Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sudah dipotong dgn gergaji (bkn balak, kayu dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergergaji


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bergergajisudah dipotong dgn gergaji (bkn balak, kayu dsb);Kamus Dewan Edisi Keempat
negatif(négatif) 1. pernyataan tidak atau bukan, tidak setuju, ingkar: saya menjawab ~, walaupun hati kecil saya mahu mele­tuskan simpati; 2. tidak mempunyai nilai, ciri, kualiti dsb yg membina (meyakinkan, bersemangat, pasti dsb): mereka dianggap bersikap ~ ter­hadap perubahan ataupun terhadap diri mereka sendiri; golongan yg putus asa itu mempunyai sikap yg ~ terhadap hidupnya; 3. cenderung membawa kesan atau pengaruh yg tidak elok (membahayakan, merosakkan dsb): perubahan ~ biasanya lebih cepat men­dapat reaksi berbanding dgn perubahan positif; kita sedar akan bahaya drpd penye­baran budaya ~ yg dianggap oleh penyebar­nya sbg budaya moden dan maju; 4. tidak menunjukkan sebarang tanda atau bukti ada­nya sesuatu penyakit atau keadaan (bkn hasil ujian diagnosis dsb): mereka yg disyaki mena­gih dadah itu telah dibebaskan oleh pihak polis setelah hasil ujian air kencing mereka didapati ~; 5. = nombor ~ (Mat) nombor yg lebih kecil drpd sifar; 6. kurang drpd sifar: kayu bergergaji diramalkan akan menun­jukkan kadar pertumbuhan yg ~; 7. imej foto pd filem yg belum berupa gambar; 8. lwn positif (elektrik dll); menegatifkan menjadikan negatif: tang­gapan sendiri yg ~ sesuatu akan menye­babkan kita menjadi kurang berani meng­hadapi realiti dan cabaran; menegatifkan menjadikan negatif: tang­gapan sendiri yg ~ sesuatu akan menye­babkan kita menjadi kurang berani meng­hadapi realiti dan cabaran; kenegatifan perihal (keadaan) negatif.Kamus Dewan Edisi Keempat
gergajialat yg bergerigi pd matanya utk memotong kayu dll; ~ aneka gergaji yg berbagai-bagai jenis matanya yg boleh ditukar-tukar; ~ balak (baluk) gergaji utk membuat papan dll; ~ belah gergaji utk memotong kayu mengikut hala urat; ~ belakang besi sj gergaji tangan yg bilahnya drpd besi keras dgn belakangnya disokong oleh bingkai keluli atau loyang, dan digunakan utk kerja-kerja kayu; ~ beregu sj gergaji dgn dua atau lebih mata yg dipasang pd bingkai atau pd aci gergaji talam, dan digerak ke hadapan dan ke belakang secara menegak atau mendatar utk membelah balak; ~ besar gergaji yg bingkainya merupakan bentuk huruf H; ~ besi gergaji utk memotong logam; ~ busar sj gergaji lengkuk yg berbingkai kayu dgn bilah nipis, dan digunakan utk memotong lengkuk pd kayu; ~ gelung sj gergaji dgn satu atau dua mata drpd keluli nipis yg berbentuk gelung, dan digunakan utk membelah balak; ~ kerat gergaji utk memotong kayu melintang urat; ~ kerawang gergaji utk membuat ukiran; ~ lengkuk sj gergaji tangan yg terdiri drpd bingkai keluli berbentuk U dgn bilah yg halus dan digunakan utk memotong lengkuk yg sempit pd papan nipis; ~ lengkuk halus sj gergaji lengkuk yg kecil dan digunakan utk memotong bahagian yg rumit, membulatkan bucu kayu, atau membuat reka bentuk tertentu; ~ lengkung sj gergaji tangan dgn bilah keluli yg nipis, dipasang pd bingkai logam yg melengkung, dan digunakan utk menebang pokok-pokok kecil; ~ lubang kunci sj gergaji yg bilahnya runcing pd bahagian hujung dan digunakan utk membuat lubang, memotong bucu, dll; ~ pengerat = ~ potong pepat sj gergaji yg digunakan utk memotong pepat kayu merentasi ira; ~ pita = ~ tali gergaji yg matanya berlingkar; ~ potong pepat sisi sj gergaji yg terdiri drpd rangka yg mengandungi beberapa keping gergaji talam, utk memotong atau membuang bahagian papan yg serong supaya sisi papan itu pepat; ~ racik sj gergaji (gelung atau talam) yg digunakan utk meracik dan menggergaji balak segi, kayu racik, dan kayu sayung; ~ rantai sj gergaji berjentera mudah alih yg mata pemotongnya terlekat pd rantai yg berputar, dan digunakan utk menebang pokok dan memotong tual kayu balak; ~ saber sj gergaji berjentera dgn bilah yg nipis dan pendek, dan digunakan utk memotong lengkung, membuat lubang, dll; ~ talam sj gergaji drpd keluli tegar yg bulat, pipih, yg berputar pd aci bermotor, dan digunakan utk memotong bahagian tepi atau hujung kayu; ~ tangan gergaji kecil yg dipegang dgn sebelah tangan; ~ tebuk gergaji yg matanya tidak lebar; spt ~ dua mata prb orang yg mendapat keuntungan drpd dua pihak; bergergaji sudah dipotong dgn gergaji (bkn balak, kayu dsb); menggergaji 1. memotong dgn gergaji; 2. berjalan serong ke kiri; penggergajian tempat menggergaji kayu; penggergaji orang yg menggergaji.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas