Benang ditenun berhari-hari, Lambat-laun menjadi kain; Abang melamun gila menanti, Adiklah kahwin ke orang lain. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Janganlah kesal berhari-hari, Bertimbal turun ke mata; Barang salah menyusun jari, Junjung dengan tutur kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau jadi katakan padi, Jangan ditampi berhari-hari, Kalau tak sudi kata tak sudi, Jangan menyusah diri sendiri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Hai berkayuh ke Sungai Panjang, Di sana urusan berhari-hari; Minta doa umur panjang, Kalau berjumpa terkenang lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Pokok jelatang daun berduri, Kalau disentuh rasanya bisa; Hamba berjalan berhari-hari, Orang dicari tidak berjumpa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |