Angin barat ombaknya besar, Mahu ke laut berhati-hati; lngin selamat banyak belajar, Ilmu dituntut bekal dicari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak kuda mandi di kali, Bila senja naik ke darat; Sejak muda berhati-hati, Bilalah tua baik tabiat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Walaupun pisang tampuk bergetah, Kalau menyayunya dapat dicuci; Walaupun orang duduk manyalah, Kalau menegurnya berhati-hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Berjalan berhati-hati, Jangan berlari-lari; Kalau senang hati, Wajah berseri-seri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Nan tersedik di dalam hati, Nan terbakar di dalam lidah; Nan cerdik berhati-hati, Nan sabar menahan ulah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Orang memukat pagi dan petang, Letih dan senang berela hati; Orang beradat berhati lapang, Kelebihan orang ia hormati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |