Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.go.so/] | برݢوسوق

Definisi : 1. bergeser, bergesel, bergeseran; 2. sudah digosok (digilapkan): kemas rupanya dgn pakaian yg berseterika keras dan sepatu yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.go.so/] | برݢوسوق

Definisi : 1 bersentuh dgn sesuatu yg lain serta bergeser; bergesel: Kedengaran bunyi kayu ~. 2 sudah dilicinkan atau digilapkan dll: Baju ini belum ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergosok


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya masih kurang pasti untuk membezakan kiasan sandar dengan kiasan terus. Bolehkan Munsyi Dewan menjelaskan perbezaan antara dua jenis kiasan ini dan bagaimanakah untuk membezakannya. Adakah kedua-dua kiasan ini merupakan simpulan bahasa? Sekian, terima kasih.

Tiada maklumat berkaitan dengan kiasan sandar dan kiasan terus dalam pangkalan DBP. Namun daripada maklumat daripada web, kiasan sandar ialah kiasan yang dikaitkan dengan benda lain yang serupa dengan perkara yang dikiaskan. Contohnya :mandi kerbau (mandi seperti kerbau, tidak bergosok dan sebaliknya menambah daki); tidur ayam (tidur tidak lelap betul); pening lalat dan jinak merpati.

Kiasan terus pula ialah kiasan yang menyatakan sesuatu perkara secara terus dengan perkara lain. Contohnya kutu embun (orang yang suka merayau-rayau dengan tidak tentu tujuan pada malam hari), mabuk laut dan naik darah.

Makna08.08.2014

Kembali ke atas