Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ga.ram] | برݢارم

Definisi : 1. mengandungi (dibubuh) garam; 2. ki senang, berbahagia: mereka berusaha supaya hidupmu jangan ~; 3. menjadi spt garam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ga.ram] | برݢارم

Definisi : ada garamnya atau (telah) dibubuhi garam: Masakan itu tawar kerana tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergaram

Puisi
 

Buah kandis luruh di hilir,
     Dimakan orang tidak bergaram;
Hendak manis luar bibir,
     Manis tak hendak rasa ke dalam.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Manalah nasi tidak bergaram, Kerana lapik sudah lusuh; Manalah hati tidakkan geram, Kerana adik bercerai jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Makan asam tidak bergaram, Garam ada di atas meja; Melihat tuan kenangkan kawan, Kawanlah ada jauh di mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tempat bersarang pohon rambutan, Belanak budu tidak bergaram; Tanah sehasta jadi rebutan, Anak menumpang di tanah haram.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Penat sudah orang menyayur, Sayangnya sayur tidak bergaram; Penatlah sudah abang menegur, Orang ditegur bermuka masam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah kandis luruh di hilir, Dimakan orang tidak bergaram; Hendak manis luar bibir, Manis tak hendak rasa ke dalam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas