Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gu.rau] | برݢوراو

Definisi : berbual secara bermain-main, bersenda, berjenaka, berkelakar: jangan ~ Aini, jangan berolok-olok; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gu.rau] | برݢوراو

Definisi : , = ~ senda berkata-kata atau berbuat sesuatu (berlawan, bergomol dsb) utk bermain-main saja dan utk menggembirakan hati; berkelakar: Dia hendak ~ saja, jangan marah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergurau

Puisi
 

Tinggilah tinggi si matahari,
     Anak kerbau mati tertambat;
Hendak bergurau selama ini,
     Ada kekasih jauh di selat.


Lihat selanjutnya...(22)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam perjalanan, kami berbual-bual sambil bergurau-senda。 Adakah ayat ini betul? Terima kasih.Ayat "Dalam perjalanan, kami berbual-bual sambil bergurau-senda." adalah betul.Tatabahasa10.05.2014
Dalam bahasa pasar, kita sering menggunakan ayat seperti, "Awak bergurau ke?" Bolehkah pihak tuan mencadangkan ayat yang betul?Dalam perbualan, ayat yang betul ialah "Awak bergurau?". Kata tanya dengan tanda soal telah lengkap dan kata sendi nama "ke" tak perlu hadir dalam ayat tanya.Tatabahasa03.03.2016
Salam sejahtera; Tuan; Bolehkah ayat majmuk di bawah tepat dari segi konteksnya? Murid-murid berbual-bual dan bergurau mesra. Sekain, terima kasih.Ayat majmuk "Murid-murid berbual-bual dan bergurau mesra." adalah betul.Tatabahasa08.05.2014
Puan, tolong semak betulkan ayat-ayat berikut (jika terdapat sebarang kesalahan): 1. "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu kepada abang. 2. Tumpuan orang ramai terhadapnya setiap kali dia menyampaikan ucapan. 3. Kata-kata yang diungkapkan oleh Amira itu meningkatkan kemarahan Hana. 4. Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan. 5. Akhirnya dia menemukan jejaka pilihan hatinya. 6. Bekas Perdana Menteri Jepun telah mengakhirkan hayatnya baru-baru ini. Terima kasih.1. "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu kepada abang.
2. Tumpuan orang ramai diberikan terhadapnya setiap kali dia menyampaikan ucapan.
3. Kata-kata yang diungkapkan oleh Amira itu menaikkan kemarahan Hana.
4. Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan.
5. Akhirnya dia menemukan jejaka pilihan hatinya.
6. Bekas Perdana Menteri Jepun telah mengakhirkan hayatnya baru-baru ini. - Ayat ini salah, sila pilih penggunaan kata yang tepat dalam konteks ayat tersebut
Tatabahasa20.02.2013
Senda gurau atau gurau senda? Bersenda gurau atau bergurau senda?Senda gurau dan gurau senda, kedua-duanya boleh digunakan.Lain-lain18.10.2017
adakah perkata gurau senda satu kata ganda? dieja dalam satu perkataan atau dua? bergurau senda atau bersenda gurau?

Gurau senda ialah frasa dan bukan kata ganda dan dieja dua perkataan.

Tatabahasa29.10.2011
asslm. saya hanya ingin bertanya tentang ayat saya yang menggunakan perkataan bukan sahaja dan malah. contohnya, "mereka bukan sahaja boleh bergurau malah boleh berpelukan." betulkah ayat ini? atau dimanakah silapnya? minta bantuan. TK.Penggunaan kedua-dua kata/frasa tersebut adalah betul.Tatabahasa08.06.2011
Apakah frasa BM yang sesuai untuk 'Engaging Humor'? Contoh ayat: The Engaging Humor path is designed to help you build your skills as a humorous and engaging public speaker.Kami mencadangkan "engaging humour" diterjemahkan sebagai "bergurau senda" atau "jenaka bersahaja". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Makna22.07.2021
Kata terbitan meN- merupakan kata kerja transitif, maka ia harus disambut dengan sesuatu objek. Manakala kata terbitan ber- adalah sebaliknya. Tetapi kami sering jumpa frasa "bermain bola" di dalam buku-buku sekolah. Saya pernah menganggap frasa ini salah, sepatutnyanya "memain bola" Tetapi, saya dapat idea baru. Adakah "bermain bola" hasil daripada gabungan imbuhan "ber-" dengan kata majmuk yang berbunyi "main bola" sehingga frasa "bermain bola" dibolehkan.Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 161, Kata kerja yang dibentuk dengan awalan beR- membentuk kata kerja tak transitif. Dan terdapat dua jenis kata kerja berawaln beR- tak transitif, iaitu tak transitif tanpa pelengkap seperti berjalan dan bergurau; dan tak transitif berpelengkap seperti beransur baik dan bertukar tangan. Frasa bermain bola juga ialah kata kerja tak transitif berpelengkap.Tatabahasa23.03.2012
Assalamualaikum, Apakah ciri-ciri / perbezaan antara seloka dan gurindam? Terima kasih.
Waalaikumussalam. Istilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit. Walaupun nama gurindam itu berasal daripada pengaruh asing, tetapi bentuk gurindam itu dicipta oleh masyarakat Melayu sendiri dan berkembang dalam tradisi lisan Melayu. Menurut Za'ba, gurindam ialah sejenis puisi yang tidak mengandungi sukatan yang tetap. Puisi ini mengandung fikiran yang bernas untuk tujuan memberi nasihat dan pesanan. Gurindam digubah dalam bahasa yang indah. Berikut diturunkan salah satu contoh gurindam, iaitu:
Kalau banyak berkata-kata,
Di sanalah boleh terjadi dusta.
Seloka juga berasal daripada bahasa Sanskrit, tetapi dalam bahasa Melayu seloka adalah sejenis puisi  lisan Melayu yang tiada tetap sajaknya. Puisi ini digubah bertujuan untuk menyindir, mengejek, bergurau senda dan berjenaka dengan menggunakan bahasa yang berangkap seperti yang berikut:
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang.
Lain-lain28.08.2009
12

Kembali ke atas