Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hias] | برهياس

Definisi : 1. = ~ diri berdandan diri dgn pakaian (barang kemas dsb) yg cantik, berkemas diri dgn barang yg indah-indah: Bendahara Seri Maharaja pun terlalu baik rupanya lagi sangat ~; janda ~ janda yg belum beranak (dibenarkan berpakaian pengantin apabila berkahwin lagi); mandi ~ upacara mandi sebelum pengantin perempuan dinikahkan; 2. = berhiaskan diperindah (diperelok) dgn: tangga rumahnya ~ pasu-pasu bunga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hias] | برهياس

Definisi : 1 = ~ diri memakai pakaian (barang-barang kemas dll) supaya cantik atau indah dipandang; bersolek; berdandan: Gadis itu pandai ~. 2 (telah) diperelok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hias
Kata Terbitan : berhias, menghiaskan, hiasan, perhiasan, penghias,

Puisi
 

Bakar bara waktu petang,
     Hendak melayur daun palas;
Antara tiga sanggul melintang,
     Mana satu janda berhias.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sedikit kerja,
     banyak berantun.

Bermaksud :

Orang pemalas lebih suka bersolek daripada bersusah payah. berantun = bersolek, berhias.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan berkaitan istilah bagi barangan tembikar. Adakah ayat dalam bahasa melayu bagi " Slip-painted calligraphic bowl" adalah "Mangkuk berhias slip berkaligrafi"?Sekiranya "slip painted" merupakan teknik menghias tembikar, maka pihak kami mencadangkan istilah "slip-painted calligraphic bowl" diterjemahkan sebagai "mangkuk bercat kaligrafi gelincir". Namun, sekiranya "slip" merujuk kepada kepingan kertas yang dilekatkan pada tembikar,  padanan yang tepat bagi istilah tersebut ialah "mangkuk berhias kepingan kaligrafi" atau "mangkuk berhias kepingan khat".Istilah21.08.2020
Apakah padanan perkataan bahasa Melayu untuk "tabarruj"?Tabarruj ialah perkataan bahasa Arab, secara literalnya bermaksud berhias. Apabila dikaitkan dengan hukum Islam, tabarruj diperluaskan maknanya kepada pertunjukkan keindahan yang dilakukan oleh kaum wanita yang mana pertunjukkan itu dapat menarik perhatian kaum lelaki dari aspek syahwat. Untuk maklumat lanjut, sila bertanya kepada mereka yang lebih arif dalam hal hukum Islam atau untuk maklumat awal bolehlah merujuk buku agama yang membahaskan tajuk yang tersebut.Makna17.05.2013
Salam, Mohon bantuan untuk menterjemahkan ayat seperti dilampiran. terdapat draf BM dilampirkan bersekali. Terima kasih

Persiaran Perdana terletak di lebuh berhias Putrajaya. Kami berkongsi jalan yang sama dengan bangunan mercu tanda seperti Palaceof Justice (POJ), Kementerian Kewangan (MOF) dan Perbadanan Putrajaya (PPJ). Pejabat Perdana Menteri dan Masjid Putrajaya adalah terletak di hujung jalan berhias tersebut.

Laluan ke Presint3, Putrajaya
Nota: Koordinat GPS:2.916511, 101.683260

Laluan ke lobi/pintu masuk ke tempat letak kereta bawah tanah

Tatabahasa08.05.2012
Apakah yang dimaksudkan dengan kata kerja terbitan yang menunjukkan ragam reflektif?

Saudara Sitie,

Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan.Perkataan refleksif ialah makna tatabahasa yang dikaitkan dengan imbuhan dalam ayat yang menandakan perbuatan yang melibatkan atau mengenai diri sendiri. Contohnya, bercukur, berhias, berjemur. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 

Tatabahasa01.09.2009
Salam Tuan, Adakah frasa "berdandan tebal" wujud dalam bahasa Melayu. Apakah maksud yang didukung oleh frasa tersebut? Saya gagal mendapatkan makna frasa tersebut dalam Kamus Dewan edisi keempat. Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera

Berdandan bersinonim dengan maksud bersolek dan berhias. 'Berdandan tebal' wujud dalam frasa bahasa Melayu namun yang lazimnya digunakan oleh penutur bahasa Melayu ialah 'bersolek tebal' merujuk kepada individu yang mengenakan solekan secara tebal.

Makna08.11.2012
Apakah seramik, porselin dan tembikar merujuk benda yang sama? Terima kasih.

Tembikar ialah jenis seramik, manakala porselin ialah salah satu bahan yang digunakan untuk membuat seramik, selain tanah liat. Takrifan seramik, tembikar dan porselin dalam Kamus Dewan Perdana ialah:

seramik سيراميک [se⋅rɑ⋅mik]

n 1 barang yg dihasilkan drp tanah liat, mis tembikar, pasu dan jubin: Kami menyediakan seramik berukir bagi hiasan dalaman masjid tsb. 2 bahan yg keras, rapuh dan mempunyai takat lebur yg tinggi yg dibuat drp tanah liat: Seramik yg paling penting ialah tanah liat tradisional. 3 seni dan teknik membuat barang-barang drp tanah liat, tembikar dsb: Karya yg dipamerkan ialah seni catan, cetakan, seramik, anyaman dan foto yg merupakan hasil kerja tangan pelajar UPSI.

berseramik برسيراميک [bər⋅se⋅rɑ⋅mik] ktt ada seramik atau berhias dgn seramik: Ruang dapur atas berseramik biru menjadikan dapur tampak mewah.

 

tembikar تمبيکر [təm⋅bi⋅kɑr]

n 1 cawan, mangkuk, pinggan dll yg dibuat drp tanah liat yg dibakar dan bergilap; 2 serpihan

tembikar, cawan, mangkuk dll; tembereng;

 

porselin ڤورسلين [por⋅sə⋅lin] n bahan yg dibuat drp campuran tanah liat, kuarza dsb, yg dipanaskan sehingga menjadi pepejal putih yg licin, keras dan digunakan sbg penebat elektrik, peralatan dapur, makmal dsb;

berporselin برڤورسلين [bər⋅por⋅sə⋅lin] ktt mengandungi porselin: bahan batuan berporselin.

Semoga jawapan ini menjawab persoalan tuan.

Terima kasih.

Makna22.03.2023

Kembali ke atas