Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ge.lap] | برݢلڤ

Definisi : berada dlm gelap (tidak memakai lampu): pd malam hari peraturan ~ dijalankan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ge.lap] | برݢلڤ

Definisi : berada atau duduk dlm gelap; tidak menyalakan lampu (pd waktu malam): Mereka terpaksa ~ kerana takut dilihat oleh pihak musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergelap


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin memohon pencerahan tentang soalan berikut: Seluruh kawasan perumahan itu.......kerana bekalan elektrik terputus. A. bergelap B. kegelapan. Mohon jasa baik tuan/puan untuk memberikan penjelasan lanjut tentang jawapan yang dianggap betul/sesuai. Terima kasih.Seluruh kawasan perumahan itu bergelap/kegelapan kerana bekalan elektrik terputus. Bergelap bermaksud berada dalam gelap dan kegelapan bermaksud perihal gelap atau keadaan gelap. Kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. 

Tatabahasa04.11.2015
Betulkah penggunaan perkataan ini digelapgelitakanGelap gelita bermaksud keadaan yang sangat gelap. Perkataan "digelapkan", "bergelap", dan "menggelapkan" merupakan antara contoh perkataan berimbuhan bagi kata dasar gelap. Oleh hal yang demikian, tiada perkataan "digelapgelitakan".Makna25.03.2014
Penduduk Taman Permai pada malam semalam telah menggelapkan kerana terputus bekalan elektr Apakah perkataan yang harus menggantikan perkataan "menggelapkan" supaya ayat tersebut betul?Perkataan yang betul ialah bergelap - bermaksud berada dalam gelap.Tatabahasa17.03.2011
saya ingin bertanya, bolehkah DBP mewujudkan imbuhan baru untuk kata lawan bagi ber-? Seperti yang kita tahu, ber- mempunyai maksud 'memiliki' atau 'perbuatan persalingan' (daripada https://ejournal.ukm.my/gema/article/view/129). Jika kita lakukan perbandingan bahasa ( Melayu & Inggeris) bagi maksud 'memiliki' ber(sifat), baju berlengan pendek = short sleeve shirt. Tetapi baju tanpa lengan = sleeveless shirt. berguna = useful, tidak berguna = useless. Banyak lagi perkataan bahasa Inggeris yang berakhir dengan -less, memudahkan komunikasi dan memendekkan jumlah perkataan dalam perbualan. Saya berharap agar penambahbaikan ini dapat dipertimbang kerana bahasa Melayu sepatutnya sudah wujudkan banyak istilah sains, berbanding menterjemah begitu sahaja. Terima kasihKamus Dewan Perdana (DBP, 2020) telah merakamkan imbuhan "ber-(be-, bel-) sebagai entrinya. Terdapat 30 pecahan makna yang berjaya diisih dan disusun secara teliti berserta contoh kata terbitannya. Maklumat tatabahasa juga diberikan sebagai panduan pengguna bahasa. Berikut adalah sebahagian daripada pecahan makna imbuhan tersebut:

ber- (be-, bel-)
awalan

1 secara umumnya, apb bergabung dgn kata dasar tertentu membentuk kata terbitan yg menunjukkan perbuatan, kegiatan, cara, sifat dll yg berkaitan dgn kata dasar tsb, mis berdayung, berjumpa, berdalih, bersosial, bermusuh, bergotong-royong, berdakwah, berbuat, golongan berada, cukai berbayar, berjalan berjengket-jengket membawa sekole kopi, dan Berenang mampu menurunkan berat badan;

2 apb bergabung dgn kata kerja, kata nama atau kata adjektif tertentu membentuk kata terbitan yg membawa maksud berada dlm keadaan yg berkaitan dgn kata dasar, mis berlapar, bercelup, bertulis, berhujan, berembun, bergelap, bergembira, berpantang, berbara, bercatu, belum berbasuh, bermuram durja, kain berjahit dan kayu bergergaji;

3 membawa maksud ada atau mempunyai, mis berduit, berkudis, bermuatan, berayah, berasas, berbeza, berhasrat, tiada berbanding, gula-gula berangin, selekoh berbahaya, pihak berkuasa, renang berirama, berhalangan, bertujuan, berfikiran, berperanan, dan berkaitan;

4 apb bergabung dgn kata tertentu membentuk kata terbitan yg menunjukkan perbuatan yg dilakukan pd diri sendiri, mis berdandan, bercukur, bersolek, bercermin, berdiang, berdiet, bergambar dan berjemur;


Untuk mendapatkan keseluruhan pecahan makna imbuhan ini, pengguna disarankan memiliki Kamus Dewan Perdana.
Lain-lain24.06.2021

Kembali ke atas