Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gu.ling.gu.ling] | برݢوليڠ -ݢوليڠ

Definisi : berguling berkali-kali, bergolek-golek; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gu.ling.gu.ling] | برݢوليڠ -ݢوليڠ

Definisi : berguling berkali-kali; bergolek-golek: Ia ~ di tanah kerana hendak melepaskan diri drpd tebuan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berguling-guling


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud "digilis"?Digilis bermaksud ditindih dengan benda yang bulat berat sambil berputar berguling-guling, seperti roda kereta api dan sebagainya.Tatabahasa03.05.2014
Salam, apakah kata ganda berentak yang sesuai dengan keadaan bilik yang bersepah (pakaian diletakkan di merata-rata)..adakah sesuai digunakan tunggang-langgang?ataupun ada kata ganda berentak lain yang lebih sesuai?terima kasih.Dalam Kmaus Dewan Edisi Empat, tunggang-langgang bermaksud berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memu­tar­balikkan;.Daripada takrifan tersebut, perkataan tunggang-langgang kurang sesuai digunakan. 
 

Kata ganda yang sesuai digunakan ialah bersepah-sepah atau berserak-serak.
Tatabahasa02.12.2013
Terima kasih atas jawapan yang diberikan. 1. Ayat berikut yang mana betul. i) Peter memberi itiknya makan dedak. ii) Peter memberikan itiknya makan dedak. 2. Penjahat itu berlari ____________ kerana dikejar oleh polis. A. tunggang-langgang B. lintang-pukang terima kasih

1. Ayat yang betul ialah ayat (ii)

2. Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lintang-pukang bermaksud a) tidak menentu arahnya (orang berlari dll); b) bergerak bertempiaran, tunggang-langgang. Lintang-pukang ditakrifkan sebagai berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memu­tar­balikkan.

Tatabahasa03.08.2010

Kembali ke atas