehidupannya ~ pd belas kasihan Dato’ Ujang; pertumbuhan padi di kawasan Kerian ~ semata-mata pd hujan; ~ di ekor anjing prb orang yg sangat memerlukan pertolongan akan menerima sebarang pertolongan; ~ di hujung rambut prb nasib yg tidak tetap; ~ kpd rambut sehelai prb dlm keadaan yg amat berbahaya; ~ pd tali rapuh prb mengharapkan pertolongan drpd orang dll yg lemah; ~ tidak bertali, bersalai tidak berapi prb a) isteri yg ditinggalkan tetapi tidak diceraikan; b) peri seorang gundik yg tidak sah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gan.tung] | برݢنتوڠ

Definisi : 1 berpegang atau bersangkut pd sesuatu dgn tidak berjejak pd bumi, lantai dsb: Jangan ~ pd dahan yg rapuh itu. 2 berharap pd bantuan orang utk melakukan sesuatu; sentiasa dibantu dll oleh seseorang atau sesuatu; mesti berpandukan sesuatu yg lain: Walaupun sudah berkahwin, dia masih ~ pd orang tuanya. Kesuburan pokok-pokok itu ~ pd baja yg diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergantung

Puisi
 

Bermasak nasi santan bergantung,
     Ambil puntung dari seberang;
Tarik rebab mengenangkan untung,
     Untungku tidak seperti orang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Bergantung pada tali rapuh.

Bermaksud :

Menyandarkan hidupnya pada orang (jabatan, pekerjaan dan sebagainya) yang kurang kuat atau tidak tetap.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin mendapatkan kepastian untuk tatabahasa yang betul seperti berikut: 1-bergantung kepada atau 2-bergantung pada cth: bergantung kepada/pada pendekatan yang dilakukan. Apakah terjemahan paling sesuai untuk 'Financial Capability' ? 1- kemampuan dari segi kewangan 2-kebolehan kewangan Terima kasihDalam buku Tatabahasa Dewan, antara situasi penggunaan kata sendi nama pada; sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Oleh itu, yang betul ialah bergantung pada pendekatan yang dilakukan. Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "Financial Capability" ialah kemampuan kewanganTatabahasa21.11.2020
bergantung pada atau bergantung kepadaPenggunaan yang betul ialah bergantung pada.Tatabahasa11.03.2021
Bergantung pada konteks atau bergantung kepada konteks?Ayat yang betul ialah Bergantung pada konteks.Lain-lain07.02.2021
Yang manakah betul di bawah, dan apa sebabnya? 1. bergantung pada/bergantung kepada 2. terpulang pada/terpulang kepada Terima kasihSila berikan contoh ayat yang lengkap agar pihak kami dapat memberikan padanan jawapan yang sesuai berdasarkan kontkes ayat tersebut.Lain-lain27.04.2022
Salam. Berdasarkan arkib soalan Khidmat Nasihat, terdapat pertanyaan pada 04.05.2014 "" Tuan, "bergantung kepada ibu" atau "bergantung pada ibu"adalah betul? Saya telah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Terbitan Ketiga pada halaman 272 dan 274 dan masih keliru dengan penggunaannya... tolong jelaskan masalah saya ini. Terima kasih."" Jawapan yang diberikan oleh pihak Khidmat Nasihat ialah ""Frasa yang betul ialah "bergantung pada kebenaran ibu"."" Soalan saya, mengapakah frasa yang betul ialah "bergantung pada kebenaran ibu", bukannya "bergantung pada ibu"? Terima kasih!

Jawapan yang betul ialah “bergantung pada ibu”. Kami ambil maklum atas kesilapan tersebut.

Tatabahasa27.01.2022
Yang manakah satu betul (1)~a. terdedah kepada, ATAU~terdedah pada. (2) ~a,bergantung kepada,~b, bergantung padaSila berikan contoh ayat yang lengkap agar pihak kami dapat memberikan padanan jawapan yang yang sesuai berdasarkan konteks ayat tersebut.Tatabahasa21.04.2022
Adakah betul ayat 'kebolehan pengamatan juga adalah bergantung kepada minat' ? Saya kurang pasti dengan penggunaan adalah sebelum perkataan bergantung.Ayat yang betul ialah "Kebolehan pengamatan juga bergantung pada minat."Lain-lain01.04.2023
Salam sejahtera, tuan. Ayat: Malaysia terlalu bergantung kepada tenaga buruh asing dalam sektor perladangan dan pembinaan. Pertanyaan: Adakah bergantung kepada betul? Terima kasih.Ayat yang betul ialah Malaysia terlalu bergantung pada tenaga buruh asing dalam sektor perladangan dan pembinaan.Tatabahasa03.06.2021
Apakah situasi yang sesuai untuk menggunakan perkataan 'bergantung' dan 'tergantung'?Imbuhan beR- dan teR- pada perkataan bergantung dan tergantung membawa beberapa pengertian berdasarkan konteks. Awalan beR- membawa pengertian meminta bantuan daripada, contohnya; Kehidupan pengemis itu bergantung pada ihsan masyarakat. Awalan teR- pula membawa maksud dalam keadaan tersedia. Contoh ayat ialah Busana pengantin berwarna kuning itu siap tergantung. Selain itu, awalan teR- pada perkataan tergantung juga memberi pengertian keupayaan. Contohnya, hukuman yang akan dikenakan terhadap pesalah itu tergantung pada hakim.Tatabahasa21.05.2021
Saya masih keliru, kenapa perkataan tertakluk dan bergantung mesti diikuti dengan kata sendi nama "pada" dan bukannya "kepada"? Apakah pertimbangan atau rujukan yang dibuat bagi menentukan sendi nama itu bagi perkataan-perkataan ini. Saya telah melihat PRPM. Alasan yang diberikan antara lainnya menyebut "frasa yang betul ialah "bergantung pada" kerana sendi nama pada digunakan sandaran kepada bergantung, begitu juga tertakluk". Jadi, kenapa kata sendi "kepada" tidak boleh jadi sandaran kepada kedua-duanya ini sedangkan jika dilihat kepada maksud, ia juga boleh dijadikan sandaran. Bergantung kepada keadaan, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Saya dapati ada juga jawapan yang menyatakan kalau kepada orang contohnya awak, boleh pula guna kepada, contoh "tertakluk kepada awak". Tiada mana-mana penjelasan terdahulu yang menyatakan "tertakluk pada" adalah pada benda atau abstrak, manakala "tertakluk kepada" kepada manusia. Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.

Menurut buku TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (hlm. 272) kata sendi nama “kepada” terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk kepada manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Kata sendi nama “pada” pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat dan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi sesuatu kata kerja (perkara ini membawa maksud sandaran).

Oleh itu, salah satu daripada fungsi kata sendi nama “kepada” adalah untuk menunjukkan maksud sasaran. Manakala, salah satu daripada fungsi kata sendi nama “pada” adalah untuk menunjukkan maksud sandaran. Jadi, penggunaan frasa yang betul ialah "bergantung pada atau tertakluk pada", iaitu membawa maksud sandaran bukannya kepada yang membawa maksud sasaran.

Tatabahasa09.04.2020
12345678910...

Kembali ke atas