Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ge.lo.ra] | برݢلورا

Definisi : 1. bergelombang besar, mengombak; 2. sangat gelisah (perasaan), berkobar-kobar (semangat): semangat kebangsaan telah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ge.lo.ra] | برݢلورا

Definisi : 1 berkocak dgn hebatnya (ttg air laut); bergelombang besar: Dr Melbourne, kapal itu telah belayar ke New Zealand, dan kemudian membelok ke selatan menempuh laut yg ~. 2 ki berasa sangat gelisah; bergolak dgn hebat (ttg perasaan); berkobar-kobar (ttg semangat). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergelora


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SOALAN Pelajar tidak dapat meneruskan ucapannya kerana perasaannya "bergemuruh" / bercelaru / bergelora apabila melihat tetamu yang ramai. Kalau mengikut penjelasan KAMUS DEWAN, GEMURUH 2. berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dsb), agak gementar: setiap pemain pasti berasa sedikit ~ apabila menentang lawan, terutamanya dlm kejohanan penting; ADAKAH BERGEMURUH betul dalam SOALAN di atas juga? ATAU BERGERUMUH hanya boleh membawa erti - berbunyi spt guruh (bunyi kapal terbang, air terjun, dll): rakyat Pasai pun keluarlah, ~ bunyinya; ucapannya mendapat sambutan tepuk-sorak yg bergemuruh; etiga-tiga jawapan pun betul?Kata gemuruh membawa kedua-dua makna yang dinyatakan. Oleh itu, penggunaan salah satu maknanya dalam ayat adalah betul asalkan bersesuaian dengan konteks ayat tersebut. Contohnya ayat: Pelajar tidak dapat meneruskan ucapannya kerana perasaannya "bergemuruh" / bercelaru / bergelora apabila melihat tetamu yang ramai, pasti yang dimaksudkan ialah makna kedua, iaitu berdebar-debar hati.Tatabahasa10.07.2011
laut mana tidak bergeloraSila kemukakan soalan tuan dengan jelas.Lain-lain07.04.2017
Salam sejahtera, adakah penggunaan istilah 'reda' dalam ayat ini betul? "Air laut yang bergelora itu sudah reda." Sekian, terima kasih.Perkataan "reda" tidak gramatis dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang gramatis ialah "tenang".Lain-lain02.11.2015
Salam, apakah imbuhan yang tepat digunakan? 'meronda' atau 'rondaan' - Aktiviti ________________ oleh polis marin tetap dilakukan walaupun laut bergelora. Terima kasih.Meronda dan rondaan, kedua-duanya boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa12.08.2014
Maaf, jawapan yang PALING SESUAI ialah... A atau B? 1. Para pelabur dalam negara digalakkan untuk A. meneroka B. mencari peluang pelaburan di luar negara bagi memajukan perniagaan mereka. 2. Pelajar cemerlang itu tidak dapat meneruskan ucapannya dalam majlis anugerah tersebut kerana perasaannya A. bergelora B. bercelaru melihat tetamu yang ramai.

1. Meneroka dan dan mencari, kedua-duanya boleh melengkapkan ayat tersebut. Meneroka bermaksud menyelidiki untuk mengetahui sesuatu, biasanya yang belum diketahui lagi dan mencari bermaksud berusaha untuk mendapat (memperoleh) sesuatu.

2. Kedua-duanya betul kerana menggambarkan perasaan yang dialami. Bergelora bermaksud sangat gelisah (perasaan) dan bercelaru bermaksud tidak tentu arah.

Tatabahasa07.07.2011
1. AIDS ialah penyakit yang boleh (menghapuskan / melumpuhkan) keupayaan semula jadi badan untuk melawan penyakit. 2. Para pelabur dalam negara digalakkan untuk ( merintis / meneroka / mencari) peluang pelaburan di luar negara bagi memajukan perniagaan mereka. 3. Pelajar cemerlang itu tidak dapat meneruskan ucapannya dalam majlis anugerah tersebut kerana perasaannya (bergelora / bercelaru / bergemuruh / bergelombang) melihat tetamu yang ramai. Manakah jawapan yang betul? Terima kasih.

1. AIDS ialah penyakit yang boleh (menghapuskan / melumpuhkan) keupayaan semula jadi badan untuk melawan penyakit. - perlu rujuk fakta sebenar tentang AIDS, jika menghilangkan sama sekali jawapan yang betul ialah menghapuskan, tetapi jika hanya melemahkan ... maka jawapannya ialah melumpuhkan.

2. Para pelabur dalam negara digalakkan untuk meneroka/mencari peluang pelaburan di luar negara bagi memajukan perniagaan mereka.

3. Pelajar cemerlang itu tidak dapat meneruskan ucapannya dalam majlis anugerah tersebut kerana perasaannya bergelora/bercelaru melihat tetamu yang ramai.

Tatabahasa04.07.2011
Salam, 1. Ayat 'Dalam drama kejar-mengejar...' dikatakan betul. Kenapa ayat tersebut dikatakan betul sedangkan kata drama bukan manusia yang mengejar seseorang? Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.Drama  juga membawa maksud kiasan situasi atau urutan peristiwa penuh emosi, tragik, atau bergelora, seperti contoh yang diberi dalam pangkalan data kami drama tembak-menembak. Oleh itu, drama kejar-mengejar juga betul.Tatabahasa04.09.2012
Takrif 'fulamak' dan kenapa ia hanya tersenarai dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan dan tiada dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4?

Merujuk soalan yang tuan kemukakan berkenaan dengan perkataan ‘fulamak’ dalam Kamua Inggeris Melayu Dewan, perkataan tersebut merupakan padanan untuk kata “buggered” dan diambil sebagai tujuan terjemahan. Dalam kamus baharu yang sedang di peringkat akhir penyemakan pruf, pihak kami ada memasukkan perkataan tersebut sebagai entri dan diolah seperti yang berikut:

 

fulamak

فولامق

[fu×lA×mA/]

slgsrkata utk menyatakan rasa kagum atau seronok:Fulamak! Senyuman manjanya membuat hatiku bergelora. 

 

Makna20.09.2018

Kembali ke atas