Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha.jat] | برحاجت

Definisi : 1. bermaksud, berniat (akan), mem­punyai keinginan: saya ~ hendak menemui tuan; sudah lama dia ~ hendak datang; 2. = berhajatkan memerlukan: manusia se­lama-lamanya ~ kpd pertolongan Allah; mungkin ia ~ pertolongan kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha.jat] | برحاجت

Definisi : mempunyai hajat; bermaksud; berniat; bertujuan: Dia ~ hendak berjumpa dgn ketua saya esok utk meminta kerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hajat (kata nama)
Bersinonim dengan hasrat, keinginan, kehendak, cita-cita, niat, matlamat, maksud, tujuan, permintaan, doa;,
Kata Terbitan : berhajat, berhajatkan, menghajati, menghajatkan,

Puisi
 

Pergi selat bulan lima,
     Beli bawang dua sepuluh;
Saya berhajat sudah lama,
     Tiada tempat saya menyuruh.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tidaklah telaga mendapatkan timba.

Bermaksud :

Orang yang berhajat itulah yang mesti pergi kepada orang yang dihajatinya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
calong[tSA.loN]kata namasejenis parang yang bahagian hujungnya bengkok (senjata lama orang Melayu).Parang calong tu ayah tak nak jual pase dah jadi antik.[pA.ÄAN tSA.loN tu A.jAh tA/ nA/ dZu.wAl pA.sE dAh dZA.di An.ti/]Parang calung itu ayah tidak berhajat untuk menjualnya sebab sudah menjadi barang antik.

Kembali ke atas