Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ga.ya] | برݢاي

Definisi : 1. menunjukkan kesajakan, (keang­gunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ga.ya] | برݢاي

Definisi : 1 kelihatan segak atau elok; sedap dipandang: Gadis yg berbaju kurung labuh dan berkain songket merah itu sungguh ~. 2 menunjukkan lagak; berlagak: Orang benci kpdnya kerana dia suka ~ spt orang-orang kaya. 3 ada kekuatannya; bertenaga: Sejak didatangi penyakit lumpuh tempoh hari, dia tidak ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergaya


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
berayas MSrberhabis-habisan.Aku mahu bergaya, kalau tidak dapat dengan kebolehan dan kemampuannya sendiri, setelah berlaki aku dapat, apalah yang aku mahu lebih daripada itu? Seolah-olah begitu dia mengatakan kepada dirinya. "Kalau sebelum berlaki atau tidak dapat itu dan tidak dapat ini, serba kekurangan, setelah berlaki berayaslah."Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
unduk ngadau MSbRatu cantik sempena Pesta Keamaatan.Aku berfikir sambil mata terus memandang ke atas pentas melihat para peserta seorang demi seorang bergaya untuk menarik perhatian para juri yang menilai kecantikan, pakaian dan penampilan. Aku perlu menulis tentang tujuan perayaan Pesta Menuai ini diadakan, perbezaan perayaan Unduk Ngadau zaman dahulu dan sekarang, dan bagaimana pertandingan Ratu Kaamatan sudah jauh penyimpang dari tujuan asalnya.Jejaka IdamanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lampit Ibsejenis tali pinggang perempuan yang diperbuat daripada perak.Sanggul renda terselit bunga-bunga sedang mengembang. Rawai sungguh sesuai menyarung riba mengelilingi pinggang. Kain berukiran amat menawan beraneka bentuk tiada lapang. Gelang tumpa amat bergaya pemasangannya tiada pincang. Tali pinggang lampit di pasang rapat umpama sebuah pintu tapang.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas