Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gu.ling] | برݢوليڠ

Definisi : bergulung (berpusing dll) berbalik-balik, bergolek: pd musim kemarau pokok Selaginella tergulung menjadi spt bola dan apabila ditiup angin ~lah ia ke merata tempat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gu.ling] | برݢوليڠ

Definisi : bergerak berpusing berbalik-balik; bergolek: Keretanya kemik ditimpa batu yg ~ dr lereng bukit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berguling


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Apakah terjemahan yang sesuai untuk "rolling year"? Tahun bergulir, tahun berguling, tahun bergulung, tahun bergerak, tahun pusingan, tahun berpusing, tahun selanjar? Adakah apa-apa istilah khusus yang digunakan oleh industri perbankan/kewangan atau agensi kerajaan yang merujuk "rolling year"? Antara definisi yang ditemui di internet: Rolling year means the 12-month period measured backward from a particular given date. A rolling year is a period of 12 months that begins and ends on a set day. A rolling year is today and the 364 immediately-preceding days – updated daily. Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi "rolling year" ialah tahun pusingan.Penyemakan dan penterjemahan19.07.2021
Apakah maksud "digilis"?Digilis bermaksud ditindih dengan benda yang bulat berat sambil berputar berguling-guling, seperti roda kereta api dan sebagainya.Tatabahasa03.05.2014
alat penghawa dingin atau alat penyaman udara? manakah yang betul? tunggang-langgang boleh mengambarkan keadaan sesuatu kejadian?i. Pendingin hawa. ii. Tungang-langgang bermaksud berlari poatang panting (lintang-pukang), berguling, tidak rata. Jadi perkataan ini tidak sesuai digunakan dalam konteks kejadian.Tatabahasa26.03.2008
Salam, apakah kata ganda berentak yang sesuai dengan keadaan bilik yang bersepah (pakaian diletakkan di merata-rata)..adakah sesuai digunakan tunggang-langgang?ataupun ada kata ganda berentak lain yang lebih sesuai?terima kasih.Dalam Kmaus Dewan Edisi Empat, tunggang-langgang bermaksud berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memu­tar­balikkan;.Daripada takrifan tersebut, perkataan tunggang-langgang kurang sesuai digunakan. 
 

Kata ganda yang sesuai digunakan ialah bersepah-sepah atau berserak-serak.
Tatabahasa02.12.2013
Terima kasih atas jawapan yang diberikan. 1. Ayat berikut yang mana betul. i) Peter memberi itiknya makan dedak. ii) Peter memberikan itiknya makan dedak. 2. Penjahat itu berlari ____________ kerana dikejar oleh polis. A. tunggang-langgang B. lintang-pukang terima kasih

1. Ayat yang betul ialah ayat (ii)

2. Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lintang-pukang bermaksud a) tidak menentu arahnya (orang berlari dll); b) bergerak bertempiaran, tunggang-langgang. Lintang-pukang ditakrifkan sebagai berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memu­tar­balikkan.

Tatabahasa03.08.2010

Kembali ke atas