Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ge.ra/] | برݢرق

Definisi : 1. bergoyang, beralih tempat, berpindah tempat: pohon itu ~ ditiup angin; jangan ~ dr tempatmu; 2. berangkat, pergi, menuju: askar-askar British telah ~ ke kawasan itu; kemudian ia bangun dan ~ dr situ; 3. berusaha, berikhtiar, bertindak: persatuan itu memerlukan wang utk ~; kami dulu sama-sama ~ dlm kumpulan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ge.ra/] | برݢرق

Definisi : 1 berubah (berpindah) tempat atau kedudukannya; tidak diam saja: Jangan ~ dr tempatmu. 2 pergi atau menuju ke sesuatu tempat: Mereka telah ~ ke kawasan yg berbahaya itu. 3 berusaha melakukan sesuatu; melakukan sesuatu usaha: Negara Malaysia sedang ~ dgn cergas utk mencapai kemajuan dan kemakmuran hidup seluruh rakyatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergerak

Puisi
 

Keris panjang mata tirus,
     Ulu keris nampak bersilang;
Serta pasang dengan arus,
     Bergerak surut pasangnya hilang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti lipas kudung.

Bermaksud :

Selalu bergerak dengan cepat; selalu sibuk bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mohon penjelasan lanjut utk bahagian ini : Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak), dan apitan meN...i menunjukkan objek yang mengikutinya itu tidak bergerak, contohnya Ayah menaiki tangga (tangga - tidak bergerak). - Terima kasih -Dalam contoh yang dinyatakan, Ayah menaikkan tangga... , "tangga" sebagai objek yang bergerak iaitu menjadikan tangga itu naik. Manakala Ayah menaiki tangga..., "tangga" sebagai objek tidak bergerak tetapi ayah yang bergerak. Konsep bergerak ialah berubah tempat sama ada yang berbentuk konkrit atau abstrak. Contohnya, Saya melontarkan batu ke arah lembu itu. Dalam ayat tersebut, objek iaitu batu bergerak dari tempat pelaku menuju ke arah lembu.  Contoh lain, "Saya telah menasihatkan perkara itu kepada mereka". Dalam ayat di atas, perkara yang menjadi bahan nasihat bergerak daripada minda guru ke minda murid. "Perkara" ialah objek yang tidak bernyawa dan bergerak secara abstrak.

Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan untuk memahami dengan lebih lanjut.
Tatabahasa12.04.2013
Saya minta maaf kerana soalan yang dikemukakan tidak jelas. Soalan saya ialah : kita boleh guna FRASA apa untuk menggambarkan /describe 'bibir bergerak' . Cth, mata bergerak boleh guna 'berkelip kelip'. Terima kasihCadangan jawapan yang sesuai bagi frasa untuk menggambarkan bibir bergerak ialah kumat-kamit. Contohnya, Bibir bomoh itu terkumat-kamit mambaca jampi.Tatabahasa16.06.2021
Bagaimana membezakan penggunaan apitan men..., men...i dan men...kan dalam ayat. Terdapat buku yang menerangkan penggunaannya berdasarkan status objek iaitu sama ada objek itu bergerak atau tidak bergerak dan objek bernyawa atau tidak bernyawa.Apitan meN...i  diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Dalam hal ini penggunaan apitan meN...i dan meN...kan akan menentukan objek yang mengikutinya sama ada objek bernyawa atau tidak bernyawa. Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak), dan apitan meN...i menunjukkan objek yang mengikutinya itu tidak bergerak, contohnya Ayah menaiki tangga (tangga - tidak bergerak). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 - 207. Tatabahasa06.04.2009
Salam Sejahtera, Berdasarkan Kamus Dewan; 1. eskalator = tangga bergerak utk. membawa orang naik atau turun antara tingkat bangunan. 2. travelator = laluan pejalan kaki yang bergerak mendatar Soalan ; Di sesetengah pasar raya, ada kemudahan laluan untuk pelanggan bergerak naik atau turun antara tingkat yang tidak bertangga supaya boleh diletakkan troli. Sekiranya eskalator, tidak bertangga. Sekiranya travelator, tidak bergerak secara mendatar kerana naik atau turun antara tingkat. Apakah istilah yang sesuai ? Terima kasihKami mencadangkan istilah "travelator" digunakan bagi maksud tersebut kerana konsep tidak bertangga dan laluan pejalan kaki.Istilah12.11.2013
Apakah cara terbaik untuk menerangkan penggunaan imbuhan me- kepada pelajar-pelajar? Contoh: beza antara me-. me-kan, me-i dan me-kanme-…-kan ( mesti diikuti oleh Objek Bergerak
me-….-I ( mesti diikuti oleh Objek Tidak Bergerak

