Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha.jat] | برحاجت

Definisi : 1. bermaksud, berniat (akan), mem­punyai keinginan: saya ~ hendak menemui tuan; sudah lama dia ~ hendak datang; 2. = berhajatkan memerlukan: manusia se­lama-lamanya ~ kpd pertolongan Allah; mungkin ia ~ pertolongan kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha.jat] | برحاجت

Definisi : mempunyai hajat; bermaksud; berniat; bertujuan: Dia ~ hendak berjumpa dgn ketua saya esok utk meminta kerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hajat (kata nama)
Bersinonim dengan hasrat, keinginan, kehendak, cita-cita, niat, matlamat, maksud, tujuan, permintaan, doa;,
Kata Terbitan : berhajat, berhajatkan, menghajati, menghajatkan,

Puisi
 

Pergi selat bulan lima,
     Beli bawang dua sepuluh;
Saya berhajat sudah lama,
     Tiada tempat saya menyuruh.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tidaklah telaga mendapatkan timba.

Bermaksud :

Orang yang berhajat itulah yang mesti pergi kepada orang yang dihajatinya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
clear6. evident, jelas, nyata: it is quite ~ to me that they have no desire to sell the property, jelas bagi saya bahawa mereka tdk berhajat utk menjual harta itu; it was not ~ whether the money was to be used for the benefit of the poor, tdk jelas sama ada wang itu akan digunakan bagi manfaat orang-orang miskin; 7. not confused, jelas: there are one or two things I am not ~ about, ada satu dua perkara yg tdk jelas bagi saya; she seems quite ~ about what she wants to do, nampaknya dia agak jelas ttg apa yg ingin dilakukannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
into11. (indic occupation, activity entered upon), [not translated ]: he quit his job and went ~ business, dia berhenti kerja dan menceburi bidang perniagaan; don’t you wish you could move ~ advertising?, kamu tdk berhajat utk menceburi bidang pengiklanan?; 12. (colloq) interested in, meminati: I’m not ~ rock music, saya tdk meminati muzik rock;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas