Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gi.gi] | ب‌رݢي‌ݢي

Definisi : mempunyai gigi; tidak ~ a) tidak mempunyai gigi; b) tidak berkuasa; belum ~ hendak mengunyah prb hendak mengerjakan sesuatu padahal belum cekap lagi; belum ~ sudah hendak menggigit prb hendak berkuasa padahal belum lagi mempunyai kekuasaan; mengunyahkan orang ~ prb mengajar orang yg sudah tahu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergigi

Puisi
 

Asuklah hitam bergigi emas,
     Ekor dia lilit ke sawa;
Tubuhnya hitam kupeluk kemas,
     Rasa memeluk intan gemala.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Belum bergigi hendak mengunyah.

Bermaksud :

Hendak melakukan sesuatu tetapi alat syaratnya belum ada.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
empirang sungaiikan air tawar bersaiz kecil yg bergigi besar, yg tinggal di sungai dan tasik dan memakan krustasea dan seranggaKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas