Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.giat] | برݢيات

Definisi : berusaha dgn giat, bersungguh-sungguh, aktif: dia ~ dlm lapangan seni nyanyi; kanak-kanak itu tidak mahu ~ menjayakan usaha guru; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.giat] | برݢيات

Definisi : berusaha dgn sungguh-sunguh: Setelah tamat pengajiannya, ia ~ pula dlm lapangan politik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergiat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SADDUCEES

Sadducees ialah anggota satu kumpulan agama

Yahudi yang pernah bergiat di Judea, Palestin,

sehingga tahun 70 M. Puak Sadducees mendapat

pengaruh di Judea selepas Judea menjadi provinsi

Empayar Rom pada tahun 63 S.M. Mereka

menentang sekumpulan orang Yahudi yang dikenali

sebagai Farisi dari segi kepercayaan dan amalan

keagamaan. Tidak seperti orang Farisi, mereka hanya

menerima hukum bertulis Bible Ibrani, dan enggan

mengiktiraf Hukum Lisan sebagai wajib ke atas

mereka. Tambahan pula, puak Sadducees tidak

mempercayai keabadian, seperti yang dipercayai

oleh orang Farisi. Mereka mengatakan bahawa roh

mati bersama dengan jasad. Mereka juga percaya

bahawa semua orang mempunyai kuasa memilih dan

bertanggungjawab terhadap segala kebaikan atau

keburukan yang berlaku pada mereka. Lihat juga

Farisi.

UMUM 
REKREASI

Rekreasi ialah sebarang aktiviti yang dilakukan

secara sukarela untuk keseronokan peribadi,

bersantai, atau kepuasan peribadi. Aktiviti-aktiviti

ini biasanya dilakukan pada waktu senggang atau

waktu lapang. Umumnya, manusia perlu bergiat

dalam sesuatu bentuk rekreasi sebagai pelepasan

daripada rutin bekerja atau kerja sekolah.

UMUM 
LIM SWEE TIN

Lim Swee Tin (1952-  ), penulis bukan Melayu yang bergiat aktif dalam penulisan sastera dalam bahasa kebangsaan di Malaysia. 

SASTERATokoh
ISHTIAQ MUBARAK AHMAD

Ishtiaq Mubarak Ahmad (1948-  ), jaguh sukan olahraga. Beliau mula bergiat dalam sukan olahraga sejak bersekolah di Sekolah Jalan Pasar, Kuala Lumpur.

SUKANTokoh
MUKHTAR OULD DADDAH

Mukhtar Ould Daddah (1344 H.– /1925 M.– )

ialah Presiden Mauritania yang pertama. Dia lahir di

selatan Mauritania. Dia menamatkan pelajarannya di

peringkat menengah di Mauritania dan

menyambung pelajaran ke sekolah terjemahan di

sana. Kemudian dia bergiat dalam bidang

penterjemahan selama enam tahun. Dia adalah

lulusan Fakulti Bahasa Timur dan Fakulti Undang-

undang di Paris. Dia mempunyai personaliti

sebagai tokoh politik kebangsaan ketika

memegang jawatan sebagai peguam dan

bergabung dengan parti Persatuan Rakyat

Mauritania Maju.

UMUM 
AHMAD NAWAWI MOHD. ALIAHMAD NAWAWI MOHD. ALI (1904-      ), penulis, penterjemah dan penerbit yang bergiat sebelum Perang Dunia Kedua. Dia lahir di Batu Gajah, Perak.SASTERAKonsep
PARTI POLITIK

Parti politik ialah kumpulan orang yang teratur

yang mengawal, atau cuba mengawal sesebuah

kerajaan. Di negara demokrasi, parti politik bersaing

antara satu sama lain dalam pilihan raya untuk

mengekalkan atau menguasai sesebuah kerajaan.

Parti politik boleh bergiat aktif di peringkat

kebangsaan, negeri atau wilayah, dan daerah.

UMUM 
SURTEES, JOHN

Surtees, John (1934– ), pelumba motosikal dan

pelumba kereta British, juara dunia bagi motosikal

500 cc pada tahun 1956, 1958, 1959 dan tahun 1960.

Dia juga menyandang kejuaraan dunia untuk

motosikal 350 cc pada tahun 1958, 1959 dan tahun

1960. Pada akhir tahun 1960, dia bersara daripada

perlumbaan motosikal dan bergiat pula dalam lumba

kereta. Dia memenangi gelaran juara lumba kereta

dunia pada tahun 1964. Dia mereka bentuk dan

membina kereta lumbanya sendiri pada tahun 1970.

Surtees lahir di Tatsfield, Surrey, England.

UMUM 
LEPAS

LEPAS, persatuan penulis. LEPAS adalah singkatan Lembaga Pembangun Sastera, iaitu sebuah pertubuhan yang bergiat dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu. Persatuan ini berpusat di Kuala Kangsar, Perak.

SASTERAKegiatan
NEGARAWAN

Negarawan ialah seseorang yang

berpengetahuan luas tentang kerajaan dan politik,

dan memainkan peranan yang amat penting dalam

hal ehwal awam. Kebanyakan orang menganggap

negarawan sebagai seorang yang mengambil

berat terhadap keperluan dan kepentingan negara

secara keseluruhannya. Sebaliknya, mereka

menganggap ahli politik sebagai seseorang yang

mempunyai matlamat parti atau politik sahaja.

Negarawan berumur , yang selalunya telah bersara

daripada bergiat secara aktif dalam kerajaan, akan

terus memberi nasihat berkenaan isu-isu penting.

Jepun membentuk sistem genro , iaitu sebuah

badan yang dianggotai oleh bekas-bekas

pemimpin kerajaan yang memberi nasihat kepada

kerajaan yang sedang berkuasa. Lihat juga senarai

biografi negarawan di hujung kebanyakan rencana

yang berkaitan dengan setiap negara.

UMUM 
12

Kembali ke atas