Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hé.mat] | برهيمت

Definisi : 1. berjimat, bercermat: sebab itu dia hendak ~ menyimpan wang; 2. berhati-hati, teliti: amatlah mustahaknya pengarang itu ~ kerana sekiranya perkataannya itu didapati palsu maka hukuman terhadapnya menjadi berat; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb perlu berikhtiar dgn sungguh-sungguh supaya tidak menyesal di kemudian hari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hé.mat] | برهيمت

Definisi : 1 berdikit-dikit (mem­belanjakan wang); berjimat: Kalau tidak ~ membelanjakan wang, kita tidak akan dpt menyimpannya. 2 berhati-hati; berawas-awas; berjaga-jaga: Ingat sebelum kena, ~ sebelum habis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hemat
Kata Terbitan : berhemat, menghematkan, kehematan, penghematan,

Peribahasa

Telah habis maka dimakan.

Bermaksud :

Berhemat cermatlah dalam semua perkara.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prudent manorang berhematUndang-undangTiadaTiada
prudent ownerpemunya berhematUndang-undangTiadaTiada
prudent lendingpemberian pinjaman berhematPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
imprudent lendingpinjaman tak berhematPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
prudent banking practiceamalan perbankan berhematPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
principle of parsimonyprinsip parsimoni; prinsip berhematGeografiTiadaTiada
economic efficiencykecekapan ekonomiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSituasi setiap sumber dengan mengambil kira semua faktor dalam pembuatan yang digunakan secara optimum dan berhemat. Kecekapan ekonomi diamalkan secara menyeluruh untuk memastikan tiada penghasilan sisa atau penjanaan sisa yang minimum.
ratingpenarafanEkonomiEkonomi IslamProses memberi taraf kepada instrumen hutang sebagai petunjuk kepada risiko mungkir secara relatif dan tahap kepercayaan kredit. Petunjuk atau taraf ini disediakan oleh agensi penarafan untuk institusi yang menerbitkan hutang. Bagi instrumen hutang yang mempunyai tempoh lebih daripada satu tahun, penilaian ‘AAA’ menunjukkan tahap kepercayaan kredit yang tertinggi daripada kemungkiran pada masa hadapan. Penilaian ‘D’ bermakna instrumen hutang itu berada dalam keadaan mungkir. Instrumen hutang antara ‘AA’ dengan ‘BBB’ dianggap sebagai gred pelaburan berhemat, manakala instrumen yang ditaraf ‘BB’ atau lebih rendah dikelaskan sebagai gred spekulatif.
five-factor model of personalitymodel personaliti lima faktorPsikologiPsikologi UmumModel yang mencadangkan bahawa personaliti individu boleh dilihat melalui lima dimensi asas dan sejagat. Model yang diringkaskan daripada 16 faktor Cattell ini terdiri daripada darjah-darjah keekstroversian, kesetujuan, kehematan, keneurotismaan dan keterbukaan. Individu yang tinggi keekstroversiannya memperlihatkan sifat-sifat seperti peramah, aktif, mesra dan suka berkawan, tetapi sebaliknya individu yang rendah kesetujuannya akan menjadi seorang yang mudah mengkritik, syak wasangka, bengis dan jengkel. Individu yang berhemat pula akan bekerja keras, teliti, bersungguh-sungguh dan teratur serta menepati waktu. Individu yang tinggi tahap keterbukaannya akan menunjukkan sifat kreatif, ingin tahu, asli dan imaginatif. Individu yang tinggi keneurotismaannya akan lebih banyak resah, terlalu mengikut perasaan dan emosional. Dengan menggunakan model lima faktor, individu boleh diuji untuk mengenal pasti tahap personalitinya berdasarkan lima sifat tersebut.
compliance auditaudit pematuhanPentadbiranTiadaMekanisme pemeriksaan yang sistematik dan bebas bagi menilai keberkesanan proses yang didokumenkan dan dilaksanakan menurut perancangan organisasi. Antara objektif utama audit pematuhan ialah pertama, mengenalpasti kepatuhan atau ketidakpatuhan keperluan Sistem Pengurusan Kualiti sebagaimana yang ditetapkan. Kedua, mengenalpasti keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti di dalam memenuhi Dasar Kualiti yang ditetapkan. Ketiga, memberi peluang kepada juruaudit untuk menambah baik sistem. Audit ini dijalankan untuk memastikan pengurusan pentadbiran dan kewangan di jabatan atau agensi dilaksanakan mengikut prosedur, undang-undang dan peraturan yang berkaitan. Audit pematuhan juga bertujuan untuk menentukan sesuatu aktiviti jabatan dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Audit pematuhan adalah satu keperluan di bawah Piawaian Antarabangsa ISO 9001 dan tidak terikat dengan Sistem Pengurusan Kualiti sesebuah organisasi. Di samping itu, audit ini juga menilai keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti dan meninjau ruang untuk meningkatkan integriti.

Kembali ke atas