Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
muka (kata nama)
1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,

2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah salah dari segi tata bahasa sekiranya saya menggunakan perkataan 'mara' dengan perkataan 'membangun'?Dalam konteks makna, ayat yang lebih tepat ialah mara untuk membangun kerana mara dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4, bermaksud bergerak ke muka, tampil ke hadapan.Makna21.08.2006
makna perkatan "MADANI" saperti ingin dibayangkan dengan perkataan 'Masyarakat madani' perbezaan dengan masyarakat modern ; -harmonis ; -aman ; -maju atau yang agak sama maksud nya. Terima kasih

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata madani bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan(berkenaan dengan  masyarakat, generasi dsb.). Moden bermaksud dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru,cara(kaedah)baru, mutakhir. Harmonis bermaksud selaras, seimbang, sepadan,sesuai atau bersesuaian(antara satu sama lain). Aman bermaksud bebas daripada keadaan kacau-bilau(seperti peperangan, pergaduhan, permusuhan,dsb.); bebas daripada gangguan atau sesuatu yang tidak menyenangkan ,damai, tenang,tenteram. Maju bermaksud bergerak ke muka, melangkah ke hadapan, mengasak ke hadapan; bertambah baik baik keadaannya(dalam pelajaran, perniagaan dll.);tinggi tamadunnya(peradabannya,taraf hidupnya, dll).

Berdasarkan makna di atas , maka dapat dilihat perbezaan  antara konsep-konsep tersebut.Masyarakat madani melibatkan kemajuan dari segi pemikiran dan kerohanian, masyarakat moden melibatkan kemajuan dari segi fizikal seperti pembangunan dsb., masyarakat harmonis dan aman melibatkan keadaan masyarakat yang stabil dan bebas daripada kacau-bilau, dan masyarakat maju pula melibatkan keadaan masyarakat yang bertambah baik dari segi  ekonomi, pembangunan, industri dsb.     

Makna30.05.2008
Salam DBP, Mohon nasihat bagi pilihan ayat yang lebih tepat: - Gabungkan semua pinjaman anda dan ringankan komitmen bulanan. atau - Satukan semua pinjaman anda dan ringankan komitmen bulanan. - Servis perbankan ke muka pintu atau - Servis perbankan di muka pintu Terima kasihAyat yang sesuai ialah gabungkan semua pinjaman anda dan ringankan komitmen bulanan. Frasa "servis perbankan ke muka pintu atau servis perbankan di muka pintu" betul dan penggunaan frasa tersebut bergantung pada maksud sesuatu itu begerak atau tidak. Sebagai contoh, kata sendi nama ke digunakan untuk sesuatu yang masih bergerak iaitu "Untuk pergi ke Kundasang, pengunjung perlu melalui perjalanan yang agak mencabar dari Kota Kinabalu". Kata sendi nama di pula digunakan untuk maksud sesuatu itu telah tidak bergerak lagi iaitu "Untuk tiba di Kundasang, pengunjung perlu melalui perjalanan yang agak mencabar dari Kota Kinabalu".

Lain-lain31.12.2015

Kembali ke atas