Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ga.ya] | برݢاي

Definisi : 1. menunjukkan kesajakan, (keang­gunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ga.ya] | برݢاي

Definisi : 1 kelihatan segak atau elok; sedap dipandang: Gadis yg berbaju kurung labuh dan berkain songket merah itu sungguh ~. 2 menunjukkan lagak; berlagak: Orang benci kpdnya kerana dia suka ~ spt orang-orang kaya. 3 ada kekuatannya; bertenaga: Sejak didatangi penyakit lumpuh tempoh hari, dia tidak ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergaya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
groomingmelatih; bergayaVeterinarTiadaTiada
groomingmelatih; bergayaPentadbiran PerniagaanTiadaMelatih: Mengajar atau mendidik supaya mahir.
panachejambul; bergayaSejarahTiadaTiada
stylized compositionkomposisi bergayaKesusasteraanTiadaPenyusunan karya mengikut gaya-gaya tertentu. Contoh: bahasa berirama dalam lipur lara Melayu.
RecamierRecamierKesenianHiasan DalamanPerabot (sofa) bergaya Empire-Directoire yang digunakan reka bentuk bebas halangan renda alenkon sebagai tempat berbaring pada waktu siang. Sofa ini dinamakan sempena nama seorang tokoh kesusasteraan berbangsa Perancis abad ke-19, iaitu Jeanne-Francoise Julie Adelaide Bernard Recamier (1777-1849).
operaoperaKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang mengutamakan dialog berlagu dan lakonan bergaya. Elemen kostum dan latar pentas biasanya dalam bentuk yang hebat, termasuk kesan pencahayaan dan kesan khas yang mengagumkan.
dialogismdialogismeKesusasteraanTiadaSuatu bentuk wacana yang merujuk pelbagai luahan watak-watak yang mungkin bertentangan pandangan terhadap sesuatu subjek dan bukan pandangan pengarang semata-mata. Bentuk wacana ini disampaikan melalui gaya dialogika atau polifonik dan bukan bergaya monologik. Terma ini digagaskan oleh Mikhail Bakhtin dalam teori dialogisme.
machine aestheticestetika mesinKesenianSeni BinaPendekatan seni bina pada awal kurun ke-20 yang menggunakan alat atau mesin untuk menghasilkan produk-produk seni bina, tidak menggunakan hiasan secara berlebihan, tetapi lebih mementingkan fungsi sesuatu bangunan. Hal ini disebabkan oleh kemunculan revolusi industri dan perkembangan teknologi yang berlaku pada masa tersebut. Mesin telah dianggap sebagai satu bentuk estetika yang sangat berharga kerana mampu menonjolkan unsur kecantikan melalui penampilan dan fungsi dengan penggunaan bahan-bahan baharu seperti logam, plastik dan cermin kaca. Reka bentuk sesebuah bangunan juga dibuat berasaskan gaya bentuk geometri yang lebih ringkas dan mudah. Ciri penting yang lain termasuklah menggabungkan keanggunan dan kesederhanaan bentuk, memaparkan struktur dinding yang bergaya dan kemas, mengehadkan penggunaan dinding bagi membolehkan penyusunan semula struktur dan penggunaan tingkap bersaiz yang besar.
humour appealpemikat lucuKomunikasiKorporatUsaha mendapatkan perhatian khalayak terhadap sesuatu perkhidmatan atau barangan yang dipromosikan dengan menggunakan pendekatan komedi. Aspek komedi atau lucu boleh diwujudkan dalam bentuk positif dan negatif. Unsur kelucuan tersebut termasuklah kenyataan dan gelagat kehidupan sebenar yang melucukan. Aspek kelucuan ini dipaparkan dalam bentuk penulisan atau lakonan,sama ada menggunakan pelakon sebenar atau animasi. Contoh iklan lucu positif ialah iklan yang memaparkan tingkah laku kanak-kanak yang bermain tanah sehingga mencomotkan pakaian dan wajah mereka. Gelagat mereka yang takut dimarahi oleh ibu masing-masing mewujudkan rasa kelucuan dalam kalangan khalayak. Unsur positif dalam iklan ini ialah terdapatnya keriangan dan bebas dalam kalangan kanak-kanak yang sedang bermain. Contoh iklan lucu negatif pula ialah iklan yang memaparkan remaja obes menggunakan gel rambut yang tidak berjenama sehingga rambutnya menjadi tegak dan keras. Apabila menggunakan gel rambut yang diiklankan, rambut remaja kembali rapi dan kelihatan lebih tampan dan bergaya. Aspek negatif dalam iklan ini ialah terdapatnya unsur menyindir watak remaja obes.
brandingpenjenamaanKomunikasiKorporatProses untuk membentuk identiti dan mewujudkan citra terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan dalam kalangan pengguna. Proses ini melibatkan pembangunan dan penetapan kedudukan jenama, mempromosikan jenama dalam pasaran, dan usaha untuk membezakan identiti dan citra jenama dengan barangan lain. Dari segi barangan, proses penjenamaan dilakukan dengan memperkenalkan ciri jenama, seperti nama jenama, mutu, kepentingan penggunaan, warna, saiz, reka bentuk, pembungkusan, serta kesan emosi dan fizikal yang dihasilkan. Dari segi perkhidmatan pula, proses ini dilakukan dengan memperkenalkan ciri jenama seperti mudah dihubungi, menepati cita rasa sesuatu kelompok atau peringkat umur, dan kerap dikaitkan dengan peningkatan citra, status, arah aliran semasa, dan gaya hidup. Contohnya, perkhidmatan penyiaran stesen televisyen A yang dapat membantu penggunanya mendapat hiburan yang meriangkan seperti yang dinikmati oleh kehidupan remaja di kawasan bandar. Stesen B pula kerap dikaitkan dengan gaya kehidupan masyarakat bandar yang bergaya dan berpendidikan, manakala stesen C dikaitkan dengan penyiaran rancangan hiburan yang menggambarkan kehidupan masyarakat luar bandar. Kesimpulannya, ketiga-tiga stesen televisyen berkenaan telah melakukan usaha penjenamaan terhadap program masing-masing kerana setiap satunya mempunyai nilai yang berbeza.

Kembali ke atas