Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.har.ga] |  برهرݢ

Definisi : 1. mempunyai harga, harganya: kereta barunya ~ RM28 000; 2. berfaedah, bermanfaat, tinggi nilainya, penting: pokok jati menghasilkan kayu yg sangat ~; tidak ~ tidak berguna (tidak penting); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.har.ga] |  برهرݢ

Definisi : 1 mempunyai harga; bernilai: Dia membeli sebuah kereta yg ~ tujuh puluh ribu ringgit. 2 tinggi nilainya; berfaedah; bermanfaat; pen­ting: Tugas penting bagi sesebuah muzium adalah mengumpulkan dan memelihara barang-barang yg ganjil, ~ dan ada nilai sejarahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harga (kata nama)
1. Bersinonim dengan bayaran: belanja, perbelanjaan, kos, caj, tambang, yuran, nilai, tol, kadar,

2. Bersinonim dengan faedah: kualiti mutu, manfaat, guna, kepentingan, erti, makna,

Kata Terbitan : berharga, menghargai, menghargakan, penghargaan,

Peribahasa

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Bermaksud :

Lebih baik bersahabat dengan orang baik seorang daripada dengan orang jahat sekawan.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.jam tanga itu berharga 200.00 ringgit 2.jam tangan itu berharga Rm200.mana satu betul?

Ayat yang betul ialah:

1. Jam tanga itu berharga 200 ringgit

2. Jam tangan itu berharga RM200.00

Tatabahasa12.05.2011
mana satu jawapan yang betul A) Buku yang berharga RM3 telah saya beli. B) Buku yang berharga RM3 saaya telah beli.Ayat yang betul ialah Buku yang berharga RM3 telah saya beli.Tatabahasa10.02.2011
mana satu jawapan yang betul a) Buku yang berharga RM3 telah saya beli b) Buku yang berharga RM3 saya telah belAyat yang betul ialah Buku yang berharga RM3 telah saya beli.Tatabahasa10.02.2011
antara 2 ayat di bawah manakah yang betul? 1- Keluasan rumah berharga RM60ribu adalah 1000sqft 2- Keluasan rumah berharga RM60,000 adalah 1000sqft sekian.Untuk menyatakan harga rumah, kedua-dua cara penulisan boleh digunakan, sama ada RM60,000 atau RM60 ribu.  Yang tidak diterima ialah RM60K. Ayat bahasa Melayu yang baik ialah: Keluasan rumah berharga RM60,000 ialah 1,000 kps, atau Keluasan rumah berharga RM60 ribu ialah 1,000 kps.Lain-lain05.01.2017
1. Hanya kakak yang akan meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1. 2. Kakak sahaja pelanggan yang meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1. Ayat yang manakah gramatis? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Kakak sahaja pelanggan yang meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1".Tatabahasa15.08.2013
Pen itu berharga empat setengah ringgitPen itu berharga empat setengah ringgit. Ayat itu betul.Tatabahasa04.03.2015
Buku yang berharga RM3 saya telah beli. kenapa ayat ini salah. tolong berikan alasan untuk memudahkan saya memberikan penerangan kepada murid saya. sekian.

Buku yang berharga RM3 saya telah beli salah kerana kata bantu atau kata nafi tidak boleh disisipkan antara pelaku dengan kata kerja pasif. Contoh lain:

i. Buku itu telah saya baca (betul)  - Buku itu saya telah baca (salah)

ii. Kerja itu mesti kamu siapkan hari ini (betul) - Kerja itu kamu mesti siapkan hari ini (salah)

iii. Buku itu tidak saya baca (betul) - Buku itu saya tidak baca.

Tatabahasa14.02.2011
Salam, bolehkah nilai harga 70 sen ditulis begini? 1. Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga tujuh puluh sen seketul. Atau, adakah perlu ditulis tanpa menggugurkan perkataan 'Ringgit Malaysia'? 2, Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga RM0.70 seketul. Apakah alasannya? Terima kasih.

Mengikut buku Gaya Dewan, DBP menetapkan untuk menyatakan jumlah ringgit dan sen, gunakan lambang ringgit Malaysia (RM) dan eja perkataan sen. Cara penulisan yang betul adalah seperti yang berikut:

(i)          Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga 70 sen; atau

(ii)           Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga RM0.70.

Tatabahasa21.05.2014
Pilih ayat tanya yang sesuai berdasarkan jawapan yang diberikan. Jawapan: Jam tangan ini berharga RM50. a)Berapakah jam tangan ini berharga? b)Berapakah harga jam tangan ini? Yang manakah merupakan jawapan yang sesuai dan kenapa?Cadangan jawapan yang betul ialah "Berapakah harga jam tangan ini?". 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Tatabahasa22.05.2023
PERHATIAN~ PIHAK PENGURUSAN, ANSARY CAR WASH ~KEPADA PELANGGAN YANG DIHORMATI, SILA PASTIKAN TIADA BARANG BERHARGA DITINGGALKAN DALAM KERETA KETIKA KERJA-KERJA MENCUCI DILAKUKAN. KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS BARANG BERHARGA ANDA YANG HILANG. SEKIAN, TERIMA KASIH.Sila kemukakan pertanyaan anda.Lain-lain03.09.2014
12345

Kembali ke atas