Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hé.mat] | برهيمت

Definisi : 1. berjimat, bercermat: sebab itu dia hendak ~ menyimpan wang; 2. berhati-hati, teliti: amatlah mustahaknya pengarang itu ~ kerana sekiranya perkataannya itu didapati palsu maka hukuman terhadapnya menjadi berat; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb perlu berikhtiar dgn sungguh-sungguh supaya tidak menyesal di kemudian hari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hé.mat] | برهيمت

Definisi : 1 berdikit-dikit (mem­belanjakan wang); berjimat: Kalau tidak ~ membelanjakan wang, kita tidak akan dpt menyimpannya. 2 berhati-hati; berawas-awas; berjaga-jaga: Ingat sebelum kena, ~ sebelum habis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hemat
Kata Terbitan : berhemat, menghematkan, kehematan, penghematan,

Peribahasa

Telah habis maka dimakan.

Bermaksud :

Berhemat cermatlah dalam semua perkara.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah yang betul? 1 Undang-undang itu sudah kami kuat kuasakan/ kuatkuasakan. 2 Pemandu kereta yang berhemah/berhemat itu patut dipuji. 3 Pengguna yang berhemah/berhemat itu berbelanja mengikut keperluannya. Terima kasih.

Ayat yang betul dari segi tatabahasa  bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

1 Undang-undang itu sudah kami kuat kuasakan/ kuatkuasakan

(Seharusnya: Undang-undang itu telah pun dikuatkuasakan dari pukul 8.00  pagi hingga.....)

2.Pemandu kereta yang berhemah/berhemat itu patut dipuji.

(Seharusnya: Pemandu kereta yang berhemah itu patut dipuji.)

3.Pengguna yang berhemah/berhemat itu berbelanja mengikut keperluannya. 

Seharusnya: Pengguna yang berhemat itu berbelanja mengikut keperluannya.)

Tatabahasa25.02.2009
Tuan/Puan, Pertanyaan tentang penggunaan perkataan 1)Sakinah 2 ) berhemat/berhemah 3) menaiktarafkan/ menaikkan taraf / menaik taraf Sekian terima kasih.Sakinah (sakinat) ialah kata Arab yang bermaksud aman, damai, atau tempat yang aman dan damai. Berhemat bermaksud berjimat, berhati-hati, teliti. Berhemah bermaksud mempunyai budi pekerti yang mulia. Ketiga-tiga bentuk ejaan - menaiktarafkan, menaikkan taraf dan menaik taraf adalah betul dan boleh digunakan asalkan sesuai dengan konteks penggunaannya. Begitu juga dengan perkataan sakinat, berhemat/berhemah boleh digunakan dalam konteks yang sesuai dengan makna perkataan tersebut.Makna18.01.2010
a. saya keliru dengan penggunaan perkataan "berhemah" dengan "berhemat". 1. Apa beza antara kedua-duanya. 2. Boleh beri contoh ayat yang sesuai ? b. ada khabar angin mengatakan kamus dewan edisi 4 tidak "valid". Betulkah ?

Sekiranya sdr merujuk Kamus Dewan, kata berhemah membawa maksud seseorang yang  mempunyai budi pekerti yang mulia: Contoh ayat; dia jujur dan berhemah tinggi.

Manakala kata berhemat menggambarkan sikap seseorang yang berjimat cermat dalam perbelanjaan atau penyimpanan wangnya. 1. berjimat, bercermat: sebab itu dia hendak ~ menyimpan wang; 2. berhati-hati, teliti: amatlah mustahaknya pengarang itu ~ kerana sekiranya perkataannya itu didapati palsu maka hukuman terhadapnya menjadi berat; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb perlu berikhtiar dgn sungguh-sungguh supaya tidak menyesal pada kemudian hari.

Berkaitan dengan khabar angin yang mengatakan Kamus Dewan Edisi keempat tidak sah (valid) kurang tepat. Hal ini demikian, kerana  Kamus Dewan ini menjadi rujukan umum pengguna bahasa dan mendapat permintaan yang sungguh menggalakkan daripada pengguna bahasa. Untuk makluman pihak tuan, Kamus Dewan juga  diterbitkan dalam bentuk digital (cakera padat), iaitu Kamus Dewan Eja Pro. Walau bagaimanapun, kami merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap Kamus Dewan Edisi Keempat ini. DBP sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan, maklum balas, dan komen daripada pengguna terhadap produk DBP untuk tindakan penambahbaikan. 

