Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.giat] | برݢيات

Definisi : berusaha dgn giat, bersungguh-sungguh, aktif: dia ~ dlm lapangan seni nyanyi; kanak-kanak itu tidak mahu ~ menjayakan usaha guru; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.giat] | برݢيات

Definisi : berusaha dgn sungguh-sunguh: Setelah tamat pengajiannya, ia ~ pula dlm lapangan politik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergiat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
theatre buffpenggiat teaterKomunikasiTiadaGolongan yang bergiat dalam bidang seni lakon, khususnya yang terlibat dalam aktiviti pementasan seperti bangsawan atau sandiwara. Golongan ini sering mengadakan pertunjukan hingga ke seluruh negara.
passive bearerpewaris pasifKesusasteraanTiadaOrang yang kurang bergiat dalam menyampaikan tradisi lisan. Contoh: pemantun yang menggunakan pantun dalam upacara-upacara tertentu sahaja.
housing developerpemaju perumahanSosiologiTiadaPemaju hartanah yang bergiat dalam pembangunan perumahan.
philatelistahli filateliPentadbiran PerniagaanTiadaSeseorang yang berminat atau bergiat dalam bidang filateli.
active bearerpewaris aktifKesusasteraanTiadaOrang yang terus-menerus bergiat dalam menyampaikan tradisi lisan. Contoh: penutur cerita lipur lara.
human skillkemahiran manusiaPentadbiranTiadaKenolehan bekerja, memahami, dan bergiat dengan orang lain sama ada secara perseorangan ataupun berkumpulan.
discount housegedung diskaunEkonomiEkonomi IslamInstitusi kewangan yang bergiat dalam urus niaga instrumen kewangan jangka pendek. Urus niaga ini dijalankan dengan menggunakan dana jangka pendek yang disumbangkan oleh institusi kewangan Islam. Gedung diskaun ini berperanan untuk menyediakan pasaran peringkat kedua bagi instrumen tersebut. Contoh instrumen jangka pendek ialah sijil pelaburan kerajaan, penerimaan jurubank-i, dana mudarabah antara bank dan bon mudarabah cagamas.
activismaktivismeSains PolitikTiadaIdeologi atau kaedah tindakan para intelek yang bergiat secara aktif dan langsung di dalam proses transformasi politik.
ex-Nazibekas NaziSejarahTiadaOrang yang telah meninggalkan atau berhenti bergiat dalam kegiatan dan amalan fahaman Nazi, kebanyakannya di Jerman selepas kekalahan Hitler dalam Perang Dunia II.
participatory democracydemokrasi penyertaanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang menggambarkan penyertaan awam yang tinggi dalam politik. Parti politik, goIongan pendesak, media, pelajar dan individu amnya bergiat aktif, sensitif dan peka terhadap pemerintahan negara. Mereka bersaing dalam mempengaruhi dasar dengan melakukan tindakan seperti melobi, mendesak, menggunakan media, menulis surat kepada wakil rakyat atau pejabat kerajaan, menganjurkan piket atau demonstrasi secara aman dan pelbagai tindakan lain dalam memperjuangkan hak dan memelihara kepentingan mereka. Pemerintah dalam negara ini memberi ruang yang luas kepada orang ramai untuk bergiat dalam semua aktiviti. Dalam sistem ini, undang-undang dan agensi pemerintah tidak meletakkan sekatan yang tinggi kepada orang ramai. Contoh negara yang mengamalkan demokrasi penyertaan ialah United Kingdom.
12

Kembali ke atas