Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha.la] | برهالا

Definisi : berarah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha.la] | برهالا

Definisi : patung dewa-dewa; menyembah ~ menyembah patung; memberhalakan memuja, mendewakan: kalau aku cintakan tanah air, maka bukanlah aku ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha.la] | برهالا

Definisi : 1 patung-patung dewa yg dipuja oleh beberapa golongan bukan Islam. 2 = rumah ~ rumah khas tempat memuja patung-patung dewa dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hala (kata nama)
Bersinonim dengan arah, haluan, tuju, hadap, tala, tepas, paran;,
Kata Terbitan : berhala, menghala, menghalakan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG BANI AL-MUSTALIQ

Perang Bani al-Mustaliq berlaku pada awal

bulan Syaaban tahun 6 H./628 M. antara orang

Islam di Madinah dengan golongan Bani al-

Mustaliq yang menyembah berhala.

UMUM 
NABI YUNUS A.S.

Nabi Yunus a.s. ialah nabi yang diutuskan oleh

Allah SWT kepada para penduduk Nairawi yang

mendiami kawasan Mosul di Iraq, iaitu tempat

tersebarnya penyembahan berhala. Nama sebenar

baginda ialah Yunus ibn Matta. Matta ialah nama ibu

Nabi Yunus a.s. Tiada seorang pun daripada para

rasul dinisbahkan kepada ibu mereka kecuali Nabi

Yunus a.s. dan Nabi Isa a.s. Nabi Yunus a.s. berasal

daripada Bani Israel keturunan Bunyamin iaitu salah

seorang anak Nabi Ya’kub a.s. yang juga saudara

kepada Nabi Yusuf a.s.

UMUM 
NABI ILIAS A.S.

Nabi Ilias a.s. ialah salah seorang daripada nabi

berketurunan Bani Israel. Nabi Ilias a.s. berasal

daripada zuriat Nabi Harun a.s. dan salasilah

keturunannya bertemu dengan keturunan Nabi

Ibrahim a.s. Allah SWT mengutuskan Nabi Ilias a.s.

kepada penduduk Ba‘labak iaitu kawasan barat

bandar Hims ketika kerajaan Bani Israel berpecah

selepas kewafatan Nabi Sulayman a.s. Kerajaan ini

berpecah disebabkan oleh perselisihan raja-raja

mereka kerana berebut kuasa, kekufuran dan

kesesatan yang meluas di kalangan mereka.

Mereka menyembah berhala bernama Ba‘la. Nabi

Ilias a.s. menyeru mereka supaya menjauhi amalan

menyembah berhala dan beralih kepada

menyembah Allah SWT sahaja, tetapi mereka

tidak menerimanya.

UMUM 
SURAH AL-‘ANKABUT

Surah al-‘Ankabut ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-29 mengikut

susunan surah dalam al-Qur’an dan mengandungi

69 ayat. Ia dinamakan Surah al-‘Ankabut (Labahlabah)

kerana Allah S.W.T. membuat perbandingan

penyembahan kepada berhala yang dipahat dan

sangkaan berbilang tuhan dengan labah-labah,

sebagaimana yang disebutkan dalam ayat 41 yang

bermaksud:

“Misal bandingan orang-orang yang menjadikan

benda-benda yang lain daripada Allah sebagai

pelindung-pelindung (yang diharapkan

pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang

membuat sarang (untuk menjadi tempat

perlindungannya)...”.

(Surah al-‘Ankabut 29:41)

UMUM 
ABU AL-HAYTHAM IBN AL-TAYHAN

Abu al-Haytham ibn al-Tayhan ( ? –20 H./

? –641 M.), sahabat Rasulullah SAW daripada

golongan Ansar. Nama sebenarnya ialah Malik ibn

al-Tayhan. Dia berasal daripada keturunan kabilah

al-Aus iaitu salah satu kabilah yang terdapat di

Madinah. Walaupun dia dibesarkan pada zaman

Jahiliah tetapi dia amat membenci penyembahan

berhala. Dia berpegang pada agama tauhid. Oleh

sebab itu dia segera memeluk Islam dan

merupakan antara enam orang terawal menemui

Rasulullah SAW di Makkah dan beriman kepada

Baginda. Dia juga hadir dalam dua Bai’ah, iaitu

Bai’ah Aqabah I dan Bai’ah Aqabah II serta dilantik

sebagai salah seorang naqib.

UMUM 
SURAH IBRAHIM

Surah Ibrahim ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-14 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 52 ayat.

Surah ini dinamakan Ibrahim untuk mengenang

kesan peninggalan bapa para nabi dan imam

golongan hanif, iaitu Nabi Ibrahim a.s. Nabi

Ibrahim a.s. menghancurkan lapan buah berhala,

membawa panji-panji tauhid dan menyebarkan

agama yang sebenar, iaitu agama Islam, yang juga

dibawa oleh pengakhir para nabi dan rasul.

UMUM 
ACROPOLIS

Acropolis ialah pusat agama dan tentera

sesebuah negara kota di Yunani purba. Orang

Yunani biasanya membina kubu di atas bukit, yang

dinamakan acropolis, di dalam atau dekat kota

untuk pertahanan. Ia kerap merupakan tempat

pertama yang diduduki. Semasa kegemilangan era

Mycenaea (1400–1200 S.M.), istana raja biasanya

dibina di atas bukit. Istana juga menjadi kubu

tentera dan tempat perlindungan bagi warga kota

semasa kecemasan. Kuil-kuil terpenting bagi

negara kota juga dibina di sini, termasuk rumah

berhala dewa mereka.

UMUM 
SURAH AL-AN‘AM

Surah al-An‘am ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang keenam mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 165 ayat.

Surah ini dinamakan al-An‘am (binatang ternakan)

kerana di dalamnya terdapat perkataan itu,

sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Dan mereka (orang musyrik) menguntukkan

daripada hasil tanaman dan binatang-binatang

ternakan yang dijadikan oleh Allah itu, sebahagian

bagi Allah (dan sebahagian untuk berhala

mereka)...”.

(Surah al-An‘am 6:136)

UMUM 

Kembali ke atas