Tatabahasa11.06.2009
Salam 1Bahasa, 1. Ayat larangan: a. DILARANG MELETAKKAN KENDERAAN DI SINI atau b. DILARANG LETAK KENDERAAN DI SINI 2. Kita hendaklah berbelanja secara hemat ATAU Kita hendaklah berbelanja secara berhemat Mohon pencerahan tuan tentang ayat 1 dan ayat 2 di atas. Terima kasih.Ayat yang lebih gramatis "meletakkan" dan "berhemat".Tatabahasa28.02.2014
Adakah penggunaan berjimat cermat dalam ayat berikut bermaksud berjimat ? Kita mesti berjimat cermat seperti Syarul yang menyimpan wang yang diberi oleh ibunya dalam tabung.Ya, "berjimat cermat" dalam ayat tersebut di atas bermaksud "berjimat" atau "berhemat-hemat", iaitu tidak boros dalam hal membelanjakan wang.Makna09.07.2014
Selamat pagi Tuan/Puan, Saya ingin tanya: perbelanjaan secara berjimat perbelanjaan secara bercermat perbelanjaan secara berhemah Adakah ketiga-tiga ini betul? Terima kasih :)

    1,  Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Perbelanjaan secara berjimat
2. Perbelanjaan secara bercermat 
3. Perbelanjaan secara berhemat


Tatabahasa13.08.2021
Saya cuba menhubungi pihak DBP tetapi tiada jawapan. Kami inginkan terjemahan yang paling dekat kepada perkataan 'FRUGAL" dan 'MINIMALIST' Kami banyak menggunakan perkataan ini dalam taklimat kami. Harap pihak tuan dapat memberkan jawapan dengan segera. Boleh hubungi saya di email atau telefon 03-26914088 ext 114. Terima KasihKamus Inggeris - Melayu Dewan memberi padanan frugal ialah berjimat-cermat atau berhemat, manakala minimalist belum ada dalam sumber rujukan kami. Namun kami mencadangkan istilah minimalist dikekalkan dengan ejaan minimalis seperti contoh yang lain, iaitu artist yang diterjemahkan sebagai artis. Istilah14.12.2011
Tuan, 1. Apakah jawapan untuk ayat di bawah. Masalah buli sering hangat diperdebatkan ____________ media massa. a) di b) dalam 2. Apakah kesalahan istilah bagi ayat-ayat di bawah ini? a) Seseorang itu tidak harus ditegur dengan gelaran yang tidak menyenangkan mereka, lagipun gelaran itu bercanggah dengan keperibadian dan latar belakang individu berkenaan. b) Sesetengah orang akan mengalami histeria apabila menaiki kenderaan lebih-lebih lagi yang pernah terlibat dalam kemalangan. c) Perancangan awal penting untuk menghitung perbelanjaan keluarga agar dapay mewujudkan perbelanjaan secara berhemat. Terima kasih.Soalan 1, jawapannya (b) dalam
Soalan 2, jawapan untuk (a) dan (b) - Istilah yang digunakan adalah betul daripada segi pengunaannya.
 Jawapan untuk (c) lebih tepat disebut sebagai "merancang perbelanjaan"
Tatabahasa17.05.2018
Di dalam Kamus Dewan edisi keempat, perkataan "ekonomis" (m/s 380) merujuk kepada Id (bahasa Indonesia) bp (bahasa percakapan). Persoalannya adakah perkataan ini boleh digunakan di dalam penulisan yang membawa maksud ekonomis iaitu tidak boros, jimat, tidak menggunakan sesuatu dengan membazir atau berlebihan. Ayat contoh : Encik Ali telah mengamalkan konsep ekonomis di dalam pengurusan syarikatnya semenjak negara mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997.Ekonomis tidak digunakan dalam bentuk rasmi. Oleh itu, jika merujuk amalan tidak boros, jimat, tidak menggunakan sesuatu dengan membazir atau berlebihan seeloknya kita gunakan kata itu sendiri sama ada jimat atau hemat. Encik Ali telah mengamalkan konsep berjimat/berhemat di dalam pengurusan syarikatnya semenjak negara mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997.Tatabahasa11.07.2008

Kembali ke atas