Huraian:
Apitan men-…-kan dan men-…-i yang berpasangan dalam ayat yang mempunyai dua objek kebanyakannya diikuti oleh objek bergerak dan objek tidak bergerak. Dalam situasi ini, apitan men-…kan diikuti oleh objek bergerak, manakala apitan men-…-i diikuti oleh objek yang tidak bergerak.

Contoh:
Dia menghadiahkan sehelai kain batik kepada ibu. (Kain batik ialah objek bergerak).
Dia menghadiahi ibu sehelai kain batik. (Ibu ialah objek tidak bergerak


Me---kan --> (mesti diikuti oleh Objek Bernyawa)
Me-… --> (mesti diikuti oleh Objek Tak Bernyawa)

Huraian:
Apitan me----kan dan awalan me- yang berpasangan dalam ayat yang mempunyai dua objek sahaja kebanyakannya diikuti oleh objek bernyawa dan objek tidak bernyawa.
Dalam situasi ini, apitan men-…-kan diikuti oleh objek bernyawa dan awalan me- .. diikuti oleh objek tidak bernyawa.

Contoh:
Ibu menjahitkan adik sehelai baju kurung. (Adik ialah objek yang bernyawa).
Ibu menjahit sehelai baju kurung untuk adik. (Baju kurung ialah objek yang tidak
bernyawa)
Tatabahasa07.10.2019
salam, ayat manakah yang betul? 1) Mereka bergerak pada arah yang bertentangan. 2) Mereka bergerak dalam arah yang bertentangan. Terima kasih.

Ayat yang betul: Mereka bergerak pada arah yang bertentangan.

Tatabahasa20.10.2021
Tuan, minta lihat di bawah terlebih dahulu. 1. Bas ini bergerak dengan lajunya. Dalam ayat (1), frasa sendi nama "dengan lajunya" bertugas sebagai keterangan cara dalam frasa kerja "bergerak dengan lajunya". Soalan saya jika kata pembenda -nya dalam kata sifat "lajunya" digugurkan, adakah ayat di atas masih betul? Setelah pengguguran kata pembenda -nya dalam kata sifat "lajunya" berlaku, ayat akan berubah menjadi berikut: 1. (a) Bas ini bergerak dengan laju. Adakah ayat 1. (a) betul? Adakah pengguguran kata pembenda -nya dalam kata sifat akan menjejaskan ayat?Kata –nya dalam ayat Bas ini bergerak dengan lajunya berfungsi sebagai kata penekan. Ayat  Bas ini bergerak dengan laju betul.Tatabahasa29.12.2014
UDARA YANG BERGERAKKhidmat Nasihat Bahasa tidak menyediakan sebarang perkhidmatan yang berkaitan dengan peraduan teka silangkata atau kuiz. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan jawapan yang tersebut.Lain-lain27.04.2010
Manakah struktur ayat yang betul? a) Bas A mengambil 3 jam untuk bergerak sejauh 240 km. b) Bas A mengambil masa selama 3 jam untuk bergerak sejauh 240 km. dan a) Antara yang berikut, yang manakah benar .... ... ? b) Antara berikut, yang manakah benar.... ...? Terima kasih.

 

Ayat yang  betul:

b) Bas A mengambil masa selama 3 jam untuk bergerak sejauh 240 km.

a) Antara yang berikut, yang manakah benar .... ... ?

Tatabahasa25.04.2011
Assalamualaikum tuan, "Pengawas sekolah mula kembali bergerak lebih aktif pada tahun 2020, dengan keahlian yang mula dibuka kepada pelajar arus perdana." "mula kembali bergerak", benarkah penggunaan ayat tersebut?Ayat yang betul ialah Pengawas sekolah mula bertugas lebih aktif pada tahun 2020, keahlian baharu akan dibuka untuk pelajar arus perdana.Tatabahasa03.09.2021
12345678910...

Kembali ke atas