Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gan.tung] | برݢنتوڠ

Definisi : 1. bersangkut, bergayut, berpaut; dagu bagai lebah ~ dagu yg cantik; 2. bersandar (pd orang dll), berharap pd pertolongan (orang dll), di bawah pengaruh orang dll: kehidupannya ~ pd belas kasihan Dato’ Ujang; pertumbuhan padi di kawasan Kerian ~ semata-mata pd hujan; ~ di ekor anjing prb orang yg sangat memerlukan pertolongan akan menerima sebarang pertolongan; ~ di hujung rambut prb nasib yg tidak tetap; ~ kpd rambut sehelai prb dlm keadaan yg amat berbahaya; ~ pd tali rapuh prb mengharapkan pertolongan drpd orang dll yg lemah; ~ tidak bertali, bersalai tidak berapi prb a) isteri yg ditinggalkan tetapi tidak diceraikan; b) peri seorang gundik yg tidak sah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gan.tung] | برݢنتوڠ

Definisi : 1 berpegang atau bersangkut pd sesuatu dgn tidak berjejak pd bumi, lantai dsb: Jangan ~ pd dahan yg rapuh itu. 2 berharap pd bantuan orang utk melakukan sesuatu; sentiasa dibantu dll oleh seseorang atau sesuatu; mesti berpandukan sesuatu yg lain: Walaupun sudah berkahwin, dia masih ~ pd orang tuanya. Kesuburan pokok-pokok itu ~ pd baja yg diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergantung

Puisi
 

Bermasak nasi santan bergantung,
     Ambil puntung dari seberang;
Tarik rebab mengenangkan untung,
     Untungku tidak seperti orang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Bergantung pada tali rapuh.

Bermaksud :

Menyandarkan hidupnya pada orang (jabatan, pekerjaan dan sebagainya) yang kurang kuat atau tidak tetap.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
barian MSbhantaran perkahwinan.Jumlah barian itu bergantung kepada kedudukan pihak perempuan dalam masyarakat Iranun. Keluarga masyarakat Iranun terdiri daripada keturunan Datu, Syarif, dan orang biasa serta hamba abdi. Jika kedudukan keluarga pihak perempuan itu tinggi maka tinggilah pula hantarannya.Proses Perkahwinan Masyarakat IranunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
andilik Mrmembersihkan belukar atau hutan untuk bercucuk-tanam.Peringkat berikutnya ialah untuk membersihkan belukar dengan menggunakan parang. Kerja ini biasanya dilakukan secara bergotong royong (ahuyu) yang bergantung kepada kemampuan petani sama ada petani itu mampu menyediakan makanan dan minuman tapai beras kepada pembantu-pembantunya. Peringkat ini dipanggil andilik.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tampin Mr Tlproses menyimpan padi (yang siap ditampi) mengikut kuantiti hasil tuaian pada ketika itu.Padi yang siap ditampi kemudiannya disimpan di tempat simpanan yang berbeza dari segi saiz bergantung pada kuantiti dan jenis bekas yang dimiliki oleh petani. Proses ini dipanggil tampin.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kaban-belayan, *kaban belayan* Ibsanak-saudara, kaum kerabat.Tapi, bagi Rentap itu tidak penting. Biarlah kaban-belayan hendak kata apa pun. Biarlah keluarganya dipulaukan dan disisihkan. Rentap yakin dia boleh berdikari tanpa terlalu bergantung pada orang lain.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas