Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.go.yang] | برݢويڠ

Definisi : 1. berayun-ayun, bergerak-gerak: daun yg ~ spt melambai-lambai aku memberi selamat bahagia; 2. sedang membuai-buaikan (mengayun-ayunkan); ~ kaki a) berayun kaki; b) ki bersenang-senang (hidup dgn tidak bekerja); ~ kepala bergeleng kepala (sebab sangat hairan dll); ~ lutut duduk dgn menggerak-gerakkan lutut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.go.yang] | برݢويڠ

Definisi : bergerak terayun-ayun; dlm keadaan goyang: Lampu gantung itu ~ ditiup angin. ~ kaki a. duduk dgn kaki berayun. b. ki hidup bersenang-senang atau dgn tidak bekerja. ~ kepala menggerakkan kepala ke kiri ke kanan kerana kehairanan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergoyang

Puisi
 

Kain tanjung kain pelikat,
     Semua sudah dijahit enjin;
Bunga berjunjung teguh berikat,
     Tidak bergoyang ditiup angin.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Kalau tak ada angin,
     masakan pokok bergoyang.

Bermaksud :

Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ATAKSIA

Ataksia ialah ketiadaan koordinasi pada otot.

Ketiadaan ini merupakan simptom kerosakan pada

bahagian sistem saraf pusat. Ataksia lokomotor

melibatkan ketiadaan imbangan atau keseimbangan.

Penghidap ataksia lokomotor harus berdiri di tapak

yang lebar dengan mata terbuka. Jika tidak berbuat

demikian, dia akan bergoyang-goyang malah akan

rebah. Goyangan itu akan bertambah kuat jika dia

memejamkan matanya.

UMUM 

Kembali ke atas