Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.har.ga] |  برهرݢ

Definisi : 1. mempunyai harga, harganya: kereta barunya ~ RM28 000; 2. berfaedah, bermanfaat, tinggi nilainya, penting: pokok jati menghasilkan kayu yg sangat ~; tidak ~ tidak berguna (tidak penting); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.har.ga] |  برهرݢ

Definisi : 1 mempunyai harga; bernilai: Dia membeli sebuah kereta yg ~ tujuh puluh ribu ringgit. 2 tinggi nilainya; berfaedah; bermanfaat; pen­ting: Tugas penting bagi sesebuah muzium adalah mengumpulkan dan memelihara barang-barang yg ganjil, ~ dan ada nilai sejarahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harga (kata nama)
1. Bersinonim dengan bayaran: belanja, perbelanjaan, kos, caj, tambang, yuran, nilai, tol, kadar,

2. Bersinonim dengan faedah: kualiti mutu, manfaat, guna, kepentingan, erti, makna,

Kata Terbitan : berharga, menghargai, menghargakan, penghargaan,

Peribahasa

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Bermaksud :

Lebih baik bersahabat dengan orang baik seorang daripada dengan orang jahat sekawan.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUTIARA

Mutiara ialah satu daripada permata yang paling

berharga. Mutiara yang besar, berbentuk

sempurna setara nilainya dengan batu permata

yang paling berharga. Tetapi, mutiara berbeza

daripada permata-permata lain. Kebanyakan

permata adalah mineral yang dilombong dari

bawah bumi. Tetapi mutiara terbentuk di dalam

cangkerang tiram. Permata mineral adalah keras

dan biasanya memantulkan cahaya. Bagaimanapun,

mutiara adalah agak lembut dan menyerap serta

memantulkan cahaya.

UMUM 
GEMOLOGIKajian terhadap aspek teknikal mineral berharga dan bhan permata yang biasa digunakan dalam perhiasan.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
BATU PERMATAKajian terhadap aspek teknikal mineral berharga dan bhan permata yang biasa digunakan dalam perhiasan.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
BATU LAHIRKajian terhadap aspek teknikal mineral berharga dan bhan permata yang biasa digunakan dalam perhiasan.KEJURUTERAANAlat/Alatan
ALFALFA

Alfalfa ialah sejenis tanaman berharga yang

ditaman khususnya sebagai makanan ternakan. Ia

menggalakkan tumbesaran yang cepat dan

kesihatan yang baik kepada haiwan, terutamanya

lembu.

UMUM 
KAYU GAHARU

Kayu gaharu ialah kayu berharga yang jarang

ditemui, yang diperoleh daripada beberapa jenis

pokok yang berkaitan. Pokok ini tumbuh di selatan

India, Indonesia, sesetengah Pulau Pasifik dan

Australia.

UMUM 
KLOVER

Klover ialah tanaman yang berharga yang

digunakan sebagai makanan haiwan ternakan dan

untuk memperkaya tanah. Ia mengandungi banyak

protein dan mineral. Klover digunakan sebagai

rumput ternak, dan untuk membuat rumput kering,

dan silaj.

UMUM 
ASID STEARIK

Asid stearik ialah asid lemak organik

berharga yang didapati dalam lemak dan

minyak pada banyak jenis haiwan dan tumbuh-

tumbuhan. Asid ini memperoleh nama tersebut

daripada perkataan Yunani yang bererti lemak

haiwan . Asid ini juga dikenali sebagai asid

oktadekanoik .

UMUM 
RASUAH

Rasuah ialah perbuatan memberi atau

menawarkan sesuatu yang berharga kepada

seseorang yang mempunyai kedudukan yang

dipercayai sebaliknya melanggar tugas, atau

undang-undang untuk memberi faedah kepada

pemberi rasuah.

UMUM 
MENCARI GALI

Mencari gali bererti mencari mendapan mineral

yang berharga. Pencari gali telah menjumpai

simpanan batu arang, petroleum, uranium dan

bahan-bahan bakar lain, yang amat penting kepada

industri. Mereka juga telah menjumpai longgokan

kuprum, berlian, emas, besi dan beberapa mineral

penting yang lain.

UMUM 
1234

Kembali ke atas