Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ga.ris] | برݢاريس

Definisi : mempunyai garis: kad ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ga.ris] | برݢاريس

Definisi : ada garisnya: Utk membuat lukisan, gunakanlah buku yg tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergaris


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah fungsi perkataan yang bergaris dalam ayat yang berikut: 1(a) Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai. 1(b) Hidup di dunia hanya sementara.Sila hubungi kami semula dan nyatakan perkataan manakah yang memerlukan penjelasan kerana tidak ada perkataan yang bergaris dalam kedua-dua ayat tersebut.Tatabahasa22.11.2012
Apakah fungsi perkataan yang bergaris dalam ayat yang berikut: 1(a) Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai. 1(b) Hidup di dunia hanya sementara. 2(a) Hadiah ini untuk adik. 2(b) Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. 2(c) Kami ke perpustakaan untuk mengulang kaki pelajaran. 2(d) Daya membeli buku untuk adik saya.Sila hubingi kami semula dan nyatakan soalan saudara dengan jelas (perkataan manakah yang bergaris?).Tatabahasa14.11.2012
Merujuk jawapan tuan (6.4.2012) bahawa ayat 'Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul" betul kerana membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan. Walau bagaimanapun hal tersebut tidak mematuhi keterangan dalam Tatabahasa Dewan m/s 280 iaitu ' dengan ' hadir di hadapan frasa/ kata nama, sedangkan 'betul' ialah kata adjektif. Sesuatu perlu dilakukan kepada perkataan betul supaya menjadi kata/frasa nama seperti rajin = rajinnya. saya berpandangan ayat tersebut boleh ditulis " Pilih ayat-ayat yang betul penggunaan perkataan bergarisnya" Mohon pandangan tuan.Ayat "Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul" betul. Kata "dengan" dalam ayat tersebut berfungsi sebagai kata hubung pancangan keterangan, bukan kata sendi nama. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa06.04.2012
Dalam pasangan ayat yang berikut, perkataan bergaris yang manakah yang tergolong sebagai adjektif dan adverba? Berikan alasan anda. 1(a) Bangunan tinggi itu bangunan KLCC. 1(b) Burung helang itu terbang tinggi. 2(a) Lelaki itu orang kuat. 2(b) Dia bercakap kuat.1(a) Bangunan tinggi itu bangunan KLCC. - adjektif dalam frasa nama bangunan tinggi.
1(b) Burung helang itu terbang tinggi. - adverba kerana menerangkan kata kerja terbang.
2(a) Lelaki itu orang kuat. - adjektif dalam frasa nama orang kuat.
2(b) Dia bercakap kuat. - adverba kerana menerangkan kata kerja bercakap.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa14.11.2012
Dalam pasangan ayat yang berikut, perkataan bergaris yang manakah yang tergolong sebagai adjektif dan adverba? Berikan sebab. 1(a) Bangunan tinggi itu bangunan KLCC. 1(b) Burung helang itu terbang tinggi. 2(a) Lelaki itu orang kuat. 2(b) Dia bercakap kuat.1(a) Bangunan tinggi itu bangunan KLCC. Ayat biasa - Bangunan tinggi itu (Subjek - Frasa nama) bangunan KLCC (Predikat - Frasa Nama)
1(b) Burung helang itu terbang tinggi. Tinggi - Adverba
2(a) Lelaki itu orang kuat. Lelaki itu (Subjek - Frasa Nama) orang kuat (Predikat - Frasa Nama)
2(b) Dia bercakap kuat. Kuat - Adverba
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa25.10.2012
Selamat pagi, pohon semak arahan berikut, terima kasih. a. Nyatakan alasan terhadap program pertukaran pilihan anda. atau Nyatakan alasan mengapa anda memilih program tersebut. b.Bincangkan dengan rakan anda dan bentangkan hasil dapatan tersebut. atau Bincangkan bersama-sama dengan rakan anda dan bentangkan hasil perbincangan tersebut. c. Tuliskan Kanji di tempat yang bergaris. atau Tuliskan Kanji pada ruangan yang bergaris. atau Tuliska Kanji di ruang yang bergaris. d. Tahukah anda tentang amalan hidup orang Jepun? Dapatkan maklumat dan lengkapkan jadual berikut. atau Tahukah anda tentang kehidupan seharian orang Jepun? Dapatkan maklumat daripada sumber yang sesuai dan lengkapkan jadual yang disediakan. e. Rakan-rakan anda menceritakan tentang perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan harian mereka. Bina ayat berdasarkan contoh. atau Rakan-rakan anda menceritakan tentang perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian mereka. Bina ayat berdasarkan contoh. f. Baca itinerari yang disediakan oleh Zul. atau Baca jadual yang disediakan oleh Zul. g. Apabila kita memperkatakan negara Jepun,,,,,, atau Apabila kita memperkatakan tentang negara Jepun....1. Nyatakan alasan terhadap program pertukaran pilihan anda.
2. Bincangkan bersama-sama rakan anda dan bentangkan hasil dapatan tersebut.
3. Tuliskan Kanji pada ruangan yang bergaris.
4. Tahukah anda tentang kehidupan seharian orang Jepun? Dapatkan maklumat daripada sumber yang sesuai dan lengkapkan jadual yang disediakan.
5. Rakan-rakan anda menceritakan perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian mereka. Bina ayat berdasarkan contoh.
6. Lihat jadual yang disediakan oleh Zul.
7. Apabila kita memperkatakan negara Jepun...
Tatabahasa11.05.2014
Saya ialah seorang penulis buku bahasa Jepun. Pohon semak ayat arahan berikut. Terima kasih. a. Tuliskan sebutan bagi Kanji yang bergaris. b. Pilihkan kosa kata yang sesuai dan lengkapkan petikan. c. Tukarkan kata kerja kepada bentuk yang sesuai dan lengkapkan ayat. d. Baca petikan dan jawab soalan berikut.A. Betul B. Pilih kosa kata yang sesuai dan lengkapkan petikan C. Betul D. Baca petikan dan jawab soalan yang berikut.Tatabahasa03.05.2014
Gabung ayat-ayat tunggal menjadi satu ayat majmuk. Adi berasa malu . Kawannya melihat koteknya. Koteknya tegang.Siti berasa malu kerana kawannya melihat mukanya yang tidak bersolek. Sila gunakan kata hubung yang bergaris dalam ayat contoh yang tuan berikan. Dalam hal pembelajaran, gunakan ayat yang baik dan santun.Lain-lain05.11.2015
Apakah perbezaan di antara frasa adalah dengan ialah contoh : ...... ialah sikap ...... adalah sikap yang mana satu jawapan yang betul

