Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergerak selalu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
digital nativejati digitalTeknologi Maklumate-PembelajaranSeseorang yang sejak kecil lagi hidup dalam persekitaran teknologi digital ataupun seseorang yang "bahasa ibundanya" ialah bahasa digital bagi komputer, Internet dan peranti bergerak. Mereka selalu pantas dan tidak kekok untuk mendapat, mengolah dan menyebar maklumat digital. Mereka memerlukan persekitaran pembelajaran kaya-media untuk mengekalkan tumpuan. Banding imigran digital.
undertowarus bawahSains MarinTiadaArus yang berlaku apabila terdapat perbezaan kekuatan antara pecahan ombak. Apabila ombak bergerak dari air dalam ke air cetek, ia akan berpecah apabila menghampiri pantai. Arus bawah selalu mencari jurang di dasar laut untuk kembali ke tengah laut. Sinonim arus karau.
accelerated motiongerak cepatKomunikasiTiadaPergerakan pusingan filem di dalam kamera yang dipercepatkan daripada pergerakan biasa. Tujuannya supaya apabila filem ditayangkan pada kelajuan biasa, pergerakan aksinya akan kelihatan bergerak dengan cepat. Kaedah ini selalu digunakan dalam adegan lucu. gerak pantas.
working area (dental)kawasan kerja (pergigian)PergigianTiadaPermukaan oklusi gigi posterior di sebelah yang sama mengikuti pergerakan mandibel ke sisi (kiri atau kanan). Contohnya apabila rahang bergerak ke kanan, bahagian rahang sebelah kanan adalah kawasan kerja. Satu atau lebih gigi posterior sebelah kanan ini akan selalu bersentuhan dengan gigi sebelah atas. Sentuhan ini adalah sentuhan normal dan biasanya tidak melibatkan kemudaratan seperti sentuhan di kawasan tak kerja. Sentuhan bahagian kerja penting kerana ia memberikan panduan dan juga kestabilan pergerakan mandibel ke arah sisi.
separatist movementgerakan pemisahSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan untuk memerdekakan sesuatu daerah atau wilayah dari sesebuah negara yang dilakukan secara tidak sah atau tidak mengikut perlembagaan. Gerakan ini menuntut supaya kemerdekaan diberi untuk membolehkan mereka memerintah sendiri. Gerakan ini dilakukan secara kekerasan dan kadangkala dalam bentuk keganasan yang melampau sehingga mengorbankan nyawa. Gerakan ini juga boleh bersifat ketenteraan atau sivil yang bergerak secara sulit atau bawah tanah atau di bawah parti politik. Semangat nasionalisme selalu mendasari gerakan ini di samping faktor lain seperti keagamaan, penentangan kepada diskriminasi dan dominasi serta bantuan dari kuasa luar. Contoh gerakan pemisah yang masih aktif ialah Gerakan Acheh Merdeka di Indonesia dan Gerakan Pembebasan Islam Moro di Filipina.

Kembali ke atas