Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha.la] | برهالا

Definisi : berarah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha.la] | برهالا

Definisi : patung dewa-dewa; menyembah ~ menyembah patung; memberhalakan memuja, mendewakan: kalau aku cintakan tanah air, maka bukanlah aku ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha.la] | برهالا

Definisi : 1 patung-patung dewa yg dipuja oleh beberapa golongan bukan Islam. 2 = rumah ~ rumah khas tempat memuja patung-patung dewa dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hala (kata nama)
Bersinonim dengan arah, haluan, tuju, hadap, tala, tepas, paran;,
Kata Terbitan : berhala, menghala, menghalakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya ingin mengetahui berkenaan etimologi perkataan "berhala" dan "sembahyang". Sekian, terima kasihUntuk makluman tuan/puan, berdasarkan data pangkalan DBP, pihak kami tidak menenui asal-usul/etimologi perkataan berhala dan sembahyang. Oleh itu pihak tuan/puan boleh mencari maklumat asal-asul dan perubahan makna kedua-dua perkataan melalui kajian-kajian linguistik yang dilakukan di universiti.Makna20.12.2018
Penerangan lengkap tentang kuil, gereja dan tokong.Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, kuil ialah rumah berhala atau tempat memuja dewa-dewa. Gereja ialah tempat atau rumah sembahyang bagi orang Kristian dan tokong ialah rumah berhala atau gambar patung yang dipuja-puja. Untuk mendapatkan keterangan lengkap, sila rujuk ensiklopedia atau buku-buku berkenaannya.Lain-lain31.01.2010
syirik, tahyul,khurafatMenurut Kamus Dewan, syirik bermaksud perbuatan menyekutukan Allah, baik dgn keyakinan, ucapan atau perbuatan, misalnya percaya adanya kuasa ghaib selain Allah, memuja berhala dsb. Tahayul pula dimaksudkan sebagai hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan. Tahayul juga ditakrifkan sebagai kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada). Contoh ayat: Menurut tahayul orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali. Khurafat pula ditakrifkan sebagai kepercayaan yg karut, dongeng dan tahayul.Makna02.10.2007
Apakah perbezaan antara "memuja" dan "menyembah"?Perkataan "memuja" dan "menyembah" membawa maksud yang sama bergantung pada konteks dan konsep penggunaan dalam sesuatu bidang. Walau bagaimanapun, perkataan tersebut dapat dibezakan berdasarkan perbuatan pelaku.

Contoh:
1. memuja: Ada kaum yang memuja berhala dan ada pula yang memuja matahari.
2. Hulubalang itu pun kembalilah dengan menyembah kaki Sri Rama dengan kemenangannya.
Makna12.12.2021

Kembali ke atas