Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ge.lar] | برݢلر

Definisi : memakai gelar: orang yg dipanggil Sutan itu sebenarnya ~ Sutan Bagindaseraya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ge.lar] | برݢلر

Definisi : mempunyai gelar; memakai gelar: Dlm majlis itu, tetamu-tetamu yg ~ duduk di barisan hadapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergelar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Yang mana lebih tepat : " Yang Berhormat - Yang Berhormat Dato' " atau "Yang Berhormat Dato'- Dato' "... situasinya : terdapat ramai YB-YB yang bergelar Dato', di samping VIP bukan YB bergelar Dato'..Orang yang bergelar Dato' tetapi bukan Yang Berhormat disapa sebagai Yang Berbahagia Dato', manakala Yang Berhormat khusus kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Sapaan yang betul ialah Yang Berbahagia Dato'-Dato', Yang Berhormat Dato' -Dato' ....Tatabahasa26.06.2012
apakah salutasi yang betul untuk: 1.pensyarah universiti yang bergelar Dr. 2.Pegawai perubatan yang bergelar Dr. cth. Datuk = YBhg DatukSapaan yang betul untuk Dr. bagi kedua-dua gelaran alah Tuan Dr..Lain-lain02.04.2008
Salam, bagaimanakah cara penulisan kata sapaan untuk seseorang yang berpangkat CEO syarikat swasta dan bergelar Tuan Haji? Adakah Yang Berusaha atau YBhg?Yang Berusaha. Sapaan 'Yang Berbahagia' hanya digunakan untuk orang-orang yang bergelar seperti Tan Sri, Datuk Seri, Datul dan seumpamanya yang bukan menyandang tugas wakil rakyat.Istilah01.03.2019
Kasih sayang Aiman _______________ ibu bapanya tidak pernah berubah walaupun setelah dia bergelar seorang penyanyi terkenal. Apakah kata sendi nama yang sesuai?Kasih sayang Aiman kepada/akan/terhadap ibu bapanya tidak pernah berubah walaupun setelah dia bergelar seorang penyanyi terkenal. Jika soalan ini berkaitan dengan peperiksaan, sila rujuk pada skema jawapan yang disediakan atau pihak penyedia soalan.Tatabahasa17.08.2018
Apakah soalan yang sesuai untuk jawapan Ibu amat terharu apabila mendapat tahu bahawa abang bergelar juruterbang.Soalan yang sesuai bagi jawapan tersebut ialah "Mengapakah ibu berasa amat terharu?" Jawapan yang lebih tepat ialah "Ibu amat terharu kerana mendapat tahu  bahawa abang akan bergelar juruterbang.Tatabahasa25.06.2013
nota ringkas kata sapaan kehormat dan ganti nama keluarga rakyat biasaUntuk makluman saudara tidak ada nota ringkas tentang penggunaan kata sapaan sama ada yang bergelar (daripada istana/kerajaan) atau tidak bergelar. Hal ini ditulis dengan jelas dalam buku Protokol di Malaysia: Tradis & Amalan (tulisan Moktar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri, terbitan DBP).Lain-lain05.07.2009
Mohon penjelasan tuan tentang penggunaan kata sapaan bagi individu yang bergelar nik,engku,ku,syed,megat,tuan,tengku,tunku, wan. Mana satu yang layak menggunakan Yang Mulia di awal nama.....

Jika individu yang bergelar nik, engku, ku, syed, megat, tuan, tengku, tunku dan wan daripada kalangan rakyat biasa, gelarannya ialah tuan/puan. Walau bagaimanpun jika empunya nama tersebut daripada kalangan kerabat diraja, maka gelaran yang digunakan ialah Yang Mulia. 

Lain-lain21.09.2011
kata hormat bagi yang bergelar dato' yang masih bertugas sebagi penjawat awamDato' ialah gelaran kehormat di Malaysia yg dianugerahkan oleh semua ketua negeri kecuali Melaka, Sarawak dan Sabah, kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu (sbg penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kpd negara). Oleh itu, gelaran tersebut boleh digunakan meskipun masih memegang jawatan dalam perkhidmatan awam.Lain-lain30.10.2007
Mohon pencerahan, kata sapaan bagi seseorang yang bergelar Doktor. Contoh ayat di bawah: "Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati untuk menjemput Dr. bagi menyampaikan ceramah di dalam program ini" Terima kasih.Dalam penulisan surat rasmi sapaan tuan atau puan boleh digunakan bagi sesorang yang mempunyai pangkat Doktor. Ayat yang betul ialah "Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati untuk menjemput tuan bagi menyampaikan ceramah dalam program ini"Tatabahasa22.12.2019
Surat rasmi kepada Pensyarah kanan universiti yang bergelar Dr. 1. Apakah gelaran yg patut digunakan untuk kata panggilan surat? Tuan / Puan @ Dr.? 2. Jika kata panggilan surat Dr. bagaimana kata panggilan di dalam isi surat.? Sekian Terima Kasih.Gelaran bagi Dr. untuk surat ialah tuan/puan termasuk dalam isi surat.Tatabahasa04.12.2009
1234567

Kembali ke atas