Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha.sil] | برحاصيل

Definisi : 1. ada hasilnya, memberi hasil: kebunnya sudah ~; 2. tercapai (cita-citanya, maksudnya), berjaya: segala usaha dan ikhtiarnya tidak juga ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha.sil] | برحاصيل

Definisi : 1 ada hasilnya: Sawahnya kurang ~ tahun ini. 2 berjaya atau tercapai cita-cita dll: Cita-citanya utk menjadi doktor telah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,

Peribahasa

Menyukat belut.

Bermaksud :

Pekerjaan yang tak mungkin berhasil.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
succeeded shotsyot berhasilKomunikasi MassaTiadaTiada
gainful activitykegiatan berhasilGeografiTiadaTiada
gainful activitykegiatan berhasilKependudukanTiadaTiada
reproductive areakawasan berhasilPerhutananTiadaTiada
productive forest reservehutan simpan berhasilPerhutananTiadaHutan simpan yang dikhususkan untuk pengeluaran hasil kayu.
productive forest reservehutan simpan berhasilPerhutananPengurusan HutanHutan simpan yang dikhususkan untuk pengeluaran hasil kayu.
tenesmustenesmusPerubatanTiadaPerbuatan meneran, terutama peneranan yang tidak berhasil dan menyakitkan semasa buang air kecil atau besar.
agrobiodiversityagrobiodiversitiPertanianAgroteknologiKepelbagaian spesies yang wujud dalam sistem pertanian yang telah terhasil daripada pemilihan dan pembiakbakaan tanaman dan ternakan. Para pengusaha pertanian sejak dahulu lagi sentiasa memilih baka yang baik, seperti yang berhasil tinggi dan memberi kualiti hasil yang diingini. Usaha ini dipercepat dengan pembentukan varieti baharu tanaman dan ternakan yang diusahakan oleh pakar pembiakbakaan dengan menggunakan teknologi terbaharu seperti kejuruteraan genetik. Hasil daripada usaha demikian, maka kepelbagaian varieti dan spesies tanaman dan ternakan meningkat dan menambahkan agrobiodiversiti.
Agro-forestryPerhutanan taniPertanianTiadaKaedah menanam pelbagai jenis tanaman di dalam ladang hutan atau menanam herba di kawasan hutan yang telah dibersihkan. Program ini bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan tanah, meningkatkan hasil pengeluaran dan pendapatan. Kaedah ini membolehkan tanaman sampingan dituai sebelum tanaman utama berhasil. Contohnya menanam tongkat ali di dalam ladang sentang dan jati.
crop improvementpembaikan tanamanPertanianAgronomi

 Usaha ke arah meningkatkan daya produktiviti dan kualiti hasil sesuatu tanaman dengan kaedah pembiakbakaan. Secara tidak langsung, pembaikan tanaman telah dilaksanakan semenjak manusia mula bercucuk tanam. Petani telah memilih benih daripada pokok yang menghasilkan banyak buah dan mengeluarkan buah yang disukainya, dan apabila amalan ini berulang untuk beberapa generasi, daya hasil dan kualiti tanaman itu akan meningkat. Baka yang berhasil dan berkualiti tinggi akan diwujudkan. Dengan pengetahuan ilmu genetik dan pembiakbakaan yang dipelopori oleh Gregor Mendel (1822-1884), pembaikan tanaman dilakukan dengan sistematik dan meliputi kacukan dan pemilihan baka. Satu contoh kejayaan pembaikan tanaman ialah penghasilan varieti padi berhasil tinggi melalui program pembiakbakaan yang intensif oleh Institut Penyelidikan Padi Antarabangsa (IRRI) daripada tahun 1960. Hasil padi dapat ditingkatkan daripada 1-3 ton kepada 5-7 ton sehektar dengan memilih jenis padi katek dan mempunyai nisbah buah ke daun yang tinggi. Dengan penemuan kaedah moden seperti kejuruteraan genetik, pembaikan tanaman dapat dipercepatkan lagi.

12

Kembali ke atas