Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ga.ru] | برݢارو

Definisi : mencakar-cakar dgn kuku kerana berasa gatal; sedang atau dlm keadaan mencakar-cakar dgn kuku: Mengapa dia asyik ~ saja? Entah-entah ada kurap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergaru


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'Badan adik yang dipenuhi ruam itu menyebabkan dia asyik bergaru sejak tadi' apakah kesalahan ayat diatas?. Terima kasih Tuan.Ayat yang lebih gramatis ialah "Badan adik yang dipenuhi ruam itu telah menyebabkannya asyik bergaru sejak dari tadi"

Penggunaan kata tugas "telah" dan "dari" menyebabkan ayat tersebut lebih gramatis.
Tatabahasa18.07.2013
berdasarkan jawapan yang diberi oleh Tuan.. Salam sejahtera RAHMAT B. RAMLI, Soalan : 'Badan adik yang dipenuhi ruam itu menyebabkan dia asyik bergaru sejak tadi' apakah kesalahan ayat diatas?. Terima kasih Tuan. Jawapan : Ayat yang lebih gramatis ialah "Badan adik yang dipenuhi ruam itu telah menyebabkannya asyik bergaru sejak dari tadi" Penggunaan kata tugas "telah" dan "dari" menyebabkan ayat tersebut lebih gramatis. tetapi.. Sejak bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua kata secara berurutan mengandungi unsur lewah, iaitu berlebihan atau tidak diperlukan kerana penggunaan salah satu daripada kata tersebut telah melengkapkan ayat. boleh Tuan jelaskan..Penggunaan dari dan sejak secara berurutan dianggap lewah. Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa19.07.2013
wujud tak perkataan menggaru-garu? dalam kamus dewan takde pun? agar-agar memejal atau mengental ? sila jawab pertanyaan saya sebelum ini boleh tak kerana saya perlu memberitahu pelajar tentang jawapan yang tepat. Selamat hari guru munsyi terima kasih berbanyak. semoga kalian dikurniakan nikmat yang paling bernilai dalam kehidupan manusia.Agar-agar mengental. Kata garu melalui proses pengimbuhan boleh membentuk kata terbitan lain seperti menggaru;menggaru-garu; bergaru; tergaru-garu; penggaru dsb..    Tatabahasa16.05.2008

Kembali ke atas