Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.him.pun] | برهيمڤون

Definisi : berkumpul: dgn seketika itu juga segala anak cucunya pun ~lah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.him.pun] | برهيمڤون

Definisi : berkumpul (di sesuatu tempat): Mereka ~ di padang pd hari itu utk mendengar titah baginda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Durian seambung dengan timun.

Bermaksud :

Jika orang yang kuat dan khianat berhimpun dengan orang lemah dan baik, nescaya binasalah yang lemah dan baik itu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Orang ramai berhimpun di Balai Raya Taman Indah. atau Orang ramai berhimpun di balai raya Taman Indah. (adakah balai raya itu dianggap sebahagian drp nama khas?) 2. Guru menulis tajuk karangan di papan hitam. atau Guru menulis tajuk karangan pada papan hitam. 3. Ayah menggantung gambar di dinding. atau Ayah menggantung gambar pada dinding.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Orang ramai berhimpun di Balai Raya Taman Indah.

2. Guru menulis tajuk karangan di papan hitam.

3. Ayah menggantung gambar pada dinding.

 

Tatabahasa25.01.2015
Murid-murid berhimpun di bawah/ di hadapan pentas. Adakah perkataan di bawah sesuai digunakan? Adakah ayat membawa maksud yang sama Jika di bawah dan di hadapan digunakan?Murid-murid berhimpun di hadapan pentas. Frasa di bawah secara fizikalnya sesuatu itu berada di bawah objek yang dinyatakan seperti baldi di bawah meja.Tatabahasa30.10.2018
definisi perhimpunan bulanan

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perhimpunan bermakna perihal berhimpun beramai-ramai utk sesuatu tujuan tertentu. Bulanan pula merujuk kepada setiap bulan. Dengan ini perhimpunan bulanan ialah perihal berhimpun untuk tujuan tertentu dan diadakan pada setiap bulan.

Makna10.04.2009
1. adakah tidak boleh berhimpun tiga imbuhan dalam satu perkataan? contoh: memperbanyakkan, apakah contoh yang tepat? 2. Boleh tak bagi sedikit penerangan berkenaan penggunaan imbuhanKata terbitan yang betul ialah memperbanyak. Kata adjektif seperti banyak tidak menerima apitan memper_kan. Contoh perkataan yang menerima apitan memper_kan ialah mempersatukan dan memperbadankan. Untuk makluman apitan memper_kan tidak produktif dalam bahasa Melayu kerana kata terbitan yang terhasil membawa maksud yang sama/hampir sama dengan apitan me_kan, seperti mempersatukan dan menyatukan. Tatabahasa05.03.2020
Saya ada beberapa soalan 1) Kawalan yang tegas dari mahkamah/ atau daripada mahkamah 2) dari parti memerintah/daripada parti memerintah 3) hak untuk berhimpun adalah lanjutan daripada hak untuk bercakap/ dari hak untuk bercakap 4)akibat dari tindakan polis/daripada tindakan polis 5) prokerajaan/pro-kerajaan 6)disalahguna/disalah guna kerjasama baik pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasihAyat/frasa/ejaan yang betul ialah: 1) Kawalan yang tegas daripada mahkamah,  2) daripada parti memerintah,   3) hak untuk berhimpun adalah lanjutan daripada hak untuk bercakap,  4) akibat daripada tindakan polis,  5) prokerajaan,   6) disalah guna Tatabahasa06.02.2011
Apakah perbezaan antara mesyuarat dan perhimpunan?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 'mesyuarat' ialah perundingan (untuk membincangkan sesuatu, atau mencapai sesuatu keputusan). Contoh: mesyuarat agung - perundingan besar (oleh sesuatu badan, persatuan, dan lain-lain)

Sementara 'perhimpunan' ialah perihal berhimpun bera­mai-ramai untuk sesuatu tujuan tertentu, atau tempat berhimpun (terhimpunnya barang-barang dan lain lain)

Makna22.03.2021
Bagaimanakah penggunaan perkataan "Islamis"? Adakah boleh digunakan dalam ayat bahasa Melayu? Contoh: Dataran Tahrir menjadi tempat berhimpun para penunjuk perasaan bagi golongan yang kecewa, kaum muda, kelompok Islamis termasuk Ikhwan Muslimin dan golongan minoriti Kristian Koptik.Perkataan Islami tiada dalam bahasa Melayu. Frasa kelompok Islami boleh ditukarkan menjadi kelompok beragama Islam.Tatabahasa09.07.2013
Assalamualaikum Apakah yang membezakan kampung dan perkampungan. Penduduk perkampungan itu @ penduduk kampung itu. Yang mana betul.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, perkampungan 1. mengenai (berkaitan dengan) kampung: pegawai ~; 2. kelompok (kumpulan) kampung: daerah ~; mereka dibawa ke kawasan ~ baru; 3. tempat berkampung (berhimpun): sesudah dua hari berjalan kaki, sampailah kami ke ~ bala tentera itu; 4. sekelompok, sekumpulan.

Manakala kampung pula bermaksud  kawasan kediaman (terdiri daripada sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun: ~nya terletak kira-kira 12 km dari Kuala Lumpur;  2. kawasan dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: ~ Cina; ~ Melayu;

Berdasarkan takrif tersebut, kedua-dua perkataan itu mempunyai maksud yang sama. Frasa penduduk kampung dan penduduk perkampungan itu boleh digunakan.
Tatabahasa16.10.2013
Benarkah semua mahu letak di hadapan ayat, kesemua mahu letak di belakang ayat? Cth: semua guru guru kesemua Betulkah contoh-contoh di atas?

Kata “semua” dan “kesemua” boleh digunakan di awal, di tengah atau di akhir ayat mengikut kesesuaian konteks ayat, contohnya:

i.    1. Semua pelajar dikehendaki berhimpun di dewan.
2. Masukkan semua barang ke dalam beg dan simpan di dalam stor. 
3. Perhiasan tersebut dibuat daripada emas semua.
4. Kesemua persoalan itu tidak henti-henti bermain dalam kepalanya.
5. 
Dia akan memastikan kesemua pelanggan berpuas hati dengan khidmat yang diberikan.
6. Bunga itu merah kesemua.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 2034 - 2035.

i

iv

Tatabahasa22.08.2023
saya ingin dapatkan madah yang indah tentang menuntut ilmu atau pendidikanKelebihan Ilmu Ilmu itulah gemala sakti,Sinarnya cerah cahaya sejati,Asalnya puncanya lamun didapati,Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat ternilaikan,Sebuah dunia belinya bukan,Kuasanya besar sukat digunakan,Di laut, di darat, di rimba, di pekan. Masa seorang ialah taulan,Teman berbeka, suluh berjalan,Masa berhimpun ia pengenalan,Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur,Ia penerang bagi yang kabur,Ialah kandil di dalam kubur,Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga,Ia pemuas tekak yang dahaga,Ialah sungai, ialah telaga,Laut yang luas ialah juga. Ialah alat sangat berguna,Idaman orang yang bijaksana,Hamparnya luas amat saujana,Tepinya ajal sempadannya fana.  (Pendeta Za’ba,) Lain-lain26.07.2008

Kembali ke atas