Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
henti
Kata Terbitan : berhenti, memberhentikan, menghentikan, pemberhentian, perhentian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat berikut gramatis? 1. Saya yakin dia akan berjaya. (tanpa tanda koma) 2. Saya yakin, dia akan berjaya. (ada tanda koma) Jika ya, apa bezanya?Tidak perlu tanda koma dalam ayat tanya tersebut. Jeda (berhenti sebentar) hanya wujud dalam sebutan, tidak pada tulisan.Tatabahasa14.10.2017
Salam sejahtera. Ayat yang manakah yang mempunyai penggunaan tanda koma yang betul? 1) Awak dah makankah belum? 2) Awak dah makankah, belum? 1) Adik nak ikut kakak tak? 2) Adik nak ikut kakak, tak?Tidak perlu tanda koma dalam ayat tanya tersebut. Jeda (berhenti sebentar) hanya wujud dalam sebutan, tidak pada tulisan.Tatabahasa29.10.2016
Dalam penggunaan sari kata, bilangan huruf yang digunakan amat penting untuk memastikan penonton dapat membaca sari kata dengan kelajuan yang sepatutnya. Dalam konteks ini, bolehkah "ialah" atau "adalah" digugurkan? "Teori buat masa ini isu kewangan." atau "Teori buat masa ini ialah isu kewangan." atau "Teori buat masa ini, isu kewangan."Penggunaan kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama dan kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Perlu diingat bahawa penggunaan kata pemeri amat terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Oleh itu, kata pemeri ialah/adalah boleh digugurkan tanpa menggantikannya dengan tanda koma. Hanya jeda (berhenti sebentar) ketika melafazkannya.Tatabahasa07.07.2020
salam 1 Malaysia, soalan saya, adakah saya perlu untuk meletakkan tanda koma selepas perkataan (ini bermakna dan manakala) bagi ayat berikut: Ini bermakna, responden guru yang mengajar di SR, SM dan responden guru yang mempunyai ikhtisas SP, DP, dan SMP menunjukkan tahap persetujuan yang setara terhadap tanggungan tugas tersebut. Manakala, dalam angkubah pengalaman mengajar, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap persetujuan guru dalam tanggungan Tugas pengurusan sekolah. terima kasihIni bermakna responden guru yang mengajar di SR, SM dan responden guru yang mempunyai ikhtisas SP, DP, dan SMP menunjukkan tahap persetujuan yang setara terhadap tanggungan tugas tersebut. Manakala dalam angkubah pengalaman mengajar, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap persetujuan guru dalam tanggungan Tugas pengurusan sekolah. Tidak perlu tanda koma selepas kedua-dua perkataan tersebut, walau ada jeda (berhenti sebentar) sewaktu kita membacanya.Tatabahasa07.08.2015

Kembali ke atas