Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hé.mah] | برهيمه

Definisi : = ~ tinggi mempunyai budi pe­kerti yg mulia: dia jujur dan ~ tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hé.mah] | برهيمه

Definisi : berbudi pekerti (yg mulia): Orang itu ~ dan disegani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hemah (kata nama)
Bersinonim dengan budi pekerti, kesopanan, kesantunan, sopan-santun, adab, ketertiban;,
Kata Terbitan : berhemah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
work ethicsetika kerjaPentadbiranPentadbiran AwamBudaya murni yang menjadi amalan kakitangan organisasi yang akan menghasilkan sifat pekerja yang berakhlak, menepati waktu, cekap, berhemah dan produktif. Etika yang murni akan membentuk imej positif organisasi tersebut. Etika kerja juga mempunyai hubungan yang rapat dengan tingkah laku kakitangan dan budaya yang diamalkan dalam organisasi. Etika ini sering kali dibincangkan dalam konteks nilai, kepercayaan, norma dan sifat peribadi seseorang kakitangan dalam menyempurnakan tanggungjawab mereka terhadap kepentingan organisasi. Contohnya, sikap tidak curi tulang sewaktu bertugas, menggunakan kad perakam waktu dengan jujur, menjaga kerahsiaan organisasi dan keselamatan peralatan organisasi.
utilitarianismutilitarianismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang mengutamakan faedah atau utiliti. Pendukung fahaman ini akan cuba memaksimumkan keuntungan atau keseronokan serta meminimumkan kerugian atau kos dalam setiap tindakan dan dasar. Setiap dasar atau tindakan dilakukan secara berhemah supaya matlamat ini tercapai. Keutamaan dalam pemikiran ini ialah kepentingan tercapai dengan kos yang minimum. Antara sarjana yang mendukung fahaman ini ialah Jeremy Bentham, John Stuart Mill dan Thomas Hobbes.
corporat advertisingpengiklanan korporatKomunikasiKorporatPengiklanan yang memberikan kesan sosial dan promosi citra organisasi. Ciri utama pengiklanan ini adalah mempromosikan maklumat yang memberikan kepentingan awam (khalayak, organisasi, dan pemerintah) dan maklumat yang memberikan kepentingan kepada organisasi penaja. Contoh maklumat yang memberikan kepentingan kepada awam ialah mesej tentang perpaduan, kerjasama, sopan santun, dan pemanduan berhemah. Sementara pengiklanan yang membawa mesej yang memberikan kepentingan kepada organisasi biasanya memberikan fokus kepada penonjolan citra organisasi. Pendekatan yang selalu digunakan adalah dengan memaparkan identiti syarikat, seperti nama, logo, dan slogan. Maklumat ini ditonjolkan atau disebut di sebarang bahagian iklan berkenaan, sama ada dalam media cetak atau media elektronik. Sesebuah syarikat atau organisasi biasanya akan memilih, menyokong, atau menaja jenis aktiviti, kempen, atau projek yang sesuai dan sehaluan dengan dasar atau falsafah penubuhan syarikat penaja. Aktiviti mengeluarkan kos pengiklanan ini dikenali juga sebagai penajaan atau sumbangan awam. Bagi pihak pengiklan, faedah yang diperoleh ialah selain boleh meningkatkan jenama syarikat, pengiklanan korporat juga dapat meningkatkan citra korporat sekali gus dapat meningkatkan kewibawaan dan kepercayaan khalayak terhadap syarikat. Bagi pihak khalayak seperti organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, pendekatan ini boleh mengurangkan kos aktiviti kempen yang dijalankan kerana sebahagian besar atau semua pembiayaan ditanggung oleh pihak penaja atau pengiklan. Pengiklanan jenis ini dikenali juga sebagai pengiklanan citra atau pengiklanan perhubungan awam. Sinonim pengiklanan institusi, pengiklanan organisasi.
conversionperalihanKomunikasiKorporatKesan akhir yang ditunjukkan melalui pelakuan dan kebiasaan khalayak, hasil pendedahan berterusan terhadap sesuatu kempen khidmat awam atau iklan. Pendekatan yang khusus akan digunakan supaya khalayak mengubah tingkah laku dan kebiasaan yang diamalkan kepada sesuatu yang baru. Peralihan boleh bersifat menyukai atau menyokong sesuatu kepada tidak menyukai atau menyokong sesuatu keadaan atau sebaliknya. Dalam pengiklanan, strategi kempen bagi mendapatkan kesan peralihan merupakan sesuatu yang sukar untuk dijayakan. Hal ini kerana mesej sesuatu barangan yang hendak disampaikan bukan sahaja perlu meyakinkan khalayak tetapi perlu dibuktikan kemanfaatannya berbanding penggunaan barangan biasa. Dalam kempen khidmat awam pula, strategi kempen yang kreatif dan inovatif perlu digunakan supaya tingkah laku dan kebiasaan khalayak yang biasa diamalkan boleh berubah. Strategi pembentukan mesej yang menggunakan pendekatan ugutan dan perakuan kerap digunakan sekiranya pendekatan lain gagal. Contohnya, kempen berhenti merokok dan kempen pemanduan berhemah. Antara strategi yang sangat perlu diambil kira bagi memastikan kesan peralihan tercapai termasuklah pemilihan jenis media, kekerapan penyiaran, dan tempoh masa kempen dilakukan.

Kembali ke atas