Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gan.tung] | برݢنتوڠ

Definisi : 1. bersangkut, bergayut, berpaut; dagu bagai lebah ~ dagu yg cantik; 2. bersandar (pd orang dll), berharap pd pertolongan (orang dll), di bawah pengaruh orang dll: kehidupannya ~ pd belas kasihan Dato’ Ujang; pertumbuhan padi di kawasan Kerian ~ semata-mata pd hujan; ~ di ekor anjing prb orang yg sangat memerlukan pertolongan akan menerima sebarang pertolongan; ~ di hujung rambut prb nasib yg tidak tetap; ~ kpd rambut sehelai prb dlm keadaan yg amat berbahaya; ~ pd tali rapuh prb mengharapkan pertolongan drpd orang dll yg lemah; ~ tidak bertali, bersalai tidak berapi prb a) isteri yg ditinggalkan tetapi tidak diceraikan; b) peri seorang gundik yg tidak sah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gan.tung] | برݢنتوڠ

Definisi : 1 berpegang atau bersangkut pd sesuatu dgn tidak berjejak pd bumi, lantai dsb: Jangan ~ pd dahan yg rapuh itu. 2 berharap pd bantuan orang utk melakukan sesuatu; sentiasa dibantu dll oleh seseorang atau sesuatu; mesti berpandukan sesuatu yg lain: Walaupun sudah berkahwin, dia masih ~ pd orang tuanya. Kesuburan pokok-pokok itu ~ pd baja yg diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergantung

Puisi
 

Bermasak nasi santan bergantung,
     Ambil puntung dari seberang;
Tarik rebab mengenangkan untung,
     Untungku tidak seperti orang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Bergantung pada tali rapuh.

Bermaksud :

Menyandarkan hidupnya pada orang (jabatan, pekerjaan dan sebagainya) yang kurang kuat atau tidak tetap.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
composite functionfungsi kompositMatematikTiadaFungsi yang bergantung kepada pembolehubah yang bergantung kepada pemboleh ubah lain pula, dan boleh ditulis sebagai fungsi suatu fungsi.
caregiverpengasuhPerubatanTiadaSeseorang yang menguruskan jagaan kepada pesakit yang bergantung sepenuhnya atau bergantung separa untuk penjagaan diri pesakit berkenaan.
frequency � dependent selectionpemilihan bergantung frekuensiBiologiGenetikPemilihan yang melibatkan ketegapan bergantung pada frekuensi.
day lengthjangka siangBotaniTiadaPembahagian spesies tanaman yang bergantung kepada pengaruh jangka masa siang untuk mengeluarkan bunga. Tumbuhan dapat dibahagikan kepada lima kumpulan bergantung pada gerak balas terhadap jangka masa siang untuk berbunga, iaitu tumbuhan pendek-siang (SDP), tumbuhan panjang-siang (LDP), tumbuhan pendek-panjang siang (SLDP), tumbuhan panjang-pendek siang (LSDP) dan tumbuhan yang tidak bergantung pada jangka masa siang atau jangka masa neutral siang (DNP).
form dragseretan bentukAeroangkasaTiadaSeretan daripada tekanan normal yang bergantung kepada bentuk jasad.,Konfigurasi pesawat udara yang mempunyai sepasang sayap sahaja.,Seretan daripada tekanan normal yang bergantung kepada bentuk jasad.
pseudocritical temperaturesuhu pseudokritikalKejuruteraanKejuruteraan KimiaSuhu tak kritikal sebenar sesuatu campuran yang bergantung pada kandungan dan jenis molekul campuran. Suhu pseudokritikal menjelaskan suhu kritikal yang bergantung pada daya antara molekul di dalam sesuatu campuran.
pseudocritical pressuretekanan pseudokritikalKejuruteraanKejuruteraan KimiaTekanan tak kritikal sebenar sesuatu campuran yang bergantung pada kandungan dan jenis molekul campuran. Tekanan pseudokritikal menjelaskan tekanan kritikal yang bergantung pada daya antara molekul di dalam sesuatu campuran.
state functionfungsi keadaanKejuruteraanKejuruteraan KimiaFungsi yang menyatakan sifat seperti isi padu, tekanan, suhu, tenaga dalaman, entropi, entalpi, dan lain-lain yang tidak bergantung pada sejarah atau laluan untuk mencapai sesuatu keadaan. Sifat ini hanya bergantung pada keadaan semasa dan boleh dijelaskan sebagai satu titik di atas graf. Misalnya, entropi yang bergantung pada tenaga sistem dan keadaan tertentu, seperti keadaan keseimbangan.
dependency behaviortingkah laku kebergantunganPsikologiPsikologi UmumTingkah laku yang banyak bergantung pada orang lain atau masyarakat. Kebanyakan tingkah laku individu ini ditentukan oleh orang lain sehingga menyebabkan kepercayaan dirinya berkurangan. Contohnya, kanak-kanak yang terlalu bergantung pada ibu bapanya sehingga gagal membuat sesuatu keputusan sekalipun keputusan yang mudah.
dependent variablepemboleh ubah bersandarMatematikTiadaPemboleh ubah yang nilainya bergantung pada nilai pemboleh ubah tak bersandar. Diberi suatu fungsi f, dengan pemboleh ubah x mewakili nilai dalam domain dan pemboleh ubah y mewakili nilai f(x), ditulis y = f(x). Nilai y bergantung pada nilai x ; y dikenali sebagai pemboleh ubah bersandar dan x dikenali sebagai pemboleh ubah tak bersandar. Dengan ini, y dikatakan satu fungsi bagi pemboleh ubah tak bersandar, x. Misalnya, dalam rumus y = x + 2, pemboleh ubah tak bersandar ialah x, manakala pemboleh ubah bersandar ialah y, dan y ialah fungsi bagi pemboleh ubah x.
12345678910...

Kembali ke atas