Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha.luan] | برهلوان

Definisi : mempunyai haluan: parti politik yg ~ kanan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
haluan (kata nama)
1. Bersinonim dengan arah: hala, tuju, hadap, jurusan,

2. Bersinonim dengan tujuan: matlamat, maksud, cita-cita,

3. Dalam konteks perahu
bersinonim dengan bahagian depan
Berantonim dengan buritan

Kata Terbitan : sehaluan, berhaluan, menghaluankan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MITTERRAND, FRANÇOIS-MAURICE

Mitterrand, François-Maurice (1916–1996)

ialah Presiden Perancis pada tahun 1981 hingga

tahun 1995. Sebagai ahli Parti Sosialis, Mitterrand

adalah ahli berhaluan kiri yang pertama menjadi

Presiden Perancis sejak tahun 1958. Dia bersara

pada tahun 1995 setelah tamat penggal kedua

pemerintahannya. Jacques Chirac, seorang

konservatif menggantikannya.

UMUM 
SAYAP KIRI

Sayap kiri ialah istilah yang bermaksud parti atau

cabang kumpulan politik yang radikal. Istilah ini

berasal daripada badan perundangan Perancis

yang pertama selepas Revolusi Perancis.

Perwakilan konservatif duduk di sebelah kanan

speaker, sementara ahli majlis perundangan yang

lebih bersifat radikal duduk di sebelah kiri.

Kemudian, masyarakat seluruh dunia

menggunakan istilah kiri dan kanan untuk

menunjukkan dua pemahaman politik yang

bertentangan, iaitu egalitarianisme radikal dan

konservatisme. Pada umumnya, kumpulan

berhaluan kiri menilai kesamaan lebih tinggi

daripada kebebasan individu. Sebaliknya,

kumpulan berhaluan kanan menganggap

kebebasan lebih tinggi daripada kesamaan. Kini,

kumpulan sayap kiri sering dikaitkan dengan

sosialisme atau komunisme.

UMUM 
KAMARULZAMAN TEH

KAMARULZAMAN TEH (1918-    ), aktivis politik berhaluan kiri. Dia lahir di Temerloh, Pahang. Dia mendapat pendidikan Inggeris dan sebelum Perang Dunia Kedua dia berkhidmat sebagai Pegawai Rendah Pertanian. Semasa Perang Dunia Kedua, Kamarulzaman terlibat dalam gerakan Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) dan bertugas di bahagian penerangan dan propaganda gerakan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SHAMSIAH FAKEH

SHAMSIAH FAKEH (1922-      ), aktivis politik berhaluan kiri dan bekas Ketua Umum Angkatan Wanita Sedar (AWAS).  Dia lahir di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Shamsiah adalah anak kedua daripada lapan orang adik-beradik.  Bapanya bernama Sutan bin Sulaiman,  seorang peniaga yang diberi gelaran ‘Fakih’ kerana ilmunya dalam bidang agama.  Ibunya bernama Sa Asma binti Nonggok.  Kedua-dua orang tuanya yang berasal dari Padang, Sumatera, berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu dan menetap di Kuala Pilah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas