Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gé.sél] | برݢيسيل

Definisi : bersentuh (dgn), bergosok (dgn), kena-mengena: makan minum terpaksa bersama-sama, kadang-kadang ~ badan; ~ bahu berhubungan erat, bergaul, bergandingan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gé.sél] | برݢيسيل

Definisi : bersentuh antara satu dgn yg lain; bergeser: Kerana jambatan itu sempit, orang ramai yg lalu-lalang di situ sering ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergesel


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
side-swipebergeselKejuruteraan AutomotifTiadaPerlanggaran sisi dua buah kenderaan atau lebih yang bersentuhan pada sudut perlanggaran yang kecil dan secara memanjang.
kinetic frictiongeseran kinetikFizikMekanikGeseran antara dua permukaan yang bergesel antara satu sama lain.
frettingpenggeselsuaianAeroangkasaTiadaTindakan yang mengakibatkan kerosakan permukaan, terutamanya dalam persekitaran kakisan apabila dua pepejal bergesel di bawah pengaruh tekanan.
frettingpenggeselsuaian; gesel hakisKejuruteraanTiadaTindakan yang mengakibatkan kerosakan permukaan, terutamanya dalam persekitaran kakisan apabila dua pepejal bergesel di bawah pengaruh tekanan.
fretting corrosionkakisan gesel hakisKejuruteraanTiadaTindakan yang mengakibatkan kerosakan permukaan, terutamanya dalam persekitaran kakisan apabila dua pepejal bergesel di bawah pengaruh tekanan.
friction drivepacuan geseranKejuruteraanKejuruteraan MekanikKaedah penghantaran kuasa dengan pemacuan yang dihasilkan oleh daya geseran antara dua permukaan yang bergesel. Daya geseran ini terjana apabila roda pemacu yang berputar ditekan lalu bercantum menjadi satu sambungan yang boleh memutarkan roda yang hendak dipacu. Aci input disambungkan kepada roda pemacu dan roda dipacu pula disambungkan kepada aci output. Kaedah ini digunakan dalam sistem cekam pada sistem penghantaran kuasa kenderaan bermotor.
chafing mattikar tahan geselSukanTiadaKepingan fabrik kasar yang digunakan dalam tali temali untuk melindung layar dari geselan dengan tali tambat dan digunakan juga dalam palka untuk melindung kargo bergesel dengan siling, rasuk dan sebagainya.
antiwear additivesbahan tambah antihausKejuruteraanKejuruteraan MekanikBahan kimia yang ditambah ke dalam minyak pelincir atau bendalir hidraulik melalui proses tertentu. Bahan kimia ini berfungsi untuk mengurangkan atau menghalang sebarang permukaan yang bergesel menjadi terlalu mudah haus.
oil filterpenuras minyakKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen yang dipasang pada sistem pelinciran untuk menyingkirkan zarah pelelas daripada minyak pelincir. Minyak pelincir perlu dituras sebelum dikitar semula dan digunakan semula sebagai pelincir. Proses ini dapat mengurangkan kehausan komponen yang bergesel dalam enjin. Bahan penuras diperbuat daripada medium poros seperti kertas.

Kembali ke atas