Sdr Sapuan,

Bagi menjawab pertanyaan sdr, jawapan yang betul ialah sikap bukan adalah sikap. Hal ini kerana, penggunaan kata pemeri  ialah hadir di hadapan atau sebelum kata nama. Kata sikap yang bergaris  dalam ayat ini merupakan kata nama. Manakala penggunaan kata pemeri adalah hadir di hadapan atau sebelum kata adjektif atau kata sendi. Contohnya:

  1. Sayur-sayuran segar adalah baik untuk kesihatan kita. (Kata baik yang bergaris merupakan kata adjektif).

  2. Wang yang dikumpulkan itu adalah untuk tujuan amal. (Kata untuk yang merupakan kata sendi).

Tatabahasa26.02.2009
salam sejahtera. Saya ingin memastikan adakah ayat-ayat berikutbetul atau sebaliknya. I) Kanak-kanak lelaki itu meraung kesakitan kerana disengat tebuan. II) Ali bersalam dengan ibunya sebelum keluar dari rumah. III) Encik Hamid menjelaskan bahawa kedudukan syarikat semakin kukuh. IV Adik tidak mahu makan nasi kerana giginya sakit.

Kata yang bergaris telah dibuat pembetulan, manakala yang lain adalah betul.  

1. Kanak-kanak lelaki itu meraung kesakitan kerana disengat tebuan.

2. Ali bersalam dengan ibunya sebelum keluar daripada rumah.

3. Encik Hamid menjelaskan bahawa kedudukan syarikat semakin kukuh.

4. Adik tidak mahu makan nasi kerana giginya sakit.

Tatabahasa07.07.2008
12

Kembali ke atas