Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gu.lung] | برݢولوڠ

Definisi : 1. berada dlm gulung (spt kain, layar, dll): tatal ~ spt subang; 2. bergerak spt berguling (ombak, asap, dll); 3. melengkung ke atas atau ke bawah pd hujung atau tepi daun dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gu.lung] | برݢولوڠ

Definisi : 1 telah menjadi gulung; sudah dibuat gulung: Lengan bajunya ~ hingga ke siku. 2 bergerak seolah-olah bergolek (ttg ombak). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergulung

Puisi
 

Asap api bergulung-gulung,
     Anak buaya mulut disimpai;
Hajat hati nak peluk gunung,
     Apakan daya tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan , apakah penjodoh bilangan untuk filem ( kodak yang masih bergulung. dan untuk yang sudah dicuci?

Untuk makluman saudara, tidak semua benda perlu dibubuh penjodoh bilangan, walaupun penggunaan penjodoh bilangan kadangkala dilihat dapat mengindahkan lagi bahasa. Untuk benda yang berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat torak, kebiasaannya ulung digunakan seperti segulung filem, manakala bagi benda yang berbentuk pipih dan nipis, keping digunakan. 

Tatabahasa30.07.2009
Salam, Apakah terjemahan yang sesuai untuk "rolling year"? Tahun bergulir, tahun berguling, tahun bergulung, tahun bergerak, tahun pusingan, tahun berpusing, tahun selanjar? Adakah apa-apa istilah khusus yang digunakan oleh industri perbankan/kewangan atau agensi kerajaan yang merujuk "rolling year"? Antara definisi yang ditemui di internet: Rolling year means the 12-month period measured backward from a particular given date. A rolling year is a period of 12 months that begins and ends on a set day. A rolling year is today and the 364 immediately-preceding days – updated daily. Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi "rolling year" ialah tahun pusingan.Penyemakan dan penterjemahan19.07.2021
Apakah penjodoh bilangan untuk, 'bidai'? Encik Nazharul menggantungkan _______ bidai di hadapan kedainys bagi menahan pancaran terik matahari. A sehelai B sebidang C sekeping D sekajang

Saudara Shevir,

Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sekeping bidai. Walau bagaimanapun penggunaan penjodoh bilangan bergantung pada bentuk sesuatu benda, iaitu sekiranya bergulung bolehlah menggunakan segulung bidai. 

Tatabahasa03.08.2009
Perluasan makna untuk perkataan pokok

1. batang kayu dr pangkal ke atas: setiap pohon di hutan itu diberi tanda bersilang pd ~nya;

2. pohon: ~ jati; ~ kemunting; ~ saga;

3. ki perkara (bahagian, hal, dll) yg penting atau utama, hal yg menjadi sebab atau lantaran hal yg menjadi asas atau dasar, hal yg jadi ibu (induk), asal usul: perkara-perkara ~ dlm agama Islam;

4. wang pangkal dlm sesuatu perniagaan, modal; ~ angin awan (mendung) yg bergulung-gulung di kaki langit menandakan angin ribut hendak turun; ~ dasar dasar yg terpenting, asas; ~ fikiran asas atau dasar fikiran (faham, pendapat); ~ hujan mendung; ~ hukum Id asas (dasar) hukum; ~ kalimat Id perkataan dll yg menjadi huraian dlm ayat, subjek; ~ kata = kata ~ kata dasar yg belum diberi penambahan; ~ memanjat sj pokok kecil yg hidupnya memanjat pd pokok-pokok besar dll; ~ pangkal sebab-sebab yg utama (penting), sebab-sebab yg menjadi dasar, punca, asas, dasar; ~ pekerjaan (pencarian, penghidupan) pekerjaan yg menjadi asas bagi penghidupan; ~ pembicaraan (cerita, perundingan) perkara yg dibicarakan (diceritakan, dirundingkan); ~ penanti (Tani) pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dengannya dlm proses cantuman; ~ perselisihan (percederaan, persengketaan, pertikaian) sebab-sebab yg memulakan perselisihan dll; ~ renek sj pokok kecil yg batangnya berteras; ~ ribut awan (mendung) yg menandakan ribut hendak turun; (pd) ~nya (pd) asasnya (dasarnya); ~ tentera Id tentera pusat, ibu (induk) tentera;

Lain-lain09.09.2009

Kembali ke atas